Iridium Spark Plug

bertemu lagi kali ini dengan entri mengenai spark plug iridium. spark plug jeni ini terkenal dengan tip yang halus sehingga 0.4mm sahaja dan jenis iridium ini juga boleh dikatakan agak baik dan jangka hayatnya tahan lebih lama daripada spark plug standard. pengalaman saya telah menggunakak spark plug iridium IRIWAY 7 melebihi 5 tahun dan masih berkhidmat dengan cemerlang lagi tetapi memandangkan dah guna hampir 7 tahun saya tukar jugak dengan yang baru, pun dari jenis yang sama. di sini saya nak bandingkan penggunaan 3 jenis spark plug iridium memandangkan pengalaman saya telah menggunakannya iaitu DENSO iridium IK22, NGK iridium BKR7EIX-11 dan NGK iridium IRIWAY 7

NGK iridium BKR7EIX-11 rm150-180

1.1mm gap

DENSO iridium IK22 rm150-180

0.75mm - 0.8mm gap

 NGK iridium IRIWAY 7 rm220-250

0.9mm gap
di sini kita dapat gap plug berkenaan begitu berbeza antara satu sama lain seperti mana yang ditunjukkan di atas. terbaik bagi saya ialah NGK iridium IRIWAY 7 dan saya rasakan begitu sesuai dengan enjin saya dan saya akan terus menggunakan plug ini pada kereta saya. dalam www.mivec.co.nz ada membincangkan gap spark plug ini dan admin web berkenaan mencadangkan untuk menggunakan NGK BKR7EIX-11 tapi boleh cuba re-gap daripada 1.1mm kepada 0.9-1.0mm, mungkin ada perbezaannya, sesiapa yang menggunakan plug ini boleh mencuba dulu

ini pula ialah tool yang perlu digunakan untuk membuka spark plug enjin mivec, kena guna tool panjang untuk membuka plug yang jauh ke bawah sedikit
boleh dibeli di kedai spare part dan mungkin lain sedikit dengan yang dipaparkan di atas

saiz 16mm

masukkan plug pada hujung tool yang mempunyai getah di dalamnya, plug tidak akan jatuh

head enjin

masukkan tool berserta plug di hujungnya

pusing dengan tangan terlebih dahulu hingga ketat

gunak tool lain yang bersesuaian sepert jenis L di atas atau ratchet wrench

dah siap sepenuhnya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

42 comments:

merosyimura San said...

Salam bro jeff...Klu untuk enjin 4G15..plug jenis apa yg sesuai..

Joha Muhamad said...

Bro jeff...iridium 4 kepala lagi best..pick up lagi kuat

jeff_tacra said...

4G15 plug platinum pun ok, iridium pun boleh pakai

Anonymous said...

Kabel plug apa yang abang jef guna ni ye..warna biru tu..

jeff_tacra said...

cable plug NGK R09

merosyimura San said...

Apa perbezaan platinum dgn iridium.... Pndapat bro jeff yg mana lg ok...

jeff_tacra said...

elok lagi iridium dan tahan lebih lama

Anonymous said...

wira 1.6 plug pe yg bes

Anonymous said...

Bro klau gsr td05 plug ape yg ok??

Anonymous said...

Biasa nyer Berapa torq untuk ketat kan spark plug.

jeff_tacra said...

cara mudah kalau plug baru bukan pasang kali ke dua dan seterusnya, pusing dengan tangan hingga ketat kemudian gunakan tool tertentu dari pukul 12 ke pukul 3 je

Anonymous said...

salam. bro nk tnya klu pakai plug yg ada 4 kpala mcm bosch super 4, kite nk set mcm mane ek???
sama mcm plu lain ke?

FAZARI said...

Salam bro..untuk enjin 4g91 turbo plug mana yg best?skrg sy pki iridium bkr....ingat nk tukar plug dah..tp konfius mana satu yg best rr segi power..klu x keberatan blh sms no sy 012 4493624..ter8ma kasih byk2..

One Sepet Guy said...

bRO..enjin wira 1.3 4G13P guna irridium yang mana? harga lebih kurang?

yussalfian said...

berapa KM/tahun plug iridium ni boleh di gunakan..

Anonymous said...

Salam... Saya punya Wira SE sebelum ni tak prasan pakai spark plug apa.. Tapi lepas service hari tu dah tuka spark plug standard je recommend dari pomen.

Katanya spark plug saya tu carbon deposit dgn ash deposit melampau...

Die suruh flush sebab bayak sgt carbon dlm krete, tapi saya lupa la term yg dia guna untuk hantar service tu.. Agak2 tau tak apa dia?

Anonymous said...

decarbonizer..flushing..

jeff_tacra said...

