Race Tech Smooth Shift

bersua kembali dengan entri pemasangan race tech smooth shift iaitu untuk menggantikan bushing asal pada hujung linkage gear pada gearbox. smooth shift ini boleh dirasai perbezaannya serta merta sebaik sahaja selesai dipasang, kemasukan gear jadi lebih lancar, smooth dan kalau ada yang mengalami masalah gear longgar atau banyak free play kemungkinan brangan ini boleh mengatasi masalah tersebut


race tech smooth shift dibuat daripada aluminium


sepasang bush aluminium, snap ring dan klip


manual disertakan sekali dalam pakej pembelian. sesuai untu kereta wira/mitsu 1.3-2.0


sepasang bush asal pada gear


keluarkan pin dan washer sepert di atas


keluarkan hujung linkage daripada bracket gear


masukkan screw driver pada bushing asal dan tuil untuk keluarkan bush


bush asal yang dikeluarkan


close-up bush asal


dah kosong tempat kemasukan bush dan di sinilah nanti smooth shift akan dimasukkan


masukkan smooth shift dan padankan pada gear


pasangkan snap ring (gunakan playar untuk memasukkan snap ring), pasangkan washer asal dan masukkan pin baru yang dapat bersama pakej tadi


dah pasang bahagian satu lagi


dah pun siap dan boleh cuba masukkan gear kereta anda dan pasti akan ada perubahan daripada sebelumnya, selamat ber'diy'

sekian, terima kasih
jumpa lagi

20 comments:

Anonymous said...

ada jual kat kdai spare part x nie bang???

jeff_tacra said...

tak ada jual kat spare part

Anonymous said...

brapo hargo benda nie??

Anonymous said...

salam..nak tanya..keta saya guna enjin ck 4a.gear shift liat sangat masa enjin masih baru2 jalan.bila dah lame sikit jalan .baru rasa ok.ade masalah ke bang?minyak gear gukup dn baru tukar.

Anonymous said...

salam..nak tanya..keta saya guna enjin ck 4a.gear shift liat sangat masa enjin masih baru2 jalan.bila dah lame sikit jalan .baru rasa ok.ade masalah ke bang?minyak gear gukup dn baru tukar.

wiragaban said...

ada jual kat mana? saya berminat ni.

Anonymous said...

kat web mudah.my ada, harga RM110

jeff_tacra said...

harga sekitar rm100-110, dalam mudah pun ada yang jual

wiragaban said...

Gear kete susah masuk la,tukar gearbox 4g91 kat wira 1.5. Minyk dah tukar.sekejap je ok.bunyi mcm tekan klac tak habis.masalah ape ye?

jeff_tacra said...

try tukar bush kat console gear dan juga bush kat gearbox

Anonymous said...

gear auto boleh buat ke?

jeff_tacra said...

gear auto tak boleh guna smooth shift ini

wiragaban said...

Bush kat gearbox dah pecah,kat kedai xde jual.mana nak dapatkan ye?

son said...

helo jeff.. ni saya baru beli keta kelisa second hand 1.0 manual. dia punya gear mmg banyak freela.. kalau pasang smooth shift ni boleh ke kat kelisa tq..

Daren Low said...

Helo Bang Jeff, saya ingin upgrade gear shift 4g92 mivec saya. Adakah upgrade di atas yang bang tunjukkan mencukupi atau boleh tambah ngam symborski shifter kit?

http://mivek4doddle.blogspot.com/2008/09/symborski-shifter-kit.html

Setup saya sekarang -
Short shifter
Stock gear linkage

Masa tu bush saya rosak, sudah tukar tapi freeplay kat gear memang ketara dari dulu selepas conversion. Dulu gear memang mantap dan tak ada freeplay. Tak biasa ler bila tukar gear. lol

Tunjuk ajar bang memang dihargai. terima kasih.

jeff_tacra said...

boleh tukar race tech smooth shift macam kat atas dan satu lagi tukar kesemua bush pada gear lever dalam kereta

alynn Sullen said...

Bro ktner leh dpt bnda ni ;)

gary said...

Barang masih ade lgi ? Brpa ?

Arzaq said...

Saya dah pakai racetech smooth shift, dan bush gear lever pun dah tukar. Tp gear masih susah nak masuk. Dia x smooth, kasar kasar gitu. Apa lagi punca dia eh selain dua ni? Tq

Arzaq said...

Saya dah pakai racetech smooth shift, dan bush gear lever pun dah tukar. Tp gear masih susah nak masuk. Dia x smooth, kasar kasar gitu. Apa lagi punca dia eh selain dua ni? Tq