Info & Tips Vol. 6

bersua lagi... selamat tahun baru hijrah. entri kali ini hanya menceritakan sedikit info dan tips mengenai kereta. sejak kebelakangan ini aktiviti DIY ada dilakukan tapi gambar-gambar tidak diambil, sebab itulah untuk bulan november agak perlahan saya update entri blog terkini. walau bagaimanapun hari ini saya kongsikan sedikit info tertentu yang mungkin boleh dijadikan panduan berguna kepada pemilik kenderaan

bagi yang convert enjin terutamanya enjin mitus/lancer sudah pasti ada yang perasan pada panel meter ada satu indicator seperti exhaust panas, indicator ini tidak akan padam selagi sensor tak pasang dan inilah sensor yang perlu di pasang pada piping exhaust. exhaust gas temp (EGT) merupakan sensor yang menhantar isyarat dan menghidupkan indicator pada meter sekiranya gas exhaust terlalu panas dan ini mungkin disebabkan minyak lean dan sebagainya. penyelesaiannya pasanglah EGT probe ini pada kereta anda. kalau tak nak pasang dan untuk menghilangkan indicator daripada terus hidup, sambungkan wire solid red dan solid white pada bahagian harness wiring sebelah seat driver (di bawah carpet). kebiasaannya saya order dari UK dengan harga rm150 sahaja untuk satu unit. boleh juga rujuk entri khas di dalam blog ini berkaitan EGT prob



bagi yang nak test digital panel semasa membeli di halfcut/kawan/runner bolehlah dibuat dengan cara seperti ini. lihat soket besar ambik 1 wire blue stripe red dan di combine dengan wayar soket kecik solid blue, yang ni ialah untuk 12v dan untuk negatif (ground) dapatkan wire hitam pada soket kecik. apabila wire ini disambung maka hiduplah panel digital yang kita test tadi dan pada masa ini anda boleh menekan mana-mana button yang mengetahui sama ada button itu berfungsi sepenuhnya ataupun tidak. anda juga boleh melihat sekiranya ada garisan merah atau tidak pada panel digital yang diuji tadi

tips ini pula ialah bagi mereka yang memasang panel digital pada dashboard wira tetapi function out temp di hidup disebabkan out temp sensor tidak dipasang di bahagian hadapan kereta. sekiranya anda hendak memasang out temp sensor boleh beli sensor berkenaan di mana-mana halfcut dengan harga sekitar rm50 sahaja dan sebaik sahajan dipasang di kereta tarik 2 wire dari sensor ke dalam kereta. pada bahagian belakang panel digital wire yang perlu di sambung ialah hitam stripe biru dan kuning stripe biru pada soket besar di belakang panel

bearing pada engine memainkan peranan penting uantuk menggerakkan crankshaft dan piston. terdapat pelbagai jenama bearing ini dan yang popular ialah ACL bearing buatan australia dan king bearing buatan israel. dalam pada itu banyak lagi jenama engine bearing yang terdapat di pasaran. saya menggunakan main bearing jenama ACL race series manakala untuk conrod pula saya gunakan king bearing, saje campur-campur macam tu

gambar atas ialah conrod bearing brand taiho yang kebiasaan digunakan untuk enjin mitsu. harga boleh dikatakan agak murah, sebagai contohnya conrod bearing taiho untuk 4g92/93 harganya tidak melebihi rm50. bolehlah pakai bearing ini dan tidak ada apa-apa masalah pun sekiranya anda menggunakan bearing ini

apabila sampai masanya bearing hub atau tayar belakang akan rosak dan tanda-tanda yang dapat dikenal pasti untuk mengetahui kerosakan bearing tayar ialah apabila terdapat bunyi dengung yang keterlaluan pada bahagian tayar. satu lagi sa menguji kerosakan bearing hub ialah jack kereta dan pusing tayar, sekiranya pergerakan tayar tidak smooth atau ada rasa kasar dan sangkut-sangkut maka boleh anda menukar bearing hub. gambar atas ialah hub disc belakang evo yang telah dikeluarkan bearing untuk digantikan dengan yang baru

