Works Fuel Rail

assalam... dan salam sejahtera, bersual lagi dengan entri penukaran fuel rail standard kepada fuel rail jenis works, kebetulan saya dapat ni agak murah (barang 2nd) rakan forum jual, jadi saya ambik untuk jalan projek kat kereta


hujung fuel rail standard kebiasaannya terdapat regulator tapi saya dah mod hujung ni untuk dipadankan dengan braided hose yang kemudiannya bersambung ke SARD adjustable fuel regulator. buka dulu hose yang bersambung dengan hose pada bahagian kiri dan kanan duel rail. sebelum terlupa PASTIKAN TERMINAL NEGATIF BATERI DIBUKA TERLEBIH DAHULU untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maklumlah main dengan petrol ni kena lebih berhati-hati


fuel rail standard wira atau mitsu lebih kurang sama sahaja


buka nat 12mm untuk mengeluarkan fuel rail dan berhati-hati dengan washer hitam di bawah fuel rail


perlahan-lahan keluarkan fuel rail dan pada masa ini injector pun turut terkeluar bersama-sama dengan fuel rail


fuel rai dan injector masih lagi bersambung dengan soket wiring ke injector


gunakan screw driver kecik untuk mengumpil klip besi seperti gambar di atas untuk mengeluarkan soket dari fuel rail, simpan dengan baik pin atau klip berkenaan kerana jika klip tidak dimasukkan pada soket fuel rail akan menyebabkan soket longgar dan boleh tercabut


fuel rail standard, injector dan di belakangnya ialah works fuel rail for 4G9x


brass fitting yang saya gunakan untuk memasang sard fuel regulator pada hujung works fuel rai. saiz fitting ini ialah 1/8 npt boleh didapati di mana-mana hardware


SARD fuel regulator dan meter untuk dipadankan pada works fuel rail


sambungkan aftermarket fuel regulator dengan menggunakan fitting tadi mengikut kedudukan seperti di atas


beginilah rupa apabila fuel regulator dipadankan dengan fuel rail. gunakan teflon tape putih untuk menyambungkan fitting dan ketatkan mengikut yang sepatutnya agar tidak belaku kebocoran petrol semasa kereta dihidupkan


keadaan works fuel rail, injector dan SARD adjustable fuel regulator. tidak ada lagi hose panjang untuk menyambungkan adjustable fuel regulator seperti yang kebiasaan yang digunakan oleh orang ramai


sudah siap sedia untuk dimasukkan pada kereta


masukkan fuel rail dengan hujung tip injector masuk sepenuhnya ke dalam intake manifold dan kenakan semula 2 biji nat 12 mm untuk mengikat fuel rail


dah siap bolehlah start kereta dan serta merta periksa setiap sambungan yang dibuat tadi agar tida ada minyak petrol keluar. kalau ada kebocoran segera off enjin dan keluarkan semula fuel rail dan ketatkan fitting dengan berhati-hati. fitting ini dibuat dari tembaga dan sekiranya over tighting boleh menyebabkan fitting ini pecah


dah pun siap, start dan biarkan idling beberapa ketika sambil perhatikan dan periksa setiap sambungan. jika tiada kebocoran bermakna diy anda telah berjaya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

5 comments:

Anonymous said...

salam bang,
waja 1.6 4g18 model 2000 boleh gune fuel rail brand apa dan dari model apa?

king said...

review sket la bang performance dia

wandy said...

Assalamualikum.sy ada permasalahan pd kipas sy..sy pakai evo.kipas n tangki air dah tukar aloi n kipas forged..temp jd tinggi/jarum d tgh bila panas..pasal kipas berpusing slow.tp bila tarik wayer direct ke wyper ok plak kipas 2..pusing mcm ribut..kenapa jd mcm ni.adakah relay dah kong atau karen x kuat..

Apit Mook said...

salam bro jeff. klu 4g18 nk pakai fuel rail 4g93 na/turbo bole tak???

jeff_tacra said...

saya pun tak berapa pasti dapat masuk atau tidak fuel rail 4g9x pada enjin 4g18. saya rasa macam tak boleh nak masuk sebab karektor dua enjin tu sangat berlainan