LED and Resistor

bersua lagi... entri kali ini sebagai memenuhi permintaan beberapa orang pengunjung blog yang meminta saya memaparkan jenis LED dan saiz resistor yang digunakan untuk dipasangkan pada suis dashboard. LED dan resistor boleh diperoleh di mana-mana kedai elektronik dengan harga yang agak murah. voltage kereta biasanya 12v, jadi sekiranya kita ingin menggunakan LED bersaiz kecil maka voltage LED berkenaan bukan untuk 12v sebab itulah jika kita sambung 12v terus ke LED kesannya LED akan terbakar. jadi penggunaan resistor yang betul yang berfungsi untuk mengecilkan arus 12v tadi hendaklah bersesuaian supaya LED dapat berfungsi dengan baik dan tahan lebih lama. ikutilah gambar dan penerangan di bawah seterusnya

LED bermacam-macam saiz boleh diperoleh di kedai menjual peralatan letronik dengan harga yang murah sahaja

resistor

untuk dipasangkan pada suis kat dashboard anda boleh menggunakan LED putih yang berukuran 3mm dan resistor sekitar 43ohm sahaja

gunakan timah, solder dan soldering paste untuk memudahkan kerja-kerja memadankan resistor pada kaki LED seterusnya untuk di'solder' pada kaki suis nanti

solderkan kaki positif LED pada resistor, jangan terbalik penggunaan resistor kerana LEd tidak akan hidup jika keadaan sedemikian berlaku. untuk mengenal pasti - dan + pada LED perhatikan kaki LED tersebut iaitu panjang untuk + dan pendek untuk -

gunakan heat shrink untuk melindungi resistor disamping dapat mengemaskan lagi kedudukan resistor pada kaki LED

dapatkan suis yang hedak dimasukkan LED, gambar atas merupakan suis fog lamp dashboard lancer evo. umpil dengan screw driver kecil pada bahagian sisi kiri dan kanan suis untuk menuka bulb kepada LED

bulb asal suis dengan bulb condom berwarna biru

gunakan satu resistor untuk satu LED

sambungkan resistor pada kaki + LED

padankan LED yang telah dicantumkan dengan resistor pada kaki - dan + suis, jangan terbalik polarity kerana boleh menyebabkan LED tidak hidup, gunakan test lamp atau multimeter untuk mengetahui - dan + pada suis

saya tunjukkan perbezaan bulb asal iaitu 2 biji di sebelah kiri ialah untuk panel aircond digital manakala 2 biji di sebalah kanan ialah untuk suis

bulb asal, LED dan resistor
keadaan suis yang telah dimasukkan LED. sebelah kiri ialah suis wiper belakang dan sebelah kanan sebenarnya suis heater untuk seat tetapi saya telah mod untuk dijadikan suis heater side mirror

suis foglamp dashboard evo

SEGALA KESILAPAN SEMASA PEMASANGAN MENJADI TANGGUNGJAWAB SENDIRI. POLARITY + DAN - JANGAN BERSENTUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA AKAN MENYEBABKAN FUSE BLOW ATAU SPARK BERLAKU. SEGALA RISIKO TANGGUNGAN SENDIRI. TERIMA KASIH

sekian, terima kasih
jumpa lagi...

29 comments:

Anonymous said...

ok ... terima kasih abg jeff sebab melayani permintaan saya hari tu .. nampak macam dah clear sikit ... cuma ada sikit lagi tak faham ...

- lepas solder resistor pada kaki +ve LED, kene solder pula pada tapak mentol pada suis la kan ? tapak asal dgn mentol asal dah tak pakai lagi ?

- gunakan resistor yg sama jugak utk bhgian button aircond digital dan tapak asal mentol pun tak pakai juga lah kan ?

ok terima kasih byk ...

jeff_tacra said...

untuk suis solder ke - dan + kaki bulb asal suis, tapak asal bulb untuk suis tak pakai. untuk panel digital kena pakai balik tapak asal, buka bulb sahaja dan ganti dengan LED + resistor. cara pemasangan pada tapak asal ikut kreativiti

Anonymous said...

Terbaikkkk bro

Anonymous said...

Slm bro nk tanya,led tu saiz 5t ker?klo led 10t omh resistornya sama juga ker?

Anonymous said...

Opps silap T10 T5

Anonymous said...

