Top Overhaul 3

bertemu lagi... hari ni hari ke 3 dan telah pun siap untuk overhaul enjin mivec rakan saya. dah running pukul 4.30 petang tadi, alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sedikit gambar untuk dikongsi bersama


ini thermal intake gasket, penggunaan gasket ini bertujuan untuk mengurangkan bahang kepanasan dari enjin ke bahagian intake


intake gasket yang telah siap dipasang. torque untuk pemasangan nat intake ialah sekitar 15ft.lbs sahaja


ARP head stud bolt sudah tidak asing bagi kakai-kaki kereta kerana bolt ini boleh dikenakan torque yang tinggi dan sangat sesuai bagi yang hendak menggunakan metal head gasket. harga boleh dikatakan agak mahal iaitu sebatang kira-kira rm55.00, untuk head proton atau mitsu anda perlukan 10 batang, kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhannya


ARP head stud telah siap dipasang pada blok enjin


metal head gasket mitsubishi ketebalan yang saya gunakan untuk enjin MIVEC ialah 0.6mm


terlebih dahulu spray dengan copper sebagai sealant head gasket. berhati-hati semasa spray copper pada gasket kerana copper spray ini merupakan logam berat, jangan terhidu kabus semburan, sebaik-baiknya pakai penutup hidung dan mulut


head gasket yang telah terpasang pada permukaan blok


head dan camshaft telah siap dipasang pada blok


ini ialah bearing timing belt untuk enjin DOHC


head dah siap dipasang cuma timing belt je belum lagi


masukkan minyak gearbox


belting yang ditukar iaiatu timing belt, alternator belt dan power steering & compressor belt


dah siap bahagian terakhir yang dipasang ialah timing belt dan belting lain yang berkaitan


head gasket dan oil seal flywheel yang sudah menamatkan perkhidmatannya


dah siap sebuah enjin mivec yang menjalani proses overhaul. Alhamdullillah... segalanya berjalan lancar

sekian, terima kasih
jumpa lagi

14 comments:

mashukkk said...

Abam jeff..masa psg timing belt, camne nk bagi timing belt tegang supaya x lompat gigi? Abam jeff tolak bearIng pkai apa ye?

jeff_tacra said...

ada special tool unutk ketatkan tensioner bearing untuk enjin DOHC. di samping itu enjin mivec dan mitsu lain ada auto tensioner untuk tegangkan belt

Anonymous said...

alhamdulillah siap gak engine mivec rakan abg jeff

Anonymous said...

bang termal intake gasket 2 bli kat ner bang?? bape RM?

RJ said...

Brp bro kenakan cas utk bikin nie?

Anonymous said...

salam jeff_tacra,ada tak entri cara nak tuekar valve cover gasket kancil..

Anonymous said...

kenapa nak kena buka minyak gearbox?

Anonymous said...

bang nak tanye...head stud arp tu ade jual sebatang2 ke?

jeff_tacra said...

kena buka minyak gearbox sebab nak buka driveshaft, nak ganti oil seal flywheel kena buka gearbox

jeff_tacra said...

head stud arp jual satu set, tak jual sebatang2

Anonymous said...

salam bang jeff.. nak tanya saiz soket biasa dengan soket arp sama ke.. kena pakai soket khas ke untuk buka head

jeff_tacra said...

sama sahaja dengan yang biasa

Anonymous said...

abg jeff ambik upah tak utk buat top overhaul

MOHAMAD FAIZ said...

salam bang nak tanya berapa kos untuk semua ni termasuk upah.