Iridium plug ni pakai sampai 5 tahun pun boleh. Bagi sayakalau guna bahan seperti decarbonizer tu takakan dapat hiangkan carbon dalam enjin terutamanya kat kepala piston, memang berkerak tebal kalau lama-lama

Anonymous said...

Maksudnya tak payah la decarbonizer ni semua ye?? Kiranya lebih baik top overhaul terus ke camne? Pendapat sikit abg jeff...

jeff_tacra said...

bagi saya lebihb aik buat top overhaul sekiranya nak ganti part dalam head. sekiranya enjin masih ok tak perlu buat

ady akhmal said...

Salam bang, sy nk mintak pendapat plug iridium jenis ape yg sesuai utk kereta sy.. Sy pakai myvi 1.3 thn 2009

jeff_tacra said...

untuk myvi kalau nak pakai iridium boleh ambik yang ni NGK IRIDIUM IX DCPR7EIX

ady akhmal said...

Tq bang, nnti sy cri kt spart. Blog ni terbaikk :)

Anonymous said...

salam bang, klu flx 1.3 cvt, nk guna ngk iridium jenis ape yg sesuai? tq

wan shah said...

Salam bang,klu utk enjin 4age 16v plug apa yg sesuai?

Anonymous said...

salam bro jeff,klu viva 850 plug apa yg sesuai?iridium/platinum?

Anonymous said...

betulke kalao kita guna plug mahal tapi cable plug cap ayam ia tidak membawa apa2 makna

Zul Az said...

Bang untuk hondacity cmno..iridium type tu yg honda SC buat.. Tp rasa mahal sgt... So bang rekomen yg mna...n harga.. Agak2 laaa...huhu

Pesa Vivac said...

salam.. nak tnya.. plug apa yg the best tuk k-car mcm viva nih?.. rasa sgt ke kesan tukar iridium or platinum dr plug asal viva?.. lagi pon viva bkn race car pon.. hmm.. igt nk upgrade plug nih.. tp rmai yg cakp plug kalo tukar xrsa mane pon pikap.. lebih kurang je.. tolg komen skit sesape .. T_T

lalat kacak said...

Salam abg jeff, nk bertanya plug apa yg sesuai utk kereta satria 1.3 injection dan jenis cable plug.. Minta pendapat..tq-luke

Shahrol Ridduan Shafiin said...

salam abang jeff...cable ngk r09 tu boleh masuk dekat campro sp4h....jika boleh masuk, model dari mana? sebab xpernah nampak model untuk campro....

Mohamad Ikhwan Ruslan said...

salam...spark plug gap beli kat mana bang?cowboy ada x?huhu

Jeff Tacra said...

wassalam, feeler gauge ni biasanya ada jual kat hardware

shud said...

Salam bang nk tnya skit cable plug mivec MD sama dengan cable plug pe yg... sy try msuk 4g92 mivec ketat xlh msuk, 4g92 biasa pn xlh msuk... kepala cable plug bsar skit... terima kasih

Jeff Tacra said...

selalunya cable plug mivec md sama dengan mivec biasa, tak jadi masalah kalau guna yang 92 mivec pada mivec md

Daus Muhd said...

Kt mne ye kdai nk cari spark plugs yg byk simpn stock..sbb sy tgh cari plug ngk model bkur7ek.mmg sush nk cri kt spare parts.

dak zulhelmi said...

nk tnye bro jeff....kalo kereta semput bila speeding...adakah sebab plug?sy pakai plug biasa pd enjin turbo

PIZAL JAI said...

Assalammualikum Abg Jeff,
kabel plug untuk wira 1.5gli yang bagus atau original brand apa, harga berapa?

PIZAL JAI said...

Untuk makluman Abg Jeff, saya tidak pernah tukar kabel plug semenjak beli kereta tahun 2000.

zuhilmi Zakaria said...

assalam abg Jeff.
sy nk tanya, cable plug jenis apa yg bleh bantu performance.cadang utk tukar spark plug n cable plug.kereta inspira 2.0 auto paddle shift. juga kalau ada cadangan lain hrp jelaskan.hrp mklum tm kasih byk2

zuhilmi Zakaria said...

assalam abg Jeff.
sy nk tanya, cable plug jenis apa yg bleh bantu performance.cadang utk tukar spark plug n cable plug.kereta inspira 2.0 auto paddle shift. juga kalau ada cadangan lain hrp jelaskan.hrp mklum tm kasih byk2

mohd khairul nazem Derum said...

ASSALAM ABG JEFF
SPARK PLUG NGK G-POWER PLATINIUM NO SIRI YANG MANA SESUAI UNTUK ENJIN 4G91.?