Starter Carbon Brush Replacement

apabila kereta tak boleh crank atau tak bolehstart langsung walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru dan wire starter ada supply voltage bermakna carbon brush starter kereta anda telah rosak iaitu telah pendek dan tidak contact pada motor. jika hal ini berlaku maka perlulah menuka carbon brush starter dengan yang baru, boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part atau ada sesetengah kedai bateri kereta menjual carbon brush ini. perlu bawa sample ketika hendak membeli carbon brush yang baru


inilah kota carbon brush starter yang baru, sebenarnya starter mitsu high speed boleh menggunakan carbon brush dari model proton perdana. carbon brush perdana boleh dibeli di kedai spare part  atau kedai bateri dengan harga sekitar rm75 - rm85 satu set. nak senang kita perlu bawak sample sebab kebiasaannya tokey kedai akan tanya kita, ada bawak sample tak? so kalau ada sample memudahkan kedua belah pihak untuk melancarkan urusan jual-beli carbon brush ini


inilah rupa set carbon brush starter high speed mitsubishi, sama dengan standard starter perdana. perhatikan gambar, carbon masih lagi panjang dan baru, boleh bertahan sehingga 5 atau 6 tahun lagi agaknya. mana-mana motor yang bergerak mesti ada carbon brush dan pergerakan yang berterusan inilah yang menyebabkan carbon haus dan lama-kelamaan akan menjadi pendek dan mematikan fungsi pergerakan motor tersebut


pandangan belakan set carbon brush baru


oleh kerana hanya hendak menukar carbon brush, maka lebih berbaloi saya service terlebih dahulu starter high speed auto dengan membuang segala habuk dan kotoran yang melekat pada starter berkenaan


anda boleh menggunakan WD40 untuk mencuci peralatan starter ini, dan terdapat part tertentu yang saya guankan sabun dan air untuk mencucinya sehingga bersih. gambar atas peralatan stater yang telah siap dicuci dan siap dikeringkan untuk dipasang seperti keadaan asal


carbon brush dan motor starter yang telah siap dicuci daripada habuk carbon brush


masukkan carbon brush pada bahagian belakang coil motor starter, gunakan playar untuk memasukkan carbon brush ini kerana anda terpaksan menahan carbon berkenaan untuk dimasukkan pada tempatnya


carbon brush dah siap pasang pada coil motor starter


kedudukan yang sepatutnya pada motor ni. agak sugar nak masukkan kerana terhalang oleh 4 batang carbon brush, kena ada cara tertentu untuk memasukkannya


alang-alang buka saya spray housing starter supaya kelihatan baru walaupun pada hakikatnya starter ini telah berusia


3 peralatan starter yang dispray dengan color hitam dan silver high temp


masukkan penutup belakang starter pada carbon brush dan pasang balik 2 bijik nat phillips


masukkan housing tengah starter pada motor


pasang kepala starter dan kemaskan nat 8mm pada bahagian belakang starter


dah siap pasang dan kelihatan seperti baru

sekian, terima kasih
jumpa lagi