Info & Tips Vol. 5

Bersua kembali, agak lama saya tak update blog ini, baru sekarang berkesempatan untuk menambahkan entri terbaru yang tidak seberapa ini iaitu mengenai info dan tips tertentu yang boleh dijadikan panduan bagi pengguna kereta. pengetahuan yang sedikit ini sudah pasti akan berguna terutama semasa membaiki kenderaaan ataupun ketika kita hendak membeli part-part tertentu di kedai spare part

gambar atas merupakan gambar smooth shift keluaran race tech yang boleh diperoleh dengan harga sekitar rm90-rm120 bagi satu set. ini digunakan untuk menggantikan bushing asal pada hujung cable gear yang disambungkan pada gearbox, pemasangannya saya kira sudah ada dalam entri blog saya yang terdahulu. pengguna akan berasa kelainan semasa memasukkan gear dan boleh mengatasi beberapa masalah tertentu ketika memasukkan gear

 ini merupakan flywheel 7 lubang yang kebiasaannya diguna pakai pada enjin 1.8 ataupun pada enjin 1.6 mivec, ukuran clutch yang diperlukan ialah 8.5". bagi enjin 4G13/15 boleh juga menggunakan flywheel dan set clutch bersaiz 8.5" yang kebiasaannya diambil daripada flywheel super touring yang telah diubah suai lubangnya menjadi 5 lubang untuk dipadankan dengan enjin 1.3/1.5. terasa sedikit pikap apabila memadankan flywheel super touring ini dan boleh diperoleh di kedai halfcut dan ada sesetengah kedai halfcut ini telah mengubahsuai lubang flywheel. harga sekitar rm150-rm250 bergantung pada condition

gambar atas merupakan set clutch standard untuk mivec yang kebiasaanya keluaran EXEDY. ada yang mengubahsuai clutch kepada clutch racing atau semi racing seperti keluaran EXEDY atau TRINITI atau beberapa jenama lain yang terkenal di pasaran. penggunaan clutch racing atau semi racing memang mantap tetapi haru diingat pedal clutch akan terasa lebih berat daripada biasa ketika menekannya untuk memasukkan gear, so terpulang kepada anda. harga clutch set semi racing EXEDY sekitar rm900-rm1200

ini ialah cara yang perlu dilakukan untuk mengeluarkan piston disc brake belakang iaitu dengan cara memusingkannya mengikut lawan jam. bila piston dapat dikeluarkan barulah boleh menggantikan seal baru dan service piston brake. bagi pengguna disc brake belakang selalu mengalami masalah handbrake tidak makan iaitu walaupun handbrake ditarik kereta masih boleh bergerak. penyelesaiannya ialah pusingkan piston keluar seperti di atas beberapa pusingan dan masukkan semula seperti asal, pasti handbrake tidak akan bermasalah lagi

ini ialah suis pada bahagian belakang kunci kereta anda. untuk mengeluarkannya hanya dengan satu nat sahaja dan jika dapat dikeluarkan kereta anda dapat dihidupkan dengan hanya menggunakan screw driver leper sahaja. sebab itulah penyamun kereta dapat menghidupkan kereta dengan mudah. jika contact pada bahagian ini haus atau terlalu berminyak masalahnya kereta susah dihidupkan, beberapa kali crank baru dapat hidup, cuba lah servis alat ini atau menukarnya dengan yang lain

t-joint brand JURAN ini saya order direct dari japan untuk kegunaan sendiri iaitu untuk memasang oil press gauge pada sensor asal oil press pada head enjin kereta. sila lihat entri terdahulu mengenai pemasangan oil press

diagram untuk menambahkan relay pada fuel pump seperti yang menggunakan fuel pump WALBRO yang ada kalanya merungut tak cukup power dan macam-macam lagi. tambah relay sekurang-kurangnya voltage dapat disalurkan dengan baik


kebocoran oil seal flywheel dapat dikesan sekiranya ada kebocoran minyak hitam antara gearbox dengan blok. oil seal ini berharga rm30 sahaja tetapi untuk menukarnya memerlukan gearbox dibuka sepenuhnya dari kereta, sama macam hendak menukar clutch, sebab itulah upah menukar flywheel oil seal ini mahal


