External Water Temp Gauge



Bertemu lagi dengan entri pemasangan external water temperature gauge pada kereta. kali ini saya paparkan bagaimana cara memasang meter dan sensor tanpa perlu menggunakan adapter pada hose air yang selalu kita nampak ketika memasang sensor temp ini. saya tidak menggunakan adapter untuk sensor dan tidak perlulah memotog hose, sayang jugak kalau potong hose ni, tambahan lagi kalau hose betul-betul ori SAMCO



ini merupakan hose radiator yang selalu dipotong untuk memasang adapter sensor temp sender. potong, pasang adapter, pasang klip dan seterusnya pasang sensor. tapi semua ini saya tidak lakukan dan saya tempatkan tempat lain untuk memasang sensor
 
adapter inilah yang selalu dipasang pada hose dengan cara potong hose radiator

lihat gambar di atas ini, saya mod housing tempat hose radiator untuk menempatkan sensor temp jadi perlulah terlebih dahulu keluarkan air radiator dan buka dua bijik nat 12mm untuk keluarkan housing ini

 inilah housing hose air radiator tadi

 pandangan dari tempat yang dipasang ke head enjin, perlu letakkan gam gasket semasa memasang nanti

 tempat yang perlu ditebuk untuk memasang temp sensor

drill dengan menggunakan bit yang sesuai untuk menjadikan thread bersaiz 1/8 npt iaitu saiz yang bersesuaian dengan thread temp sensor

 ini ialah pipe taps yang bersaiz 1/8 npt uantuk membuat thread pada housing tadi

selepas ditebuk lubang yang sesuai gunakan pipe taps ini untuk membuat thread baru dan pastikan kedudukan alat tersebut tegak serta tidak senget semasa membuat thread

temp sensor ini selalunya dapat sekali dengan water temp gauge tetapi kadang kala ada yang jual meter sahaja tapi sensor tak ada, jangan risau sebab sensor ini boleh dibeli di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm20 sebijik

 pasangkan sensor pada lubang yang dibuat tadi dan pasangkan housing pada kereta

 kedudukan sensor pada bahagian bawah housing hose radiator, tengok dari atas tak nampak

 gunakan soket tertentu dan sambungkan ke sensor dan kemudiannya ke meter water temp

 dah siap pasang pada sensor

apabila segalanya dah siap dipasang jangan lupa tambah air radiator dan hidupkan kereta serta check kalau-kalau ada kebocoran air pada bahagian berkenaan. external water temp meter telah berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi