re-Spray Rocker Arm Cover

bersua kembali setelah sekian lama menyepi di bulan ramadhan ini, aktiviti diy tidak banyak dilakukan hanya melibatkan kerja-kerja ringan sahaja. entri kali ini menceritakan bagaimana kita hendak mengembalikan semula seri rocker arm cover yang kusam akibat cat lama dan sebagainya

kali ini saya tunjukkan langkah diy untuk re-spray rocker arm cover mivec, boleh juga diaplikasikan terhadap mana-mana rocker arm cover yang lain, kaedah dan caranya lebih kurang sama sahaja. kelihatan cat yang berwarna biru di atas agak kusam ataupun sudah tidak secantik semasa mula-mula cat dulu

dengan menggunakan paint remover ataupun paint stripper for metal kerja-kerja menanggalkan cat lama begitu mudah sekali. bahan ini boleh diperolehi di mana-mana kedai hardware dengan harga bawah rm10 sahaja dan seterusnya berus mestilah ada untuk memudahkan kerja menyapu bahan ini pada rocker arm cover nanti. berhati-hati kerana paint remover ini terasa begitu pedih kalau terkena kulit

setelah disapu dengan paint remover biarkan seketika dan anda perhatikan cat mula menggelupas dan pada masa inilah kikis cat lama ini perlahan-lahan. ketika ini cat menjadi lembik dan kikis sebelum cat mengeras kembali

sapukan paint remover berulang kali sambil kikis cat berkenaan dengan berhati-hati dengan menggunakan scrapper, jangan calarkan permukaan rocker arm cover ini sebab sekiranya calar perlu gosok kembali dengan kertas pasir

langkah terakhir ialah sapukan bahan ini dan dengan menggunakkan semburan air paip yang kuat halakan kepada rocker arm cover dan pada masa ini didapati kesan cat lama begitu mudah ditanggalkan dan hasilnya seperti gambar di atas ini

cat lama sudah tiada dan nampaklah metal sebenar rocker arm cover ini

gunakan masking tape untuk menutup mana-mana ruang yang tidak dikehendakki terkena cat seperti lubang kemasukan minyak hitam, sekeliling lubang plug dan lain-lain yang difikirkan perlu

dengan menggunakan 2 jenis cat ini anda akan nampak hasilnya nanti pada bahagian setersunya. pertamanya saya menggunakan cat hitam hi temp sebagai undercoat, spray nipis dahulu sebagai layer pertama tunggu hingga 10 minit dan spray lagi layer ke-2 dan begitulah seterusnya sehingga 3 layer sahaja. di sebelahnya ialah chipping coat iaitu cat menggerutu

ini ialah undercoat setelah dispray dengan 3 layer menggunakan hi-temp black color

spray chipping coat layer pertama dan biarkan kering selama 10 minit

spray lagi layer ke-2 dan tunggu 10 minit lagi

spray chipping coat layer ke-3 dan biarkan kering dan seterusnya boleh buka masking tape yang ditampal tadi

inilah hasil layer ke-3

hasilnya nampak menggerutu dengan kos yang murah sahaja

close-up rocker arm cover mivec yang dispray menggunakan chipping coat

hasilnya anda lihatlah sendiri pada engine bay ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi