S90 Throttle Body For Mivec

bersua lagi dengan entri mengenai pemasangan throttle body aftermarket S90 70mm pada intake standard mivec. throttle body S90 aga popular tetapi spring pada throttle body tersebut boleh dikatakan agak keras terutamanya apabila kita memijak pedal throttle. untuk melembutkan pedal sama seperti standard ada caranya dan akan saya tunjukkan langkah untuk mengubahsuai kedudukan spring supaya menjadi lembut, barulah sedap memijak throttle pedal, kereta pun tak melompat sangat

ini ialah throttle body standard mivec bersaiz 60mm dan salah satu keunikan throttle body mivec ini terdapatnya idle switch sama seperti throttle body VR4 dan mitsubishi MVV. terlebih dahulu throttle body asal ini perlulah dikeluarkan daripada intake manifold enjin 4G92 mivec dengan membuka 4 biji nat bersaiz 12mm. hose inlet dan outlet coolant juga perlu ditanggalkan, begitu juga dengan soket stepper motor dan solet idli switch

throttle body S90 boleh diperolehi di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta dengan harga sekitar rm400 lebih bagi satu unit

throttle body S90 dibuat daripada aluminium dengan bukkaan butterfly bersaiz 70mm. sesuai juga diguna pada enjin 4G63 atau pun 4G93 GSR. untuk enjin 4G13/15 mmc pun ada dikeluarkan dengan saiz 62mm, begitulah lebih kurang
oleh kerana throttle body S90 mempunyai spring butterfly yang keras jadi terlebih dahulu saya ubahsuai kedudukan spring berkenaan agar menjadi lembut seperti throttle body asal, jadi perlulah dilakukan kerja-kerja yang memerlukan sedikit ketelitian untuk menebuk lubang dan seterusnya memasang palang untuk menempatkan spring pada kedudukan lain. bulatan merah di atas ialah kedudukan spring asal pada throttle body S90 dan panah biru ialah tempat baru untuk spring tersebut

panah merah ialah kedudukan asal spring dan panah biru ialah tempat baru kedudukan spring. prosen mendrill lubang mengikut saiz tertentu perlu dilakukan dengan teliti dan apabila siap lubang masukkan batang besi kecil sebagai penahan spring itu nanti. apabila sudah siap umpil spring dengan berhati-hati dan spring akan terkeluar dari kedudukan asal dan secara automatik akan berada pada kedudukan baru nanti. sekarang kedudukan spring telah berubah dan tekanan spring tidaklah seperti asal tadi

inilah kedudukan spring baru, harus diingatkan jangan drill terlalu dalam akibatnya akan tembus dan seterusnya throttle body akan bocor nanti. buat dengan berhati-hati dan sekiranya tidak boleh anda boleh mengepos throttle body S90 kepada saya untuk saya mod seperti yang saya nyatakan di atas

seterusnya, asingkan bahagian bawah throttle body asal untuk dipadankan dengan throttle body S90 nanti. gunakan impact driver nat phillips untuk membuka kesemua nat pada bahagian bawah throttle body asal. apabila kesemua nat sudah berjaya dibuka, dengan perlahan-lahan asingkan bahagian bawah tersebut dan jangan sesekali merosakkan seal (gambar tengah yang hitam tu) throttle kerana seal ini tidak dijual di kedai spare part. saya pernah mencari seal ini dahulu di tempat saya tetapi agak malang kebanyakan kedai spare part tidak menjualnya, jadi jika rosak bolehlah anda mencari atau membeli throttle body mitsubishi yang rosak untuk mendapatkan seal ini sahajan

kedudukan idle switch yang telah siap dimod dan dipadankan pada throttle body S90. untuk pengetahuan anda, sekiranya tidak mahu menggunakan kaedah seperti yang saya tunjukkan, boleh anda mencari TPS sensor yang mempunya 4 pin dan sebenarnya salah satu pin itu ialah untuk idle switch dan bolehlah menyambungkan wire idle switch ini ke pin bertanda S pada TPS sensor. TPS sensor ini biasanya diguankan pada enjin EVO123, GSR atau pun 4G91/92

ini pula ialah kedudukan BISS screw pada throttle body S90 iaitu tempat kita melaras tinggi atau rendah idling kereta. perhatikan pula sebelah kiri atas gambar ini dan anda akan nampak nat allen, ini pula merupakan tempat melaras kedudukan butterfly

