PCD 114 To PCD 100

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... hari ini 22 september 2012 berlangsung satu lagi DIY iaitu saya telah memasang set disc evo ke kereta wira yang menggunakan knuckle asal PCD 100. ikuti langkah di bawah bagaimana proses berkenaan dilakukan dan dalam hal ini anda tidak perlu menukar knuckle evo tetapi hanya menggunakan knuckle standard pada kereta wira. barang yang perlu ialah caliper dan disc evo sahaja berserta dengan brake pad evo atau boleh menggunakan brake pad PAJERO V6

terlebih dahulu ditunjukkan brake pad PAJERO V6 yang sama dengan brake pad evo. sekiranya hendak membeli brake pad evo kat spare part, jangan cakap nak brake pad evo tapi dapatkan brake pad PAJERO V6 kerana ada sesetengah kedai spare part kalau barang evo ni maklumlah, harga pun dah jadi lain. brake pad Pajero V6 brand DON trestor dengan harga rm95 untuk satu set

sebelum itu rotor disc evo yang lubangnya PCD 114 perlulah ditebuk ke lubang PCD 100 dan kerja ini boleh dilakukan di kedai machine shop dengan harga sekitar rm70-rm80 bagi sepasang disc

rotor disc dan caliper evo yang boleh diperoleh di mana-mana kedai halfcut. rotor disc di atas siap ditebuk ke lubang 100 untuk dipasangkan ke knuckle standard wira

terlebih dahulu buka hose minyak brake dan keluarkan juga caliper asal pada kereta. kereta di atas menggunakan disc 1.6 PCD 100

 keluarkan disc rotor

disc rotor standard 1.6

disc telah dikeluarkan, kalau susah nak keluar kena gunakan nat 12mm seperti yang ditunjukkan di atas

dust cover asal kena umpil ke atas dengan menggunakan tools tertentu kerana disc evo akan sangkut pada dust cover ini. dust cover untuk disc 1.6 bersaiz 14 manakala untuk evo 15

masukkan rotor disc evo

masukkan bracket caliper

pasang caliper evo

sudah pun siap pasang disc dan caliper evo dan jangan lupa bleeding dulu

perbandingan disc evo twinpot dengan disc 1.6

 dah siap

berhati-hati memandu dengan pad yang baru kerana permukaan pad dengan disc masih belum rata sepenuhnya, jadi brake akan tak makan sikit, ambil masa 3 atau 4 hari baru ok

sekian, terima kasih
jumpa lagi