bertemu lagi... hari ni hari ke 3 dan telah pun siap untuk overhaul enjin mivec rakan saya. dah running pukul 4.30 petang tadi, alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sedikit gambar untuk dikongsi bersama
ini thermal intake gasket, penggunaan gasket ini bertujuan untuk mengurangkan bahang kepanasan dari enjin ke bahagian intake
intake gasket yang telah siap dipasang. torque untuk pemasangan nat intake ialah sekitar 15ft.lbs sahaja
ARP head stud bolt sudah tidak asing bagi kakai-kaki kereta kerana bolt ini boleh dikenakan torque yang tinggi dan sangat sesuai bagi yang hendak menggunakan metal head gasket. harga boleh dikatakan agak mahal iaitu sebatang kira-kira rm55.00, untuk head proton atau mitsu anda perlukan 10 batang, kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhannya
ARP head stud telah siap dipasang pada blok enjin
metal head gasket mitsubishi ketebalan yang saya gunakan untuk enjin MIVEC ialah 0.6mm
terlebih dahulu spray dengan copper sebagai sealant head gasket. berhati-hati semasa spray copper pada gasket kerana copper spray ini merupakan logam berat, jangan terhidu kabus semburan, sebaik-baiknya pakai penutup hidung dan mulut
head gasket yang telah terpasang pada permukaan blok