apabila segalanya dah siap, pasangkan throttle body ini pada intake manifold dan jangan lupa pasangkan juga gasket yang ada sekali dalam kotak throttle body ini, sapukan sealant permatex ultra grey, nipis sahaja

kedudukan apabila siap dipasang pada kereta. hose untuk P kat throttle body asal boleh disambungkan ke breather hose dengan menggunakan T joint yang sesuai. start kereta dan perhatikan sekiranya ada tempat yang bocor terutamanya coolant segeralah atasinya dengan cara tertentu. kalau semuanya ok tunggu hingga kereta mencapai normal temp dan laraskan biss screw untuk mendapatkan idle yang sesuai iaitu sekitar 800-850 rpm. jangan lupa juga sebelum start laraskan dahulu TPS sensor dengan voltage sekitar 0.45v - 0.50v

peralatan yang digunakan ketika mengubahsuai dan memasang throttle body S90 pada intake kereta bernadikan 4G92 MIVEC rakan saya. tunggu review dari woner kereta tersebut

sekian, terima kasih
jumpa lagi

24 comments:

jz said...

Bang jeff,kalau pakai throttle body s90 tu tak kuat makan minyak ker?

jeff_tacra said...

kena setting baliklah air fuel ratio

Anonymous said...

bro jef TB mivec kalo nk pakai kt 4g91 blh pnp trus ke.4g91 xde idle switch kan?

jeff_tacra said...

TB mivec boleh plug n play pada 4G91, idle switch TB mivec tak pakai sebab 91 dah ada idle switch pada TPS sensor

Anonymous said...

klu kte rebore TB asal 2 je leh x? klu bleh katner plak nak cri butterflynye 2?

jz said...

ok bang jeff.baru saya faham.terima kasih..

jz said...

ok bang jeff.baru saya faham.terima kasih..

Anonymous said...

SALAM BRO. NK tnya kenapa bl sy nk set tps, volt yg kluar 0.52.tu yg paling rendah bole adjust... pakai engin 4g18 proton waja..
mntk tolong pada yg pakar.. time kasih

jeff_tacra said...

kalau bacaan o.52 tu tak jadi masalah, boleh guna dengan mula voltage tu

Anonymous said...

sory,tak paham la bro.... (bdk baru).
bole tolong jelaskn tak....?

Anonymous said...

x sabar la nak tunggu review dari bro yg dah guna tb nie. nak pasang kat kat waja kawan, tgk kat tenet ader yg review dah pasang then tukar alik yg ori. kawan pakai waja auto kalau minyak x berapa larap nak gak try pasang.

Anonymous said...

salam tumpang tanya
ada beza x TB 4g13 dan 4g15?
ke sama je besa tb ni
tb apa yg sesuai kalau kita nak tuka

Anonymous said...

salam bro jeff, kalau saya punya waja auto nak pakai tb s90 nie, ader effect ker? pastu kena upgrade sekali ker dia punya intake manifold. nak bg sdap lagi kereta nie.

Haz said...

Assalamualaikum abg jeff,

saya nak tanya kenapa bacaan TPS mengikut voltmeter berlainan dengan bacaan dalam management seperti SAFC ataupun Haltech?

ron said...

abg jeff...BISS skru tu kat wira vdo punye throttle body pun ade ke?

Anonymous said...

abg jeff senyap je...mesti makan angin jauh nie. hihihihihihihi

Mohamad Sharir Mohamad Hisham said...

Tebaikla

Apit Mook said...

salam bro je. nk tnya klu nat ug pegang n tahan spring buterly tu lose mcm, mn ye??

Mohd Tarmizi Gee said...

tak da ka cara nak install skunk 2.. kat 4g93

Mafa said...

jeff s9o sesuai tak untuk 4b11? Kalau tak tb aftermarket apa yang sesuai? Thanks

Ridzuan Amin said...

abg jeff.saya nk tanya..enjin saya pakai wiring 4g93soch.bleh ka nk tukaq pakai trotelbody mivec..?atau kena tukaq wiring juga?mohon bantuan...

Roshimee Mustapha said...

abg jeff..mcmn nk hubungi...blh bg contact

muslim al-islam said...

saya pakai kat 4g91,intec kena boll kasi sama besar,kalau xboll beterfly sangkut xbukak habis... funtion s90 pada 4g91,mmg power,terasa bila tarik pickup...skian

muslim al-islam said...

saya pakai kat 4g91,intec kena boll kasi sama besar,kalau xboll beterfly sangkut xbukak habis... funtion s90 pada 4g91,mmg power,terasa bila tarik pickup...skian