AC Compressor 4G9X And 4G63

entri kali ini ialah mengenai modifikasi atau ubah suai yang dilakukan terhadap compressor evo (4g63) yang ingin digunakan pada enjin 4G9X. enjin twin cam mitsu seperti 4G91/92/93 menggunakan compressor yang dipasang pada bahagian hadapan enjin manakala enjin 4G63/evo pada bahagian belakang jadi perlu lakukan ubahsuai untuk dipasang pada enjin 4G9X. compressor sama cuma bahagian atas penyambungan paip yang berbeza tapi boleh diubahsuai untuk digunakan pada 4G9X, ikuti langkah di bawah


sebelum keluarkan compressor terlebih dahulu kena keluarkan belt compressor yang bersambung juga dengan power steering pump. terlebih dahulu longgarkan nat 12mm pada bahagian bawah motor power steering dan kemudiannya longgarkan nat 14mm pada bahagian pulley pump, ini dilakukan untuk mengeluarkan belt compressor


keluarkan tensioner pulley belting compressor dan power steering pump


4 biji nat compressor bersaiz 12mm (panjang) perlu dibuka untuk mengeluarkan compressor daripada tapaknya


compressor 4G92 yang dikeluarkan. untuk makluman compressor ni telah rosak sebab bearing di dalam compressor dah pecah dan jem. perlu tukar dengan compressor lain, jadi saya ambik compressor evo untuk dipasang pada enjin ini dan perlukan sedikit pengubahsuaian dilakukan terhadap compressor evo


compressor evo yang diimport dari KL


perbezaan antara kemasukan paip aircond evo (kiri) dan 4G9X (kanan). kedudukan compressor pun dah berlawanan


buka 6 skru 10mm pada bahagian atas compressor 4G9x dan bahagian inilah nanti yang akan digantikan kepada compressor evo, maknanya kena pakai bahagian atas compressor 4G9X untuk dipasangkan pada compressor evo


dah dikeluarkan dan pastikan oil seal berada dalam keadaan baik


bahagian atas ini perlu ditukar atau dipasang pada bahagian atas compressor evo


bahagian atas compressor evo (kiri) dan 4G92 (kanan)


bahagian ini juga perlu diguna pakai yang 4G9x, jadi perlu tukar antara keduanya


compressor asal 4G92


magnetic clutch compressor


sticker merah compressor evo menggunakan gas R134a


dah siap mod dan boleh dipasangkan pada kereta. isikan gas dan segalanya dah ok

sekian, terima kasih
jumpa lagi

28 comments:

Anonymous said...

bang klu idupkan aircond time enjin masih sejuk ada bunyi spining pada compressor, kenapa erk?...belting aircond saya dah ketatkan..

jeff_tacra said...

kemungkinan bunyi bearing clutch compressor. try cari dalam entri blog pasal ni. dah ada saya masukkan

Anonymous said...

salam bang jeff...tumpang tanye...saye pakai enjin gti 1.8...kod 4g93...compressor saya ade masalah...nak tukar kompresor tapi kedai air cond cakap takde kompresor yang match ngan kompresor asal saya walaupun kod kompresor yang sama...kene cari tapak asal gti dlu baru bleh ganti kompresor sebab tapak yang skang dah di modi oleh owner lama...leh tak ang jeff bantu saya selesai kan masalah saya ni...mane nak cari tapak kompresor ye??..tq

jeff_tacra said...

tapak compressor gti sama dengan gsr/4g9x, try survey kat kedai halfcut. saya rasa ada jual kat situ

noriss seri pengantin said...

salama bro jeff,saya ade satu kemusykilan.saya pemilik proton satria 1.3 1997..bulan lepas saya ade tukar compressor AC.so problem nye skrg ni,setiap kali saya tekan button aircond tu,tuk 20sec yg pertaman mst AC sy bau busuk.so ape pendapat bro jeff

Anonymous said...

tq abg jeff

Anonymous said...

mmg terbaekk lah abe jeff

Anonymous said...

Cooling coil kena service tu bro. Cooling coil kalu kotor blh jadi ac busuk. Cuba cuci CC tu dl.

Anonymous said...

ada beza x pakai compressor evo? ketahanan mungkin lebih sikit kut dari 4g9x biasa sebab direka untuk evo. saya dah 3 kali tukar compressor 4g9x. kalu yang kali ni jem jugak nak cuba evo plak. setakat sekarang dah dekat 5 tahun pakai masih ok lagi..

Anonymous said...

Salam abg jeff.. tnya skit, kalau nak diy cuci cooling coil boleh tak?.. n kalau boleh diy agk2 nya tu senang tak?..

Anonymous said...

salam.abg jeff.. nk tanya compressor 4g93 n evo brand DENSO gk ka?

Anonymous said...

Salam 1Malaysia..ade sape2 yang ada stok aircond compressor utk satria 1.3 model 1997. Saya tgh cari, klu boleh yg second or recond yg murah2...tq

maxXximus said...

salam abg jeff ... saya baru tukar compressor evo ni pada enjin 4G91 saya ... utk makluman, part utk gear belting tu tak perlu bukak keseluruhan bhgian, cukup sekadar membuka 6 skru di sekeliling bhgian berpusing tu dan gantikan pada compressor evo ... terima kasih utk info dan idea utk ganti dgn compressor evo ...

jeff_tacra said...

Untuk makluman jugak, ada clutch pullry evo yang kecik sikit, so kena tukar kesekuruhan bahagian hadapan tu

Asran Zain said...

Salam Jeff, 4g92 ac compressor bape duit anggaran baru/2nd hand? tq

Anonymous said...

salam bang..sya gn enjin 4g93 soch..masalahnya aircond sya kurang sejuk walaupun dh servis luar dalam msk gas baru...sejuk kejap je x smpai smggu...ada pomen aircond ckp compressor dekat dgn manifol n compresor cpt pns..btl ke fakta ni?

Fariq said...

Salam abg jeff,

Compressor denso saya 4g13 bocor, ada apa2 cadangan samada boleh repair atau tukar baru?
Kalau tukar, evo boleh masuk x?

Unknown said...

Salam,

Boleh x compressor gsr/4g93 ganti compressor 4g13...untuk kereta satria 1.3...TQ

sanip said...

salam kalau saya tukar comp evo mcm mana dgn gas dulu comp asal pakai r12.kalau evo r134a...kena tukar jugak ker

moaz zani said...

salam abg jeff..nk tny..kalau compressor 4g91 modified guna compressor aircond wira 1.6 ble x?

Zack Zam said...

Salam abg jeff..kereta satria 1.3 saya
Ada masalah compresor. Compresor akan berhenti sendiri dan kadang2 berfungsi dan tidak bergerak.apa bila compresor bergerak lama..tempreture akan naik lebih. Apakah masalah itu?
Dan compresor jenis apa yg sesuai saya beli sekiranya saya ingin membeli di kedai potong..harap abg jeff dapat membantu

Zack Zam said...

Salam abg jeff..kereta satria 1.3 saya
Ada masalah compresor. Compresor akan berhenti sendiri dan kadang2 berfungsi dan tidak bergerak.apa bila compresor bergerak lama..tempreture akan naik lebih. Apakah masalah itu?
Dan compresor jenis apa yg sesuai saya beli sekiranya saya ingin membeli di kedai potong..harap abg jeff dapat membantu

Khairul Iqwan said...

Assalamualaikum...abg jeff..sy ada mslh conpressor aircond.sy pakai engine mivec ck kt body persona first model..utk mivec ck compressor apa yg sama?kat tempat sy susah nk cari barang ck ni...

Anonymous said...

Slm...kalau compresseer ekon evo nk masuk kt 4g93 mcm mne....ke same kne modi jgk....

Sofian Hadi said...

Salam abg jeff mana nak cari bearing clutch mivec ck?harga agak2 berapa?

Sofian Hadi said...

Salam abg jeff mana nak cari bearing clutch mivec ck?harga agak2 berapa?

Sofian Hadi said...

Abg jeff boleh bagi kod bearing clucth mivec ck4 waja tak?...

Sham _4g said...

Salam bang jeff. Ada kemusykilan. Dah check kat kdai katanya compressor ok. Masalah pd ic board. Dashboard 4g91 panel digital. Display panel malap. Try sarung yg mmbr punya pun malap gap. Ngapa tu? Harap dapat bantu