ini ialah gambar kotak dan part number bearing hub belakang evo3. boleh dibuat pemasangan di mana-mana kedai spare part yang kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan press bearing. harga tertera rm180 tapi kalau di terengganu harga barang dan upah pasang sekitar rm70 seunit

ini pula merupakan tool untuk memusing pistan caliper disc belakang. kebiasaannya tool ini perlu digunakan untuk mengeluarkan piston caliper bagi memudahkan kerja-kerja service brake nanti

sekiranya compressor aircond mengeluarkan bunyi bising semasa aircond tidak dihidupkan boleh anda memeriksa bearing clutch compressor. gambar atas ialah magnet clutch compressor aircond 4g91/92/3 yang telah dikeluarkan bearing dan bersedia untuk memasang bearing baru

gambar atas ialah sprocket timing belt yang dipasangkan pada hujung crankshaft. bagi yang menggunakan blok gsr perlulah menggunakan sprocket asal gsr dan sekiranya anda menggunakan sprocket 4g91/92 makan kedudukan timing belt pada bahagian camshaft pulley akan menjadi terkeluar sedikit iaitu tidak berada pada kedudukan tengah-tengah pulley cam

alat pemadam api sangat penting diletakkan di dalam kereta. adakah anda memilikinya dan diletakkan di dalam kereta anda? banyak terdapat di pasaran alat pemadam api yang dikhaskan untuk kereta dan pilihlah alat yang ada meter penunjuk kandungan bahan di dalamya dan yang ada breather untuk melepaskan tekanan sekiranya cuaca panas. sepatutnya alat pemadam api diletakkan pada ruang kabin kereta tetapi saya letak dalam boot seperti gambar di atas. harga seunit alat pemadam api yang saya gunakan ialah rm299 dan perlu diservis setiap 5 tahun sekali

bagi pengguna brake twinpot evo2/3 kebiasaannya pad brake agak mahal kerana tokey kedai spare part pasti menaikkan harga sekiranya kita hendak membeli barang-barang evo. untuk makluman pad brake evo3 twinpot adalah sama dengan pad brake pajero v6 dan nasihat saya sekiranya hendak membeli pad brake maka bolehlah meminta pad brake pajero v6 di kedai spare part, ada murah sikit kot daripada menyatakan barang evo

sterring rack boot sekiranya koyak hendaklah ditukar kerana habuk dan pasir boleh masuk ke dalam boot berkenaan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada rack end serta steering rack itu sendiri. boot ini boleh didapati di kedai spare part dengan harga yang berpatutan, untuk lancer dan proton boleh pakai antara keduanya

bagi pengguna rim yang nampak ke dalam fender iaitu offset rim nombor besar bolehlah menggunakan spacer untuk mengeluarkan sedikit rim. pilihlah spacer yang bermutu dan janganlah guna spacer yang agak murah kerana boleh mengakibatkan gegaran sekiranya membawa kereta pada kelajuan tertentu. spacer dia atas ialah aluminium yang dibeli di US untuk rakan saya dengan ketebalan 5mm sahaja

gambar atas ialah beberapa barangan yang saya selalu beli dari oversea sama ada untuk kegunaan sendiri atau ada permintaan dari rakan-rakan yang ingin memilikinya. barang-barang yang melebihi harga rm500 ke atas akan dikenakan cukai kastam tetapi nasib jugak, kadang-kadang tak kena pun

sekian, terima kasih
jumpa lagi

4 comments:

Anonymous said...

Abg jeff,,kalau steering keta gegar pada 110-130km/j tu sbb apa? baru tukar tyre siap balancing lagi..steering rack ke?

Anonymous said...

CUBER BRO WAT HIGH SPEED BALANCING. PASTI CANTIK HASILNYER....

eizal 9910 said...

Salam bos.. sy punye sensor exhaust temp sard patah.. dah cari kt kedai, mmg xde jual. Lg pn model kluaran tu dh stop. Camne ek?

kasih rahmat said...

blog yang amat berguna serta tips yang menarik