Oil Seal Flywheel

bertemu kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana menukar oil seal flywheel yang telah rosak iaitu selalunya kalau didapati ada kebocoran minyak hitam sekitar bawah enjin berhampiran gearbox bermakna oil seal flywheel sudah tidak dapat memainkan peranannya dengan sempurna. jadi penyelesaiannya hendak tak hendak terpaksalah turunkan gearbox semata-mata untuk menukar oil seal sahaja, memang memenatkan



gearbox mivec yang telah berjaya diturunkan dengan bantuan 3 buah jack di bawahnya



setalah pressure clutch dibuka maka nampak lah flywheel seperti gambar di atas. 7 biji nat perlulah dibuka untuk mengeluarkan flywheel. gunakan kaedah tertentu untuk memusing nat flywheel kerana semasa anda memusingkan nat flywheel akan turut terpusing sama, fikirkan bagaimana tak nak bagi pusing


nat clutch dan flywheel yang telah dikeluarkan



inilah rupa crankshaft yang disambungkan dengan flywheel dan di bahagian luaran crankshaft itu terdapat satu oil seal besar uantuk menghalang minyak hitam keluar



pandangan atas ruang kerja untuk menurunkan gearbox



keluarkan oil seal dengan menggunakan screw driver flat, saya hanya menggunakan test pen sahaja dan berhati-hati semasa mengcungkil keluar oil seal ini



oil seal yang berjaya dikeluarkan dari tempatnya



ruang kosong antara crankshaft dan holder untuk menempatkan oil seal



oil seal baru dan lama



boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga kurang dari rm50



dah siap masukkan oil seal baru



gunakan torque wrench untuk mengikat nat flywheel dan nat clutch



ikat nat flywheel dengan torque 73ft.lbs manakala nat pressure clutch dengan 14ft.lbs

sekian, terima kasih
jumpa lagi

13 comments:

Anonymous said...

engine oil yg leaking dari oil seal flywheel blh bertakung sebelah dlm kulit gear box dibawah flywheel, lama-lama wap engine oil melekat kt flywheel, tak elok untuk kesihatan flywheel dan clucth...

jeff_tacra said...

ye btul... minyak itam akan bertakung dalam gearbox dan boleh menyebabkan kekotoran terperangkap di situ dan akan menjejaskan prestasi kotak gear

Anonymous said...

apa tools yang diperlukan....

Anonymous said...

masalah oil seal bocor ni bleh manyebabkan klac slip x bro

Anonymous said...

bro,gearbox stndard 1.8@gti,bleh msuk x flywheel ngn clutch gsr 9inci?apa yg kna tukar?

jeff_tacra said...

kebocoran oil seal flywheel boleh menyebabkan clutch slip sekiranya minyak terkena pada clutch

jeff_tacra said...

flywheel 9" masuk kat gearbox gti kena mod sikit, kena proses grind sebab ada yang sangkut pada housing gearbox

Anonymous said...

abg jeff, nak tukar oil seal flywheel tu nk kena tukar minyak gearbox sekali ke dan biasanya berapa kos keseluruhan nk tukar oil seal tu untuk wira standard 1.5 auto? tq..

jeff_tacra said...

nak tukar oil seal flywheel kena buka gearbox dan semasa dirveshaft dibuka untuk proses mengeluarkan gearbox minyak gear akan keluar melalu lubang kemasukan driveshaft. terpulang sama ada nak tukar minyak gear atau tidak. kos menukar oil seal flywheel bergantung pada upah pomen sebab kena turunkan gearbox

Anonymous said...

Salam abg jeff,

berapakah harga torque wrench yang abg jeff gunakan untuk mengikat skru flywheel dan clutch? dan apakah brand yang digunakan?...tq.

eliyas Taib said...

Askm kalu oil seal fly wheel viva perlu angkt engn tak.kalu wat kt kdai brapa kos

James said...

Macam mana kalau crank shaft dh berlekuk dan menggerutu kalau tukar oil seal pun tk tahan lama...rasa nye ni lagi berat ni.. dapat membantu ..tq

Anonymous said...

aku baru tukar oil seal ni dalam 2 hari kebelakangan lepas tu aku cek minyak itam aku dah kering..pertanyaan saya ialah adakah dengan menukar oil seal ini minyak hitam akan ikut dibuang atau tidak?sebab heran minyak itam dah kering..nasib juga aku pigi cek