bersua lagi dengan entri mengenai lampu segala suis pada dashboard kereta terutama bagi pengguna yang menggunakan dashboard lancer/evo. pada setiap suis dashboard memang ada lampu kecil yang sangat berguna terutamnya pada waktu malam tambahan pula dengan adanya lampu-lampu pelbagai warna dapat mencantikkan lagi cockpit kereta anda. entri kali ini saya tunjukkan gambar mengenai suis kereta yang berada pada dashboard yang mempunyai lampu. kalau kereta anda tak ada lampu begini bermakna ada bulb yang dah terbakar dan bolehlah diganti dengan yang baru atau pun boleh masukkan terus LED. anda boleh cari entri blog terdahulu mengenai cara-cara memasang bulb atau LED pada suis
gambar sebelum memasukkan bulb atau LED baru
lampu memang ada tapi tak berapa terang sikit
ini merupakan gambar cockpit kereta saya yang telah siap dimasukkan LED baru pada setiap suis pada dashboard. kelihatan agak menarik terutamanya pada waktu malam, tidak menyilaukan pandangan
panel aircond digital lancer yang telah dimasukkan LED putih
kiri ialah suis untuk heater cermin belakang dan kanan suis hazard, kedua suis ini saya masukkan LED berwarna putih. kelihatan hazard suis berwarna merah iaitu bahagian hadapan suis sudah asal warna seperti itu
sebenarnya ini suis untuk gear auto pada konsol gear tetapi saya mod sikit dan jadikan suis power antenna. saya gunakan LED kuning atau amber
kiri suis wiper belakang dan kanan tu asalnya suis heater untuk seat, saya telah mod untuk menjadikan suis heater side mirror kiri dan kanan kereta
suis foglamp
suis side mirror menggunakan LED hijau
suis lock dan unlock kunci pintu
panel digital lagi
bulb dengan condom warna hijau untuk oil press gauge
inilah rupa bulb asal dalam suis
bulb asal digantikan dengan LED
gambar bulb, LED dan resistor
terima kasih
sincerely - jeff tacra
sincerely - jeff tacra