Manual To Digital

bertemu lagi pada bulan mac ini dengan entri mengenai aircond panel dari manual ke digital. entri ini bukan convert dari manual panel wira ke digital mitsu tetapi melibatkan penukaran keseluruhan wiring bawah dashboard dari wiring aircond manual lancer ke wiring digital lancer juga. secara mudahnya kereta ini telah mengubahsuai enjin wira ke enjin mitsu tetapi dapat set aircond manual, jadi untuk mengubah ke digital perlulah disalin keseluruhan wiring dashboar ke wiring digital, begitu juga dengan motor untuk menggerakkan blower dan lain-lain perlu dipindahkan ke blower manual ini. jadi pengubahsuaian ini secara plug in sahaja dan hanya sedikit proses wiring perlu dilakukan


panel digital yang telah siap dicuba terlebih dahulu untuk memastikan segalanya berfungsi dalam keadaan asal. dengan menyambung wire tertentu pada bahagian belakang panel digital ini ke supply - dan + maka kita boleh menguji keadaan screen panel ini sama ada masih lagi berkeadaan baik atau sebaliknya. tidaklah kalau beli di halfcut dan apabila balik pasang kat kereta ada line merah pulak, jenuh pula nak pergi tukar dengan yang lain


panel aircond manual lancer agak berlainan kerana pelarasannya setiap tombol hanya menggunakan manual atau cable sahaja di belakang panel. satu keistimewaan panel manual ini ialah tidak mudah rosak seperti kebanyakan panel digital, lagipun panel manual ini dapat bertahan lebih lama. anda boleh mendapatkan panel manual ini dengan harga sekitar rm150 sahaja siap dapat jam sekali. ada juga panel manual ini yang tidak didatangkan dengan jam digital, kena pilihlah kalau nak yang ada jam


wiring dashboard digital yang hendak dimasukkan pada kereta nanti. nampak agak berserabut dengan wire tertentu kerana masih belum dikemaskan lagi


keseluruhan dashboard dan wiring perlu dibuka, kerja dimulakan seawal jam 9.00 pagi supaya segala kerja dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja


dashboard telah dikeluarkan


keseluruhan wiring perlu dibuka dan ditukar dengan wiring lain


ubahsuai wiring


menyambung mana-mana soket yang tiada pada wiring baru


masukkan wiring baru pada kereta, proses memasukkan wiring tidak diambil gambar secara terperinci, perlu menyambung juga ke bahagian belakang kereta


masukkan dashboard


wiring HU


test aircond digital, dah function


segalanya siap pada jam 5.30 petang


sebelum


selepas

sekian, terima kasih
jumpa lagi

29 comments:

Aime said...

Style2...hensem keta ad aircond digital

Anonymous said...

dashboard lancer kelabu tu ke bang?dia tembak wane putih kat centre frame tu?

Anonymous said...

salam bang...
jam sy kt digital panel mcm xde memory... masa yg saya set terus hilang bila mati enjin..dia mula kt pukul 1.00 balik

jeff_tacra said...

dashboard kelabu dan center frame tembak kaler silver. ada satu wayar memory yang tak sambung dengan betul. wire memory tap kat constant 12v

Anonymous said...

wayar color apa ye untuk memory dan wayar constant 12v tu?

Anonymous said...

sekarang harga untuk tembak warna bagi centre frame tu brape ya?

jeff_tacra said...

yang atas tu guna spray dalam tin je, boleh diy sendiri, tak susah sangat

Anonymous said...

bang. owner 2 x nak jual ke manual aircon panel dia 2??

Anonymous said...

brp kos keseluruhan yg diprlukan utk buat mcm ni?

Anonymous said...

nk tanye la..nk bukak center panel 2 cmne?dia just klip or ade screw?

Anonymous said...

ada 2 skrew kiri dan kanan..pas2 umpil pelan2 panel

Anonymous said...

bang. nak tanya.'wire biru' nak sambung dengan wayar mana pada digital control??

Yem said...

Bang kalau out temp apa wayar nak sambung..dan apa barang nak beli untuk sensor tu..
TQ

jz said...

bang Jeff nak tanya,ape pasal saya punya screen monitor aircond digital saya takde keluar screen lagi.sebijik jugak model monitor aircond dalam gambar di atas.mula2 saya beli kat kedai kereta potong ok.tapi selepas setahun lebih,memang takde terus keluar,so saya main agak2 jer la nak control aircond.terima kasih.

jz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bro nak tanya sikit, wayer color apa yg sambung utk sensot temp kat luar tu, masalah wiring dalam keta saya lancer tapi kat bay engin adalah wira lagi so takde tempat pasang temp sensor.

Anonymous said...

assalam bro,

ada x cara2 nk repair pnel digital gsr. byk line merah kuar

Anonymous said...

salam abg jeff,mintk tlng jasa abg jeff,,
sy guna wiring 67 nk msuk wiring 91 x lps..xckup wayer nk suport engine..
klau trik cntum guna 91 aircon digital ke 67 blh kn...
nk mntk abg jeff tlng kasi tau code colour control panel digital arah mne je..

Anonymous said...

bang mintak tolong tunjuk wirering diagram for digital acc

Idzwans said...

Salam.. bro jeff.. kalau akon asal akon ori wira.. kalau nk masukkan akon digital.. wireying dashboard pon kena tukar sekali x?? atau just masuk wiyering akon digital sahaja.. tq

jeff_tacra said...

masuk panel digital sahaja pun boleh, kena buat wiring sikit

Mohd Hafizi said...

Bos, mcm mana nak convert aircond manual wira ke digital aircond tanpa menggunakan wiring ori mitsu? Boleh tak buka satu topik untuk kemudahan semua..tq.

Alvin Singh said...

apa warna wire memory tu ya untuk disambung kat constant 12v

Alvin Singh said...

masalah sama yang saya hadapi

zizy catt said...

mcm mane bro...tlg tunjuk ajar bro...

zizy catt said...

mcm mane bro tlg tunjuk ajar bro..

Faizal Wazir said...

salam bang nak tanya laa..kalu buqat balik wiring lengkap wira berapa bajet ye

kita dobi said...

salam bang jeff..nak tanya sket..sekarang keta saya enjin mitsu tapi ekon manual..kalau saya nak tukar ke dashboard ck ekon digital kena tukar wiring sekali ke atau cuma pasang je..tq

Khairul Hafiz said...

ye..biru mane eh