compressor aircond enjin 4G9x sekarang semakin berkurangan, ada yang mod compressor proton untuk dipadankan dengan enjin keluaran 4G9x mitsu. anda boleh menggunakan compressor evo123 untuk dipadankan pada enjin 4G9x tetapi perlulah melakukan ubah suai pada bahagian atas compressor evo serta perlu menukar pulley dan magnet clutch compressor 4G9x pada compressor evo, barulah boleh dipasangkan pada kenderaan anda. lihat entri terdahulu mengenai cara melakukannya

penggunaan adjustable campulley begitu popular sekarang dan ada rungutan dari pengguna yang mengatakan timing belt cepat rosak akibat penggunaan campulley aftermarket, sejauh mana masalah ini saya pun tak pasti. lebih baik custom campulley standard anda untuk mengelakkan masalah ini berlaku, tambahan pula penggunaan campulley asal tidak mengelaurkan bunyi bising seperti sesetengah campulley after market. sekarang ada kedai tertentu yang menyediakan perkhidmatan ubah suai campulley standard untuk dijadikan adjustable campulley seperti yang terdapat di pasaran

main relay atau ada sesetengahnya yang menyebut relay fuel pump. jika kerosakan ini berlaku kereta tidak dapat dihidupkan. sama sahajadengan mana-mana enjin 4G9x atau 4G63 evo

wheel hub ring digunakan sekiranya terdapat gap yang besar antara rim dengan center cone pada disc, tujuannya ialah untuk mengelakkan gegaran terutama semasa kelajuan tinggi

hydraulic brake service part boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga sekita rm30. penggunaannya ialah untuk menggantikan kit brake yang rosak bagi pengguna disc brake

ini gambar soket ecu enjin mitsu yang kebiasaanya berwarna kuning seperti di atas. boleh rujuk entri ecu terdahulu untuk mengetahui pin out ecu

SAFC2 keluaran apexi ialah untuk melaraskan campuran minyak dan angin untuk memboleh kereta anda beroperasi pada tahap terbaik. pelarasan yang betul boleh menjimatkan minyak, meningkatkan keupayaan kereta anda, sila lihat entri terdahulu mengenai pemasangan alat ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi

29 comments:

fahmi2204 said...

lama sungguh x baca entri baru dr abam jeff...akhirnya lepas jgak rindu..hehe...1 je emel lum balas haha

jeff_tacra said...

belum balas lagi ke emel, nanti check balik dalam inbox, banyak sangat...

Anonymous said...

bang jef, caliper evo3 twin pot boleh terus sarung kat disc mivec ke bang??

jeff_tacra said...

caliper evo twinpot tak boleh masuk kat disc mivec sebab diammeter disc evo lebih besar dari disc mivec. caliper dan disc evo boleh masuk kat knuckle mivec dengan syarat disc evo ditebuk lubang ke pcd100

Anonymous said...

salam bro..kt mane bli bush race tech tu bro?leh order ngn bro ke klau sy nk?

Anonymous said...

race tech mahal lah bro... pakai yg custom made dari bhp racing, material sama t7.. bru rm80
bleh tgk kt mudah...

jeff_tacra said...

Race tech pun sekitar tu jugak harganya

Anonymous said...

slm bang jeff,smooth shift boleh pakai kat semua kereta ke?kat kedai sparepart ada jal x barang ni?

Anonymous said...

Salam Abng Jef..Kalau kata 'tengok entri yang terdahulu' abang Jef kena letak link..senang nak cari..

jeff_tacra said...

untuk neo, gen2 waja pun ada

Unknown said...

nak tanya abg jeff,cam satria gti leh pasang kat gsr tebo x?

jeff_tacra said...

cam satria gti boleh dipasang dan digunakan pada enjin gsr, no problem

Unknown said...

da try pasang,cuma ada ketat sikit,takut ada efect kat valve,tapi enjin respon memang best

Anonymous said...

salam..sekadar cadangan..boleh x nanti tulis blog mengenai overheating dan apa punca2 overheating dan langkah penyelesaiannya..tq ya

Anonymous said...

salam bang..nak tnyer..msalh nie berlaku mse kete ngah jalan..mcm ad bunyi bising..mcm bnde ngah bergesel..mse berhenti x de...kat depan...kat sebelah driver...pe2 recommendation?

Anonymous said...

bagus info2 kat sini...tq bro!

Anonymous said...

Mesti bro. Jeff is the best always. Mmg membantu DIY nya. Thumbs up!!!

Anak Bumi Kenyalang said...

gearbox apa yg padan dgn enjin 4g93 utk main drag.. pomen cakap gearbox mivec LSD 4g92 yg paling sesuai pasang kat enjin 4g93 tu.. betul ke?? nak tanya ni.. sbb kurang pasti.

Anonymous said...

salam nk tnya ckit. klu nk pakai thrttle body yg lain kt engin 4g18 waja 1.6. nk pakai tb dr jenis n model ape ye????

jeff_tacra said...

ambik dari lancer CK

Anonymous said...

salam, abg jeff sy nk tnya ckit. kan klu skru main puley patah dalam,bole bwk kluar tak ????

jeff_tacra said...

agak susah nak keluarkan kalau dengan cara biasa, kena bwak ke kedai machinery jugak

Anonymous said...

salam. abg jeff nk tnya ckit pasal vacuum reading. yg reading ada kt dlm blog ni, readinng tu untk mase on air cond ke atau time off..
lg 1, mmg reading klu kite tekan padel minyak, jarum tu akan drop smpi 0 ke?????

jeff_tacra said...

reading tu masa off aircond dan memang akan menjadi 0 apabila rev minyak

mr zack said...

salam abang jef..

nak tanya kalau pakai triniti clutch yang tak de spring tu mana lagi keras dengan 3 puck exedy?

Awang Chuli said...

Assalamualaikum... Hi taycra.. Sy ingin menukar fuel pump untuk iswara uk spec sya.. Sy ingat untuk menukar jenama walbro. Apa model walbro yang sesuai untuk kereta sy.. Bagaimana nak tahu yang mana ori atau tiruan.. Sekian terima kasih..

Lang Prostoc said...

salam abg jeff...


kereta saya berenjinkan 4g93 dohc mmc ...
time bwk keter dlm jarak 30-40km ..keter akan jerking...macam minyak xsupport...
kable plug, petrol filter, plug dah tuka..tp masih jadi lagi...
adakah disebabkan oleh distributor,power tr unit, throtle body atau fuel pump yg problem?
masalah ni terjadi selepas saye tuka water pump n timing belt luar dalam...
utk pengetahuan abg jeff...keter still bleh start...time idling bile direm...jarum pada regulator akan drop sampai 2.6 -2.7 bar...sepatut nye apabila rem..jarum regulator akan naik kan?ni mcm kurang pressure...tp smpai skang enjin bleh start...cume bila jalan jauh..enjin dah panas..baru akan jd masalah jerking n semput2 tuh walaupun dah naik kan habis level distributor tuh..

*fuel pump rb25 (dah pakai dalam 8bln beli dr hapkat)
*throtle body v6 (dah setahun pakai)
* distributor xpenah tukar
*power tr unit xpenah tukar

Bob amri said...

Saya ada gen2 enjin mivec ck4 triptronic.masalah skrg semakin haribsemakin kurang hp terasa beratnya dan gear pon macam sentap masa penukaran gearnya?.lagi ada kesan x bila saya jarang guna manual? Mohon penerangan sikit pada yg pakar...saya dah buntu memikirkannya

Bob amri said...

Saya ada gen2 enjin mivec ck4 triptronic.masalah skrg semakin haribsemakin kurang hp terasa beratnya dan gear pon macam sentap masa penukaran gearnya?.lagi ada kesan x bila saya jarang guna manual? Mohon penerangan sikit pada yg pakar...saya dah buntu memikirkannya