How To Use Timing Light

Bersua kembali dengan entri bagaimana cara menggunakan timing light untuk mendapatkan bacaan iginition timing yang tepat atau untuk mengubah ignition timing sama ada hendak retard atau advance. atas permintaan rakan-rakan blog dan face book maka saya paparkan bagaimana cara untuk menggunakan alat ini. ignition timing yang betul dapat membuatkan kereta lebih sempurna pembakarannya dan meningkatkan lagi tahap keupayaan sesebuah enjin kenderaan. bacaan ignition timing ini penting terutamanya bagi mereka yang memasang adjustable cam pulley dan seharusnya selepas pemasangan cam pulley boleh laras kita sepatutnya setkan juga ignition timing agar tidak terlalu advance atau tidak terlalu retard

pelbagai jenis dan brand timing light di pasaran, ada yang bermula dari rm300 dan hingga ke ribuan ringgit harganya. gambar atas merupakan advance timing light iaitu kita boleh setkan berapa bacaan BTDC pada timing light yang dikehendaki dan kemudiannya laraskan cam angle sensor mengikut bacaan yang sepatutnya

 gambar atas ini pula ialah timing light yang biasa digunakan, harga sekitar rm320 seunit dan boleh diperoleh di kedai hardware atau kedai menjual peralatan kereta. penggunaan jeni ini sudahpun dikira memadai dan saya kira dah cukup untuk mengetahui bacaan ignition timing yang dikehendaki nanti


 ini ialah crank pulley dan cam pulley standard iaitu ada sesetengah dari kita menukar peralatan ini dengan peralatan aftermarket yang banyak dijual di pasaran semasa. penggunaan crank pulley ringan boleh mengakibatkan enjin crank menjadi tidak balance dan sebab itu kadang kala ada kita dengan bearing crank boleh rosak akibat penggunaan crank pulley aftermarket, tambahan pula crank pulley after market kebanyakannya tidak terdapat damper seperti yang terdapat pada pulley standard untuk menyerap gegaran. terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak. penggunaan cam pulley aftermarket pula boleh meningkatkan sedikit kuasa kereta jika setting yang dilakukan betul dengan keadaan enjin sesebuah kereta. hal ini boleh dilakukan oleh pomen yang berpengalaman untuk mengubah cam pulley sama retard atau advance


 ini ialah tempat pemasangan crank shaft pulley dengan terdapatnya marking tertentu terutamanya ketika memasang timing belt. kesilapan memasang timing belt boleh menyebabkan kereta terasa berat walaupun salah satu gigi sekalipun pada timing belt tidak betul


 crank pulley aftermarket aloi lebih ringan dari standard. saya sempat memasangnya dulu sekejap saje tetapi kini dah bertukar arah dengan menggunakan crank pulley asal yang ternyata lebih sesuai dengan enjin kereta saya


 sebelum menggunakan timing light, terlebih dahulu cari atau dapatkan soket brown (cokelat) pada dinding ruang enjin atau disebut sebagai firewall. unplug soket tersebut dan sambungkan pin dalam soket itu ke ground dengan menggunakan paper clip atau apa cara sekalipun.


 ini perlu dilakukan untuk mendapatkan basic ignition timing terutamanya pada kereta berenjin mitsu atau wira dengan bacaan BTDC 5 degree. kalau wayar bersoket cokelat ini tidak disambungkan dengan body atau ground maka bacaan yang perlu ialah BTDC 10 degree pada crank


 selepas itu klipkan wire plug piston no. 1 sepert gambar di atas. klip ini biasanya ada sekali dengan set timing light dan pastikan wire plug itu betul


 seterusnya sambungkan klip 12v dan ground (-) pada bateri kereta


 start kereta anda dan jangan risau kerana pada masa ini CEL (check engine light) akan sentiasa hidup kera kita telah sambung wire bersoket cokelat tadi pada ground. perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah pada kereta dan cara ini memang betul seperti mana yang ditetapkan dalam manual kereta. kemudian halakan timing light pada crank pulley melalui ruang cover timing belt (seperti gambar di atas)


 halakan timing light dan suluh pada crank pulley dan timing marking seperti gambar di atas. pada masa ini lampu timing light akan berkelip-kelip mengikut pusingan crank pulley dan pada masa ini perhatikan kedudukan notch crank pulley pada marking timing tersebut. anda akan dapat lihat kedudukan notch crank pulley pada kedudukan tertentu mengikut bacaan timing marking sama ada 10 atau 5 atau lain-lainnya


 pada masa yang sama kita hendaklah ubah kedudukan cam angle sensor untuk mendapatkan bacaan basic ignition pada BTDC 5 degree


 longgarkan nat 12mm pada cam angle sensor dan ubah kedudukan seperti panah di atas untuk mendapatkan bacaan yang sepatutnya. ubah kedudukan dan kemudiannya lihat kembali kedudukan notch crank pulley dan apabila telah mencapai bacaan yang dikehendaki, ketatkan balik nat cam angle sensor. dah pun selesai...


