Wira SE Speedometer Switch - Muaz Milan

entri kali ini saya nak kongsikan suatu masalah yang berlaku kepada rakan FB saya iaitu Muaz Milan. masalah kereta wira se beliau ialah apabila memandu melebihi 110kmj akan keluar check engine light. rakan saya itu menghubungi saya untuk mengetahui masalah tersebut tetapi saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku dan mencadangkan kepada beliau supaya menjalankan diagnose menggunakan komputer. apabila menggunakan komputer tidak ada apa-apa error yang dapat dikesan. dengan menggunakan self diagnose iaitu menggunakan LED pun tidak dapat mengesan apa-apa masalah yang berlaku. saya pun tidak tahu apa harus dilakukan sebab tidak ada pengalaman mengenai masalah seperti ini. minggu ini beliau telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa masalah itu telah selesai dan sebenarnya masalah itu berlaku disebabkan speedometer switch telah rosak. gambar di bawah menunjukkan secara jelas apakah itu speedometer switch

inilah meter wira se dan perlulah membuka dan mengeluarkan meter tersebut untuk menukar speedometer switch dengan yang baru. dalam entri blog terdahulu ada menunjukkan cara-cara bagaiman membuka panel dashboard untuk mengeluarkan meter

terdapat dua skru phillips pada bahagian yang ditunjukkan iaitu pada bahagian kiri dan kanan panel head unit. buka dengan berhati-hati agar tidak mencalarkan head unit anda kerena skru ini berada di bahagian bawah seperti yang ditunjukkan di atas

kemudian buka pula beberapa skru pada bahagian panel meter seperti di atas dan dengan berhati-hati umpil ke arah anda untuk mengeluarkan panel tersebut. perlu berhati-hati kerana panel ini diperbuat daripada plastik, kemungkinan akan pecah atau retak akan berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati

keluarkan panel dashboard dan sebelum anda dapat mengeluarkannya unplug terlebih dahulu soket-soket suis di belakang panel tersebut seperti soket jam, soket suis untuk heater, soket suis aircond dan soket suis hazard pada bahagian kanan panel

barulah meter dapat dikeluarkan dengan membuka 4 biji nat yang berada di bahagia atas kiri dan kanan meter serta berada pada bahagian tepi kiri dan kanan meter

tarik meter ke arah anda dengan berhati-hati untuk mengeluarkannya dan anda akan dapat lihat dua soket meter dan cable speedo meter terlekat pada dashboard

sebenarnya tak perlu buka meter sepert gambar di atas, saya buka sebab nak tukar meter rpm dan meter minyak yang problem dan kebetulan nak tukar speedometer switch juga

panah menunjukkan speedometer switch pada bahagian belakang meter wira SE

bulatan merah ialah tempat bulb meter dan sekiranya anda hendak menukar kepada bulb LED maka perlulah membuka soket bulb tersebut, ada 4 bijik semuanya. petak kuning menunjukkan speedometer switch yang perlu ditukar dengan yang baru

buka 4 biji nat seperti yang ditunjukkan dan bersedia untuk ditukarkan dengan yang baru

 ini ialah speedometer switch proton wira SE yang boleh diperoleh di kedai spare part atau terus ke pusat service eon untuk membelinya. ribuan terima kasih kepada rakan FB saya (Muaz Milan) yang berkongsi masalah kereta beliau dan dapatlah dijadikan bahan entri blog saya sebagai perkongsian untuk semua

sekian, terima kasih
jumpa lagi

28 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum
klu meter mileage xgerak ade cara x nak repair bro tacra?

Anonymous said...

Tumpang tanya....vehicle speed sensor (vss) dan speedo switch sama ke?

Zack said...

Apa function speedometer switch nie..??

Anonymous said...

socket speedometer auto dengan manual sama ke abg jeff?

Anonymous said...

salam..
aku nak tanya benda yg sama gak bacaan mileage tak bergerak ada cara tak utk repair?spedo cun tp mileage tak bergerak..masalah utk menentukan bila masa nak tukar minyak enjin,gear dan timing belt..ada sesiapa yg pernah diy repair sendiri tolong kongsi sama...

aqiey said...

kat mana boleh beli meter Minyak dgn tempreture? berapa harga?

