Rocker Arm Cover Gasket

bersua lagi dengan entri yang simple dan boleh dikatakan agak mudah iaitu bagaimana menukar rocker arm gasket atau seal getah kat enjin mivec, tetapi asasnya adalah sama untuk mana-mana enjin. seal ini boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga yang berpatutan. kalau dah nampak minyak hitam keluar bolehlah menukar dengan yang baru kerana getah ini sudag mengeras dan tidak dapat berfungsi dengan baik

seal 4G92 mivec

boleh didapati di kedai spare part dengan harga sekitar rm40

buka nat 10mm kat rocker cover, ada 8 kesemuanya untuk rocker cover mivec

isi dalam rocker cover

cantik lagi dalaman enjin ni

owner menggunakan minyak ENEOS 10w/40

 8 biji nat rocker cover

plug seal mivec dan boleh menggunakan plug seal wira 1.6 malaysia, sama sahaja

pemasang seal pada rocker cover tidak diambil. untuk pemasangan terbalikkan rocker cover dan letakkan seal getah pada pahagian tepi rocker cover, cek supa getah masuk dengan betul pada lurah bahagian tepi. letakkan sedikit permatex ultra grey sealant pada getah, letak nipis sahaja

pasang balik rocker arm dan gunakan torque wrench dengan torque sekitar 3ft.lbs untuk rocker arm mivec

pasang balik cable plug dan penutup plug

sebagai sampingan ini gambar selenoid mivec

close-up mivec selenoid, agak sukar sekarang untuk mendapatkan selenoid ini dan kalau ada pun harga 2nd sekitar rm250 - rm350. brand new 1k lebih. untuk mivec gen1 boleh menggunakan selenoid mivec gen 2, tak ada masalah

valve selenoid mivec, kalau dah tak boleh tekan benda ni atau benda ni stuck pasti mivec tak akan berfungsi dengan baik, so jaga lah minyak hitam pada kereta anda supaya minyak sentiasa bersih. tukar minyak hitam apabila dah sampai tempohnya, jangan bertangguh

akhirnya gambar fuel rail works 2nd, kalau baru agak mahal juga benda ni

sekian, terima kasih
jumpa lagi

2 comments:

jaero said...

nk mitok tlg beli gasket rocker cover mivec blh dop???

jaero said...

nk mitok tlg beli gasket rocker cover mivec blh dop???