rajah yang tak seberapa ini sebagai lakaran di mana kedudukan notch crank pulley dan timing marking pada cover bawah timing belt. semoga dengan tutorial ini anda boleh manfaat dan tahu bagaimana hendak menggunakan timing light. selalu kita lihat pomen suluh sesuatu pada keeta kita tetapi kalau dulu kita tak tahu apa yang dibuatnya tetapi sekarang sudah terang lagi bersuluh kita dah tahu apa yang pomen lakukan dengan menggunakan 'lampu suluh'

sekian, terima kasih
jumpa lagi

Rocker Cover & Extractor Cover

bertemu lagi kali ini mengenai DIY re-spray rocker arm cover dan extractor cover enjin mivec rakan saya. baru berkesempatan untuk melakukan diy ini memandangkan kesuntukan masa dengan kerja-kerja rutin yang begitu banyak. akhirnya berjaya juga lakukan dan hasilnya anda boleh lihat gambar-gambar sdi bawah ini
 ini ialah gambar spray yang saya gunakan untuk re-spray rocker arm cover enjin mivec yang saya beli suatu ketika dahulu dengan rakan forum, dah tak ingat di mana saya beli. chipping coat ini seakan-akan cat gerutu pada rocker arm cover dan hasilnya tidak mengecewakan, agak menari juga

 ini ialah spray anchor biasa untuk re-spray extractor cover dan semasa hendak membeli spray ini pastikan anda membeli dari jenis hi-temp untuk digunakan pada tempat panas, mahal sedikit dari spray biasa

 extractor cover pada enjin mivec perlu dibuka terlebih dahulu untuk memudahkan kerja-kerja mengecat nanti
 extractor cover yang telah siap dikeluarkan dan sebelum proses spray dilakukan terlebih dahulu gunakan kertas pasir untuk membuang cat-cat lama atau kotoran yang ada pada cover ini
 gambar atas ialah cover yang telah siap dicat dengan spray hi-temp anchor
 rocker arm cover perlu dibuka untuk memudahkan kerja-kerja sparay nanti tetapi kalau anda tida mahu membuka dari head pun boleh dilakukan, cuma kena cover bahagian tertentu supaya tidak mengenai lebihan spray nanti
 sebenarnya cat lama yang berwarna hitam pada rocker cover ini telah ditanggalkan terlebih dahulu memandangkan catnya agak buruk dengan cat tanggal pada tempat-tempat tertentu
 proses spray dengan menggunakan chipping coat

 spray beberapa layer mengikut kerperluan dan setiap layer spray nipis sahaja
cat telahpun kering dan siap untuk dipasang peralatan seterusnya
 nampak lebih kemas dengan cat baru
 cover extractor pun dah dipasang

 nampak berseri-seri
 cover plug telah dipasang

beginilah hasilnya, nampak lebih baru. owner pun puas hati

sekian, terima kasih
jumpa lagi

Crossmember & Gearbox mounting

bersua kembali dengan entri diy kali ini ialah bagaimana menukar mounting crossmember dan mounting gearbox wira/mitsu sama ada enjin 4G13/4G15 ataupun 4G91/92/93. sekiranya terasa gegaran ketika drive atau rasa bagaikan enjin bergoyang maka sudah sampai masanya anda menukar enjin mounting kereta anda sama ada mounting crossmember depan atau belakang, mounting gearbox serta mounting pada bahagian timing belt kereta anda. owner kereta ini menukar satu set mounting pada enjin kereta 4G92 dan memang terasa perubahan sebaik sahaja selesai kesemua mounting dipasang. enjin tidak lagi bergegar atau bergoyang sebelum pasang mounting kerana mounting asal kereta ini telah ada beberaa bahagian telah koyak akibat wear & tear

terlebih dahulu crossmember kereta hendaklah dikeluarkan untuk menukar mounting pada bahagian ini dan kerja-kerja membuka crossmember ini dilakukan di bawah kereta, jadi perlu anda menggunakan jack stand untuk menahan kereta dan tidak digalakkan hanya menggunakan jack biasa

nat crossmember yang perlu dibuka

crossmember yang telah dikeluarkan

mounting bahagian hadapan crossmember

mounting belakan crossmeber iaitu agak kecil sedikit daripada mounting hadapan

mounting baru brand mitsu

buka nat pada mounting

mounting baru, perhatikan lubang pada bahagian kanan mounting iaitu sebagai marking untuk dipasang pada crossmember nanti. marking berlubang tu mestilah menghala ke hujung mounting sama ada mounting hadapan atau belakang

mounting belakang yang siap dipasang, perhatikan marking lubang tu menghala ke hujung crossmember

dah siap pemasangan mounting crossmember dan bersedia untuk dipasang pada kereta

4 getah yang terdapat pada bahagian dalam fender sebelah driver ialah tempat nat mounting gearbox dipasang, jadi perlulah ditanggalkan getah ini terlebih dahulu sebelum membuka nat mounting gearbox

buka 4 nat mounting gearbox

barulah nat mounting dibuka pada bahagian mounting berkenaan, ampu enjin pada bahagian bawah kereta dengan menggunakan jack

mounting lama yang dikeluarkan

mounting yang telah sempurna dipasang pada tempatnya

sekian, terima kasih
jumpa lagi