Anonymous said...

samalm bro jeff,ader membe kerja USPD inform,lau speedor meter x berfungsi pun akn kuar check engine kt dashboard biler kelajuan melebihi 100km/jam,kereta akn menjadi semput seperti crank sensor rosak.
betul ker ?
**aLaNg-fps**

azarin katana said...

miles x jalan di sebabkan alatan dlm meter seperti gear tu selalu pecah,sy diy sendiri dgn menukar dgn gear kereta mainan anak sya,gernti jalan...ok

sord87 said...

suis ini adalah suis keselamatan yang hanya dipasang sebagai peringatan untuk tidak melebihi 110 km/jam dan biasanya digunakan untuk kereta yang dieksport le luar negara.

Ada juga sesetengahnya digunakan sebagai sensor supaya enjin jadi tidak stabil bila mencecah 100 km/jam

Lipasfly MoonCraft said...

"salam..
aku nak tanya benda yg sama gak bacaan mileage tak bergerak ada cara tak utk repair?spedo cun tp mileage tak bergerak..masalah utk menentukan bila masa nak tukar minyak enjin,gear dan timing belt..ada sesiapa yg pernah diy repair sendiri tolong kongsi sama... "

saya penah baiki mileage tu, masalah kat kete sy WIRA SE, masalah berpunca dari gear yg gerakkan mileage tue yang berwarna biru dah loose, kene cabut n gam 2 tan. keje agak rumit skit. kalau nak tgk, kat fb sy ade pic tu...

Anonymous said...

nk tanya kedudukan relay wiper wira..ada org ckp blkg meter ni..?

Anonymous said...

minta abg jeff tlg sket..
meter keta wira 1.3 saya dah ditukar meter putra 1.8
masalahnya bila cecah 110-120kmh lampu check enjin menyala.
dah byk kali check ECU..ada error code VSS.
dah tukar VSS pun tetap menyala jugak..
adakah perlu apa2 penambahan wiring?

jeff_tacra said...

Lepas pa├čang sensor try reset dulu ecu dengan membuka terminal negative bateri beberapa minit

Anonymous said...

tq abg jeff..

Anonymous said...

minta tlg abg jeff sikit..
wira 1.3m injection masuk meter 1.8m kena ada penambahan wiring tak? atau terus masuk jer kat dashboard tu..

tqvm

Anonymous said...

salam bang jeff...nak tanya meter wira punya backgroud 4 biji led tu jenis t10 atau t5?

jeff_tacra said...

biasanya meter menggunakan bulb T10

BlossomBatik said...

Salam bang Jeff....saya dah tukar speedometer switch ni...masalah yang sama masih berlaku.

Dimana lebih 110KM/J engine check menyala. Lagi satu enjin mudah mati jika berhenti mendadak, seolah-olah semput. Dah dibawa ke pomen tapi tak setel walau dah pakai alat komputer tu (saya tak tahu namanya). TQ

sapawi amdan said...

Sy pernah mengalami masalah engine mudah mati jika berenti mendadak.. sy bawa jumps pomen die service trotle body. lepas tu terus ok .siap ajar kalau jadi lagi service sendiri je. Senang he buka host lap dengan kain bahagian dalam.

mat ajih said...

apa fb tuan..sy pun kete s.e gak..saya dah bukak..gear kaler biru x jumpa tp hijau adalah...hihi

Chandra Prakash said...

Hi fren, nak tukar led bulb utk wira 1.3 meter pun process sama kew??

candra putra said...

gear speedo meter proton saga yang nempel di tm sama dengan mobil apa ya

candra putra said...

boleh kasih infonya dong saya muter2 g dapat2 barangnya

Muhammad Alif Alif said...

Salam bang saya nak tanya meter kereta saya satria 1.3 xde rpm...jd meter apa yg boleh saya pasang yg ada rpm dan hanya plug n play

Muhammad Alif Alif said...

Salam bang saya nak tanya meter kereta saya satria 1.3 xde rpm...jd meter apa yg boleh saya pasang yg ada rpm dan hanya plug n play

Anonymous said...

salam abg jeff..kereta sy pn mengalami situasi ya same jgak....tp kdg2 kereta sy bla nk free gear atau drop gear rendah enjin totaly off sendiri..mcm mane ye ada disebabkan sensor meter ni jgak?

yusry ahm said...

Nak tanya...meter rpm tak naik2 kenapa ya... Dok bawah ja...

yusry ahm said...

Nak tanya...meter rpm tak naik2 kenapa ya... Dok bawah ja...