Myvi Caliper Problem

bertemu lagi dengan entri terkini iaitu mengenai penyelesaian bunyi bising pada caliper myvi. kebiasaannya apabila melalui jalan tidak rata akan keluar bunyi sesuatu macam besi berlaga area caliper myvi. oleh itu jalan penyelesaian yang paling mudah dan simple iaitu dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah ini. oversize pin caliper ada jual tapi harga sekitar rm80 untuk satu set, dengan mod yang saya buat ini harga tak sampai pun rm5.00, saya dah pakai dan guna agak lama masih lagi tidak ada masalah. untuk makluman saya pakai caliper dan rotor disc myvi kat perodua viva saya, pada mulanya memang keluar bunyi bising area caliper, rupa-rupanya pin caliper ada gap sebab itulah bunyi tu akan keluar

buka nat 14mm caliper pin atas dan bawah caliper

keluarkan caliper 

tak perlu buka hose caliper

cabut pin caliper atas dan bawah, hati-hati dengan boot takut koyak

sepasang pin caliper atas dan bawah berserta dust boot

pin inilah yang selalunya mendatangkan masalah kerana ada gap semasa caliper terpasang. so saya tunjukkan bagaimana nak bagi fit balik pin caliper ini dengan kos yang sangat murah

gunakan heatshrink, saiz saya tak ingat tapi memang betul-betul fit dengan pin tersebut

grease secukupnya

potong heat shrink seperti gambar yang ditunjukkan untuk dua pin

masukkan heat shrink pada hujung pin caliper

panaskan heat shrink supaya betul-betul kemas pada pin caliper

sapukan grease

pasang balik boot

masukkan pin tadi ke tempatnya. perlu tekan sikit dan pusing-pusing supaya betul-betul fit pada tempatnya. sekaran tiada lagi gap antara pin dan housing caliper tersebut. setakat saya guna dah hampir 3 tahun pun masih ok lagi. heat shrink tidak akan membuatkan caliper anda jem atau lekat kerana bahan ini lembut sahaja tambahan pula dalam tu ada minyak grease

pasangkan balik caliper dan test kereta anda. tida lagi bunyi knocking pada bahagian caliper ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi

51 comments:

Cak pmc said...

pasal perkara ni la , myvi aku brake jem di hway.. perodua service guna silicone nk bg fit.. at last silicone keras.. brake aku jem..

jeff_tacra said...

mana boleh pakai silicone cak, bila keras sudah pasti brake akan jem

ZULKIFLI RAZAK RAZAK said...

Saya pki brake evo klu brake ada bunyik ketek..ketek blh buat mcm ni ker..

Anonymous said...

kepale pin caliper loose,ade cara lain x nk bukak

jeff_tacra said...

kalau loose kena ketuk guna pahat dan ganti dengan skru lain

Mohamad Fuad Zainol said...

Skru ada jual dkt spare part ke abg jeff?

Fariq said...

Abg jep, boot getah sy dah uzur, ada jual tak utk wira 1.3 kt kdai?

Anonymous said...

Kat mana nak beli heat shrink?

jeff_tacra said...

kemungkinan skru tu ada jual kat spare part, try tanya dulu. boot kat nat caliper tak pasti ada jual atau tida secara berkasingan. heat shrink boleh dibeli di kedai menjual peralatan elektronik

Anonymous said...

Terima kasih abang jeff atas ilmu itu.

Anonymous said...

kalau kereta kancil blh ka ni boos

Anonymous said...

bro bleh kasi address..boleh dtg kedai

tom suarez said...

cikgu ,heatshrink tu perlu masukkan kat keseluruhan pin tu atau hanya hujung pin shj?

jeff_tacra said...

secara jelas saya dah nyatakan kat atas tu dengan keterangan bergambar lagi, masuk heat shrink kat hujung sahaja

tom suarez said...

hehe,,tq,,.jgn marah cikgu,,utk kepastian...saya da cuba buat tp terlalu ketat utk masuk...mgkin heatshrink saya dpt tu besar ckt dr pin tu,,jd tebal plak...apa2 pn info ni sgt berguna,

Anonymous said...

slm bro, kena guna minyak gris khas ke untuk clip caliper?

ZULKIFLI RAZAK RAZAK said...

Terima kasih abg jep atas tunjuk ajar masaalah dah selesai heat shrink saya beli kat jalan pasar pudu rm1.85 1 meter size 10mm

shahputri said...
This comment has been removed by the author.
shahputri said...

klu utk viva, saiz heatshrink 10mm tu ngam ke dgn pin caliper viva?

Anonymous said...

brooo.. penat carik heat shrink tu.. kat mana kat johor boleh dapat ye?

Anonymous said...

Aku pki tape itam jerk..so far xde masalah...

wan shah said...

Viva pn sma prblem gk mcm myvi

wan shah said...

Mati2 ingt bushing or absorber mounting yg prblm,aku guna selotape paip yg kaler putih je yg setelkn mslah ni

shahputri said...

