Dashboard Removal

bertemu lagi dengan entri blog terkini iaitu bagaimana membuka dashboard daripada kereta wira/lancer. seperti biasa aktiviti hujung minggu saya iaitu membuat kerja-kerja tertentu berkaitan kereta terutamanya pada hari sabtu. sebenarnya hari ini berlangsung 3 DIY terhadap kereta wira cuma satu je saya muatkan dalam entri blog saya. paparan kali ini ialah memgenai bagaimana membuka dashboard wira atau lancer/evo dan kerja-kerja antara dua jenis dashboard ini sama sahaja
ini ialah dashboard lancer evolution 3, cara membuka dari kereta adalah lebih kurang sama dengan dashboard wira. tempat yang bertanda merah itu ialah skru dan nat yang perlu dibuka

meter kena buka dan untuk mengeluarkan meter terlebih dahulu buka dua biji nak bertanda biru di atas dan bolehlah keluarkan panel tersebut dengan menarik ke bahagian anda. ada dua klip pada bahagian bawah panel

bulatan kuning pula ialah nat yang perlu dibuka untuk mengeluarkan meter iaitu terdapat 4 biji nak seperti mana yang ditandakan diatas

konsol gear dan arm rest juga perlua dibuka

panel tengah juga hendaklah dikeluarkan, anda perlulah lebih berhati-hati ketika membuka panel tengah dashboard lancer kerena kesilapan yang sedikit sahaja boleh menyebabkan panel tengah patah. beli kat halfcut harga sangat mahal. kemuadian buka nat bertanda biru untuk memisahkan panel aircond daripada dashboard

bulatan biru untuk nat panel meter. bulatan merah untuk meter. kotak putih kiri kanan ialah soket meter, tekan klip soket meter dan tarik keluar soket dari dashboard dan kemudiannya masuk ke bahagian belakang dashboard. begitu juga dengan cable meter yang bulatan besar merah, terlebih dahulu buka cable meter pada gearbox, kemudian kat dashboard, tarik cable meter dan keluarkan klip yang menempatkan cable meter pada dashboard

dua biji nat yang perlu dibuka untuk mengeluarkan cover speaker kerana wire speaker pada dashboard perlu dicabut daripada speaker

nat dashboard yang perlu dibuka pada bahagian dashboard

begitu juga dengan bahagian kanan dashboard, keluarkan nat 10mm

ini pula ialah nat pada bahagian kiri konsol tengah dashboard

 nat bahagian kanan konsol tengah dashboard

dah akhir sekali ialah nat pada bahagian laluan angin aircond atas dashboard kiri dan kanan

nat dalam corong angin aircond atas kanan dashboard

sebelum mengeluarkan dashboard pastikan segala soket wiring tidak lagi bersambung pada dashboard seperti soket pada suis stereng, soket wiper belakang, soket side mirror, soket foglamp, wiring HU serta wiring lain yang berkaitan. tarik dashboard ke arah anda dan keluarkan dashboard dari kereta

ini ialah gambar tadi iaitu dashboard evo yang telah siap dipasang pada sebuah wira aeroback untuk menggantikan dashboard lama kereta tersebut

terima kasih
sincerely - jeff tacra