Bro kaki resistor kanan dan kiri yg mana positif dan yg mana negatif

jeff_tacra said...

penggunaan resistor bergantung kepada berapa saiz LED dan kebiasaannya kedai letronik boleh cadangkan resitor mana yang perlu digunakan untuk LED yang kita beli. untuk mengetahu + dan - kat LED tengok kaki yang panjang sikit dan itulah +

Anonymous said...

salam b.jeff. adakah semua saiz led dan suis etc aircond/hazard adalah sama saiz termasuk resistor-jumlah ohm..saya terbaca dalam internet untuk panel dashbord kena gunakan resistor 470ohm..bulb lampu suis agak kecil berbanding dashbord..tq

jeff_tacra said...

resistor 470ohm tu guna led atau bulb saiz apa, penggunaan ohm resistor bergantung kepada saiz dan voltage tertentu LED, buka semua LED sama voltage, saiz pun pelbagai. penggunaan bulb pula untuk suis kebiasaannya sama dan sekiranya menggunakan bulb kecil 12v maka tak perlu lagi guna resistor. tujuan resistor ialah untuk mengecilkan arus 12v untuk kegunaan LED kecilyang selalunya tak sampai 12v, jika sambung terus tentu LED tersebut akan blow

Anonymous said...

Abg jeft kaki resistor ada positif negatif tak?

Anonymous said...

Takde bro. Mn2 pun blh rembat.

Ema Blog said...

wira saya engine 4g91 auto tranmission.simptom yg dialami selalu bila keadaan jalan jem gear menjadi free tiba tiba dlm keadaan bergerak perlahan..Gear kembali normal bila perjalanan lancar..sekali sekala akan alami free tiba tiba apabila paksaan diberi ketika memotong..blh bagi pandangan otai...tq

Anonymous said...

mcam mslah gearbox je..

jeff_tacra said...

mungkin masalah gearbox itu sendiri

Anonymous said...

salam. bro sy nk tnya.
proton waja 4g18 tahun 2002 pakai soket obd1 atau obd2 ye??? mntk tolong sangat.
dah pening dok pkr...
tq

jeff_tacra said...

waja pakai soket OBD2

Anonymous said...

Salam bang. Saya dh ikut sume yg mcm abg buat tu. Led 3 mm dan resistor 43 ohm. Tp masalahnya, bila saya test je dia blow. Saya nak tukar yg panel digital saya tu. Tkde ke LED yg memang 12 volt punya? Tkyah pkai resistor dah kan.

jeff_tacra said...

ada LED yang 12v punya bersaiz 3mm, try dapatkan kat kedai eletronik

jeff_tacra said...

try guna resistor 523ohm pulak...

Anonymous said...

klu pakai LED 3mm yg 12v,perlu x kita pakai resistor lagi..? lagi satu adakah saiz LED digital aircond yg besar tu sama dgn saiz LED button fog lamp tu...maksud saya dr segi voltage,resister dan saiz...

Anonymous said...

salam abg jeff..klu pakai LED 3mm 12v mean x perlulah pakai resistor lg kan...lagi 1,saiz digital aircond sama x dgn saiz button fog lamp..maksud saya dr segi volt,saiz LED n resistor...klu x sama leh bg saiz2 tu..

Anonymous said...

salam bang. saya dah try pakai resistor 680ohm dan cuba dengan power supply dulu sebelum pasang. LED dah nyala tapi bila saya pasang kat board digital panel tu dia terus blow. pening dah saya nak buat macam mana lg. apa agaknya silap saya?

jeff_tacra said...

saiz bulb digital panel tak sama dengan saiz bulb kat suis, kat suis kecik daripada panel digital, volt sama 12v

Anonymous said...

salam abg jeff...sy dah buat mcm yg ang jeff postkan..tp sygnya LED blow setelah runing dlm 5 minit..skrg ni sy pakai LED 12v yg djual kat kedai aksesori..cuma smbg kaki bg jd pjg je pasal nak belit kat bulb aircond 2..
tp abg jeff,bila sy buka LED 2 ada dua resistor iaitu pada kaki + dan -...

jeff_tacra said...

Nak beli led boleh pergi kedai letronik, mintak led saiz tertentu dan jangan lupa mintak jga resistor untuk digunakan pada voltage 12v, biasanya tokey kedai tahu berapa rating yang sesuai untuk digunakan pada LED tersebut

Anonymous said...

biasanya resistor akan jadi panas.ini disebabkan arus 12v yang dikurangksn oleh resistor.lama kelamaan resistor akan rosak dan led akan blow.jangan lupa guna rating ohm dan watt yang betul.lagi besar watt lagi kurang panas resistor.biasanya kedai elektronik ada jual resistor watt rating dari 1/4watt-2watt.

aidycreativeart said...

trima kasih bro jeff, sbb bagi tunjuk ajar yg sgt lengkap n saya berjaya buat sendiri.. banyak pahala bro ni..

Rahmat Ali said...

Salam bro..ade stok x led 12volt..klau ade sy nk beli la.. penat cari tp xjmpe..plzz...

Mesut Athir said...

Kalo led panel aircond, gne 43ohm jgk?