Dah guna heatshrink tu mmg xde bunyi dah.mmg kreatif n terbaik.tq jeff tlg setelkan problem sy.klu x beratus abes klu nak tukar caliper baru.tqvm.

wan yusak said...

penat mencari heat shrink kat jb.. boleh x pos kan heatshrink tu sket pada kami di jb untuk rujukkan. bayaran akan diberikan. plzz

jeff_tacra said...

try dapatkan kat kedai menjual peralatan elektronik, biasa ada jual

wan yusak said...

dah byk tempat sy cari.. tp mereka sume xtau heatshrink dan xda tape tahan panas.. mgkin kat johor lain bahasa yg difahami untuk mengenal pasti benda tu.. boleh x mntak pos kan. byran akan sy berikan..

jeff_tacra said...

ambik je gambar dan tunjuk kat seller kedai elektronik

wan yusak said...

BOLEH BGTAU HEATSRINK TU KALO KAT KEDAI ELEKTRONIK TU SBENARNYA KEGUNAANNYA UNTUK APA? NNTI SENANG CKP KAT KEDAI2 ELEKTRONIK..

wan yusak said...

haha,, xbleh nak copy gmbar,, kene blok copyright..

viva850 said...

Bang jeff, caliper viva pun sm problem dgn myvi ke?

Stanley Tan Kah Guan said...

Hi tacra, grease hijau mana beli?

jeff_tacra said...

caliper viva pun kadang-kadang bermasalah juga seperti caliper myvi. grease boleh didapati di mana-mana kedai spare part

MUHAMMED KHAIRUL FIKRI BIN RAZALI said...

baru lepas buat kat myvi...alhamdulillah..dah hilang bunyinye..TQ bro..

Jeftrey Choo said...
This comment has been removed by the author.
Abu Ayyash said...

http://list.lelong.com.my/Auc/List/List.asp?DA=A&TheKeyword=heat+shrink&x=49&y=9&CategoryID=&PriceLBound=&PriceUBound=

Unknown said...

heatshrink @ shrinking tube boleh beli kt kedai peralatan elektronik atau pon kt kedai jual barang elektrik. kedai yg ade jual kabel2 elektrik,paip,soket..bukan kedai letrik yg jual mesin basuh,rice cooker,peti ais.. =)

ahmad albab abidin said...

broo..klu maslah caliper ni bleh beegegar ke ble bawak 100km...sbb saya punya mmg ada bunyi knocking

Mohd Syafie said...

thanks for info..takut break kong sebab slalu jalan bukit..maklumla di sabah ni semua pun curam

Qwerty said...
This comment has been removed by the author.
Qwerty said...

Hi, I've tried this out on myvi disk brake caliper pin. Using the heat shrink (Sleeving Tube) size Ø6mm which is quite tight compare to the caliper pin diameter. But its still can be slot into the pin head. The length of the tube should be just around 10mm. I've tried all the above procedure. But the most important process is during you put the caliper pin back into the hole.(remember each caliper pin to its original holes; do not mix up top & bottom pin) The greased pin should be slowly pushing & twisting in one direction until the end. Then you will found there is a little space for the pin to loose around at the end. Play around the pin until its smooth.
( For my case - I took out the caliper pin to view on the condition of the heat shrink after pushing & twisting in; the heat shrink become flatten (thinner but not terribly distorted); then put a little grease back on the pin surface; this time the caliper pin was easier to enter the pin holes.) Lastly install back everything to its position & test the brake to confirm its wont jam during heavy braking condition.

fauzi ahmad said...

klau mcm sy hampir semua housing pin longgar jdi kena masuk heat shrink utk setiap pin ke

Unknown said...

terima kasih atas ilmu..moga tambah rezeki

man said...

Salam..sifu, nak confirm..heatshrink ni same tak macam getah cable untuk extention plug?

shah said...

yg sy pnya myvi pomen letak gam gasket ultra grey pd pin...sbb dia ckp produa servis pn letak gam jgk xbg bunyi..stakat ni ok jerr xda bunyi dh lbih kurang 3bulan kot..
tp risau plk dgr komen kt atas tu ckp jem brek sbb gam silicon..adoiii

Shahrizal said...

heat shrink (hangat kecut) ade jual kat kedai elktrik/tronik dan ade pelbagai sais, di gunakan dlm kerja 2 elektrik. trima kasih abg jeff dah cuba ok....

Nik Azran Izhar said...

Saya heandak mencuba pada myvi se 1 sy...namun setelah buka skru tersebut pendak dan tak sama mcm yg dtujukkan...ke modelnya lain2

Anonymous said...

Sy da buat utk viva alhamdulilah menjadi,guna heat shrink size 10mm.terbaik blog ni

Unknown said...

heat shrink size berapa ye untuk myvi?

singa said...

salam cikgu tacra..saya punya citra naza salah satu clip atas bawah di caliper brake tuu hilang entah pomen mana buat sebelum ni tak tauu...ada bunyii macam tuu jugakk..try tanya kedai sparepart depa kata jual satu set caliper brek...mana mau cari hanya nak clip nipis tuu jerr...

Rashid Zainu said...

Heat shrink atau hangat kecut tu ada jual kat kedai elektronik,xpun abg g kedai jual barangan elektrik,dia ada jual jgk..kdai brg letrik tu bkn mcm seng heng tau,ni kedai mcm jual lampu,kipas,kabel,paip