Hub Center Cone

bersua lagi.... entri kali ini membincangkan mengenai hub center cone iaitu ring yang kita letak pada hub dengan rim kereta agar tidak ada gap antara keduanya. hal ini sering berlaku bagi pengguna yang menukar rim sport kerana biasanya akan ada ruang antara hub dengan center rim tersebut melainkan jika menggunakan rim standard perkara ini tidak akan berlaku. gap ini boleh menyebabkan gegaran akan terasa sekiranya kita memandu kereta dengan kelajuan tertentu, disyorkan kepada pengguna rim sport sekiranya ada gap lebih baik pasang benda ni. center cone ini boleh didapati di mana-mana kedai tayar dengan harga bermula dari rm80 untuk satu set

gambar atas ialah rupa center cone yang diperbuat daripada alloy/aluminium yang agak ringan dan terdapat dalam bernagai-bagai warna tertentu

satu set center con alloy untuk pengguna hub standard wira pcd 100 yang menggunakan rim ssr type c 15" pcd 100. saya tak berapa ingat saiz hub dan saiz OD rim berkenaan

ini pulah ialah center cone yang diperbuat dari polycarbonate dan tidaklah sekeras seperti alloy. kebanyakan dari oversea seperti UK atau US ada menjual center cone dari bahan ini. di negara kita saya belum jumpa lagi center cone dari polycarbonate. saya ada satu set simpanan center cone hub evo dari polycarbonate ini

pertamanya sebelum beli pastikan saiz ID dan OD center cone bersesuaian dengan keperluan pada kereta kita, ini bagi yang nak beli sendiri sama ada dari oversea atau di negara kita. cara paling mudah ialah bawa kereta ke kedai tayar dan terus pasang di sana tanpa memeningkan kepala untuk order, kemungkinan tersilap saiz pulak nanti

cara pasang sangat mudah dan boleh dilakukan secara DIY sahaja iaitu tanggalkan rim dari kereta dan pasang pada hub kereta dan kemudiannya terus pasang rim, begitu mudah sekali

sebenarnya di tempat saya ini agak sukar untuk menemui center cone evo3 sebab saya pakai hub dan set knuckle evo. sudah beberapa kedai saya pergi untuk membeli center cone evo ini dan kebanyakan tokey kedai kata kena order, pergi kedai lain pulak pun sama, kena order. keputusannya saya order sendiri dari oversea dengan saiz yang tertentu, lebih kurang dua minggu barang dapat, tak ada masalah lagi, boleh terus pasang pada kereta. gambar atas ialah open box barang berkenaan

satu set center cone alloy warna hijau dengan pembungkusan yang rapi

finishing memang cantik dan agak berbaloi dengan apa yang dilaburkan. kemasan yang rapi dan marking tertentu ada pada center cone tersebut

RA technology from JAPAN

alloy 6061 dengan saiz tertera iaitu OD 73.1mm dan ID 67.1mm

pasang pada rim atau pada hub kereta

 masukkan rim, ini untuk rim hadapan

rim belakang

dah siap dan bolehlah test kereta anda. bagi yang bermasalah ada gegaran kecil terutamanya semasa high speed, saya kira dengan adanya center cone ini masalah tersebut akan selesai, boleh cuba dahulu

sekian, terima kasih
jumpa lagi