Info & Tips Vol. 5

Bersua kembali, agak lama saya tak update blog ini, baru sekarang berkesempatan untuk menambahkan entri terbaru yang tidak seberapa ini iaitu mengenai info dan tips tertentu yang boleh dijadikan panduan bagi pengguna kereta. pengetahuan yang sedikit ini sudah pasti akan berguna terutama semasa membaiki kenderaaan ataupun ketika kita hendak membeli part-part tertentu di kedai spare part

gambar atas merupakan gambar smooth shift keluaran race tech yang boleh diperoleh dengan harga sekitar rm90-rm120 bagi satu set. ini digunakan untuk menggantikan bushing asal pada hujung cable gear yang disambungkan pada gearbox, pemasangannya saya kira sudah ada dalam entri blog saya yang terdahulu. pengguna akan berasa kelainan semasa memasukkan gear dan boleh mengatasi beberapa masalah tertentu ketika memasukkan gear

 ini merupakan flywheel 7 lubang yang kebiasaannya diguna pakai pada enjin 1.8 ataupun pada enjin 1.6 mivec, ukuran clutch yang diperlukan ialah 8.5". bagi enjin 4G13/15 boleh juga menggunakan flywheel dan set clutch bersaiz 8.5" yang kebiasaannya diambil daripada flywheel super touring yang telah diubah suai lubangnya menjadi 5 lubang untuk dipadankan dengan enjin 1.3/1.5. terasa sedikit pikap apabila memadankan flywheel super touring ini dan boleh diperoleh di kedai halfcut dan ada sesetengah kedai halfcut ini telah mengubahsuai lubang flywheel. harga sekitar rm150-rm250 bergantung pada condition

gambar atas merupakan set clutch standard untuk mivec yang kebiasaanya keluaran EXEDY. ada yang mengubahsuai clutch kepada clutch racing atau semi racing seperti keluaran EXEDY atau TRINITI atau beberapa jenama lain yang terkenal di pasaran. penggunaan clutch racing atau semi racing memang mantap tetapi haru diingat pedal clutch akan terasa lebih berat daripada biasa ketika menekannya untuk memasukkan gear, so terpulang kepada anda. harga clutch set semi racing EXEDY sekitar rm900-rm1200

ini ialah cara yang perlu dilakukan untuk mengeluarkan piston disc brake belakang iaitu dengan cara memusingkannya mengikut lawan jam. bila piston dapat dikeluarkan barulah boleh menggantikan seal baru dan service piston brake. bagi pengguna disc brake belakang selalu mengalami masalah handbrake tidak makan iaitu walaupun handbrake ditarik kereta masih boleh bergerak. penyelesaiannya ialah pusingkan piston keluar seperti di atas beberapa pusingan dan masukkan semula seperti asal, pasti handbrake tidak akan bermasalah lagi

ini ialah suis pada bahagian belakang kunci kereta anda. untuk mengeluarkannya hanya dengan satu nat sahaja dan jika dapat dikeluarkan kereta anda dapat dihidupkan dengan hanya menggunakan screw driver leper sahaja. sebab itulah penyamun kereta dapat menghidupkan kereta dengan mudah. jika contact pada bahagian ini haus atau terlalu berminyak masalahnya kereta susah dihidupkan, beberapa kali crank baru dapat hidup, cuba lah servis alat ini atau menukarnya dengan yang lain

t-joint brand JURAN ini saya order direct dari japan untuk kegunaan sendiri iaitu untuk memasang oil press gauge pada sensor asal oil press pada head enjin kereta. sila lihat entri terdahulu mengenai pemasangan oil press

diagram untuk menambahkan relay pada fuel pump seperti yang menggunakan fuel pump WALBRO yang ada kalanya merungut tak cukup power dan macam-macam lagi. tambah relay sekurang-kurangnya voltage dapat disalurkan dengan baik


kebocoran oil seal flywheel dapat dikesan sekiranya ada kebocoran minyak hitam antara gearbox dengan blok. oil seal ini berharga rm30 sahaja tetapi untuk menukarnya memerlukan gearbox dibuka sepenuhnya dari kereta, sama macam hendak menukar clutch, sebab itulah upah menukar flywheel oil seal ini mahal


compressor aircond enjin 4G9x sekarang semakin berkurangan, ada yang mod compressor proton untuk dipadankan dengan enjin keluaran 4G9x mitsu. anda boleh menggunakan compressor evo123 untuk dipadankan pada enjin 4G9x tetapi perlulah melakukan ubah suai pada bahagian atas compressor evo serta perlu menukar pulley dan magnet clutch compressor 4G9x pada compressor evo, barulah boleh dipasangkan pada kenderaan anda. lihat entri terdahulu mengenai cara melakukannya

penggunaan adjustable campulley begitu popular sekarang dan ada rungutan dari pengguna yang mengatakan timing belt cepat rosak akibat penggunaan campulley aftermarket, sejauh mana masalah ini saya pun tak pasti. lebih baik custom campulley standard anda untuk mengelakkan masalah ini berlaku, tambahan pula penggunaan campulley asal tidak mengelaurkan bunyi bising seperti sesetengah campulley after market. sekarang ada kedai tertentu yang menyediakan perkhidmatan ubah suai campulley standard untuk dijadikan adjustable campulley seperti yang terdapat di pasaran

main relay atau ada sesetengahnya yang menyebut relay fuel pump. jika kerosakan ini berlaku kereta tidak dapat dihidupkan. sama sahajadengan mana-mana enjin 4G9x atau 4G63 evo

wheel hub ring digunakan sekiranya terdapat gap yang besar antara rim dengan center cone pada disc, tujuannya ialah untuk mengelakkan gegaran terutama semasa kelajuan tinggi

hydraulic brake service part boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga sekita rm30. penggunaannya ialah untuk menggantikan kit brake yang rosak bagi pengguna disc brake

ini gambar soket ecu enjin mitsu yang kebiasaanya berwarna kuning seperti di atas. boleh rujuk entri ecu terdahulu untuk mengetahui pin out ecu

SAFC2 keluaran apexi ialah untuk melaraskan campuran minyak dan angin untuk memboleh kereta anda beroperasi pada tahap terbaik. pelarasan yang betul boleh menjimatkan minyak, meningkatkan keupayaan kereta anda, sila lihat entri terdahulu mengenai pemasangan alat ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi