Ubah suai Kunci Kereta

selamat berpuasa kepada yang bergama Islam... jumpa lagi kali ini dengan entri yang biasa sahaja iaitu bagaimana mengubahsuai kenci kereta sekiranya kita hendak mengekalkan penggunaan kunci asal proton tetapi menggunakan housing kunci lancer. ini hanya khusus bagi sesiapa yang dah convert enjin dan sekiranya kunci ini anda peroleh semasa penukaran enjin


perkara ini boleh dilakukan juga bagi sesiapa yang menukar stereng shaft yang lama kepada yang baru atau 2nd. kebiasaannya kalau kita beli stereng shaft lain kat kedai halfcut kita akan dapat sekali kunci kereta yang masih melekat pada stereng shaft tersebut

untuk membuka keseluruhan part kunci agak susah sedikit kerana nat yang dikenakan padanya tidak ada tempat untuk kita menggunakan screw driver ataupun spanar biasa. terpaksalah kita ketuk dengan screw driver dan dengan tukul untuk mengeluarkan nat dan barulah dapat disalin dengan yang asal. maka lebih baik kita convert kunci sahaja untuk memudahkan kerja

ini ialah kunci lancer yang terdapat pada stereng shaft yang saya peroleh di kedai halfcut yang diambil dari model lancer evo 3

bagi proses mengeluarkan kunci sila lihat entri sebelum ini kerana dalam entri tersebut ada saya tunjukkan langkah-langkah bagaimana mengeluarkan kunci dari bracket kunci tersebut

kunci yang telah dikeluarkan dan akan nampak kosong seperti gambar di atas

kunci yang telah dikeluarkan dan proses untuk mengeluarkan bahagian tengah tempat kemasukan kunci akan ditunjukkan di bawah ini. terdapat da pilihan iaitu sama ada hendak menyalin terus kunci asal proton ke shaft baru atau meyalin bahagian tengah sahaja sekiranya hendak menggunakan housing kunci lancer ini sahaja

buka snap ring pada bahagian belakang kunci seperti yang ditunjukkan dengan menggunakan playar khas untu mengeluarkan klip snap ring

snap ring yang berjaya dikeluarkan

 masukkan kunci asal, pusing sedikit ke arah jam dan tarik perlahan-lahan keluar

dah berjaya keluarkan bahagian tengah kunci

anda akan nampak seperti ini apabila mengeluarkan bahagian tengah kunci dan bersedia disalin dengan bahagian tengah kunci proton. jadi tak perlu lagi menggunakan banyak kunci iaitu kalau proses ini tak dilakukan, jika hendak hidupkan kereta kena guna suis lancer sedangkan kunci pintu dan boot kereta guna kunci proton

telah berjaya ditukar bahagian tengahnya iaitu gambar kiri ialah housing kunci lancer dan tengahnya ialah tempat kemasukan kunci proton dan begitulah sebaliknya dengan yang sebelah kanan tu

kunci lancer nampak berkilat daripada kunci proton kerana material yang digunakan berbeza sedikit

sekian, terima kasi
selamat berpuasa dan jumpa lagi

5 comments:

Anonymous said...

Salam abg Jeff.. saya ada tukar lampu kunci saya ke lampu LED warna biru.. Tp lampu tu hidup terus tdk mau padam.. Tukar lampu asal dia ttp hidup tp lampu tdk sdh terang.. Trpaksa saya cabut terus soket lampu tu.. Apa masalah dia ya?.. Yg warna putih melekat kat atas kunci tu apa fungsi dia ya.. Adakah benda tu ada kaitan dgn lampu kunci sbb aku lihat wayer dia 1 soket dgn lampu kunci dan soket penyambung 1 lg cuma ada 2 wayer kuning dan hitam..

Anonymous said...

abg jeff..kete saya bile tekan brek kadang2 ada bunyi terhantuk kat pedal brek..bunyi 'keletuk2' gitu..saya try main2 pedal ngn tangan tp tak jumpa punca la..apa masalahnya?

jeff_tacra said...

cek wiring apabila lampu tu tak mau padam, wiring atau soket bermasalah. kemungkinan ada nat yang tidak dipasang dengan baik, periksa dengan teliti

Anonymous said...

slm jeff...
kalu boh tunjuk demo skit caro nk pasang lapu LED kat suis raso nyo ramai nk tengok....bereh.

wira hitam said...

salam abg jef nak tanya.. Dmn letaknya timer lampu kunci wira ni ya.. Dah cari2 tp tak jumpa2.. Lampu kunci saya tak nak padam..