assalam dan salam sejahtera. kebetulan ada member suruh pasang oil press pada kereta dia jumaat lalu, jadi peluang ini saya ambik untuk dijadikan bahan dalam blog saya. owner kereta tersebut memilih NRG oil press sersaiz 60mm dengan harga sekitar rm220 siap dengan oil sensor sekali. oil press ini jenis electrical sebab itulah memerlukan sensor untuk beroperasi. owner kereta ini menggunakan engine 4G92 MIVEC pada body wira aeroback
rupa NRG oil press ketika beroperasi.
kotak NRG oil press made in taiwan
sensor asal iaitu pada bahagian bawah sekali yang dipasang pada head enjin hendaklah dibuka. brass fitting sebelah kanan ialah untuk pasang pada head, dan terdapat dua lagi lubang bersaiz 1/8 npt untuk dipasang sensor asal dan sensor NRG meter. gunakan teflon tape putih sebagai sealant untuk pemasangan nanti
langkah pertama ialah buka oil pressure sensor asal, kebiasaannya terdapat pada sebelah kiri head, terdapat satu wire bersoket padanya
pasang fitting male to male bersaiz 1/8 npt seperti yang ditunjukkan, brass fitting ini boleh diperoleh di mana-mana kedai hardware
fitting ni berupa T-joint sahaja
pasangkan t-joint, pasangkan sensor meter NRG dan sensor asal