Ubah suai Kunci Kereta

selamat berpuasa kepada yang bergama Islam... jumpa lagi kali ini dengan entri yang biasa sahaja iaitu bagaimana mengubahsuai kenci kereta sekiranya kita hendak mengekalkan penggunaan kunci asal proton tetapi menggunakan housing kunci lancer. ini hanya khusus bagi sesiapa yang dah convert enjin dan sekiranya kunci ini anda peroleh semasa penukaran enjin


perkara ini boleh dilakukan juga bagi sesiapa yang menukar stereng shaft yang lama kepada yang baru atau 2nd. kebiasaannya kalau kita beli stereng shaft lain kat kedai halfcut kita akan dapat sekali kunci kereta yang masih melekat pada stereng shaft tersebut

untuk membuka keseluruhan part kunci agak susah sedikit kerana nat yang dikenakan padanya tidak ada tempat untuk kita menggunakan screw driver ataupun spanar biasa. terpaksalah kita ketuk dengan screw driver dan dengan tukul untuk mengeluarkan nat dan barulah dapat disalin dengan yang asal. maka lebih baik kita convert kunci sahaja untuk memudahkan kerja

ini ialah kunci lancer yang terdapat pada stereng shaft yang saya peroleh di kedai halfcut yang diambil dari model lancer evo 3

bagi proses mengeluarkan kunci sila lihat entri sebelum ini kerana dalam entri tersebut ada saya tunjukkan langkah-langkah bagaimana mengeluarkan kunci dari bracket kunci tersebut

kunci yang telah dikeluarkan dan akan nampak kosong seperti gambar di atas

kunci yang telah dikeluarkan dan proses untuk mengeluarkan bahagian tengah tempat kemasukan kunci akan ditunjukkan di bawah ini. terdapat da pilihan iaitu sama ada hendak menyalin terus kunci asal proton ke shaft baru atau meyalin bahagian tengah sahaja sekiranya hendak menggunakan housing kunci lancer ini sahaja

buka snap ring pada bahagian belakang kunci seperti yang ditunjukkan dengan menggunakan playar khas untu mengeluarkan klip snap ring

snap ring yang berjaya dikeluarkan

 masukkan kunci asal, pusing sedikit ke arah jam dan tarik perlahan-lahan keluar

dah berjaya keluarkan bahagian tengah kunci

anda akan nampak seperti ini apabila mengeluarkan bahagian tengah kunci dan bersedia disalin dengan bahagian tengah kunci proton. jadi tak perlu lagi menggunakan banyak kunci iaitu kalau proses ini tak dilakukan, jika hendak hidupkan kereta kena guna suis lancer sedangkan kunci pintu dan boot kereta guna kunci proton

telah berjaya ditukar bahagian tengahnya iaitu gambar kiri ialah housing kunci lancer dan tengahnya ialah tempat kemasukan kunci proton dan begitulah sebaliknya dengan yang sebelah kanan tu

kunci lancer nampak berkilat daripada kunci proton kerana material yang digunakan berbeza sedikit

sekian, terima kasi
selamat berpuasa dan jumpa lagi

Acc - On - Start - Vroomm....

bersua lagi kali ini dengan entri bagaiman mengubahsuai kunci utama kereta daripada kunci proton kepada kunci lancer/evo tapi masih lagi mengekalkan anak kunci asal proton. nampak berbelit sikit kan tapi itulah ubahsuai yang saya lakukan untuk menggunakan ibu kunci lancer tapi masih menggunakan anak kunci proton. kalau nak senang just masuk ibu kunci proton je, terutama bagi yang convert enjin tak perlu lagi menggunakan kunci lancer untuk hidupkan kereta tetapi kunci lain masih menggunakan kunci proton


sebelum proses penukaran kunci dilakukan terlebih dahulu saya hendak menukar suis wiper dan signal kepada suis lain memandangkan suis sekarang dah mengalami kerosakan. jadi perlu terlebih dahulu cabut stereng dengan membuka nat bersaiz 17mm pada stereng rod iaiatu bahagian tengah bosskit

apabila stereng dikeluarkan benginilah keadaannya dan sebelum dapat keluarkan suis wiper/signal tersebut perlulah membuka cover colum stereng dulu. nak mata philips ada pada bahagian bawah cover ini yang kesemuanya ada 3 bijik sahaja

apabila ketiga-tiga biji nat dibuka maka keluarkan cover iaitu dengan memisahkan bahagian atas dan bahagian bawah satu persatu seperti gambar di atas. apabila cover ini dikeluarkan anda akan nampak 3 biji nat lagi untuk mengeluarkan suis ini, terlebih dahulu tanggalkan 3 soket wiring pada bahagian belakang suis

inilah suis yang saya ganti yang diambil dari evo dan secara plug n play sahaja jika anda menggunakan wiring lancer. bagi pengguna wiring wira standard suis ini tidak dapat dimasukkan kerana hanya lain soket wiring pada bahagian belakang suis ini, kalau nak guna juga makan perlulah membuat pengubahsuain pada bahagian wiring

sekarang saya tunjukkan pula bagaimana saya menukar suis utama wira kepada suis lancer. kelihatan gambar atas ialah suis utama wira. dulu convert tapi suis tetap pakai suis wira dan ada caranya untuk mengeluarkan suis ini

telebih dahulu buka satu nat seperti yang ditunjukkan di atas untuk mengeluarkan key lamp. anda hanya perlu buka satu nat philips sahaja

keluarkan key lamp ring seperti di atas dan ada masa ini anda bolehlah menggantik bulb LED mengikut warna kegemaran masing-masing. saya menukar bulb biru, gambar pada bahagian akhir entri ini

seterusnya masukkan kunci seperti di atas dan terlebih dahulu unplug soket kunci ini pada bahagian belakang kunci uantuk mengelakkan daripada 'terstart' kereta tanpa disengajakan

masukkan kunci asal dan pusing-pusing sedikit kunci arah jam dan sambil itu cucuk dengan paku atau apa-apa yang tajam pada bahagian bawah kunci seperti yang saya tunjukkan di atas. tujuannya ialah untuk release lock kunci tersebut

tarik keseluruhan kunci seperti di atas

kunci utama telah dapat dikeluarkan dari perumahnya

ruang kosong kunci utama

masukkan kunci lancer dan kelihatan material kunci lancer dengan proton agak berlainan sedikit kerana kunci proton kelihatan pudar manakala kunci lancer dari model evo3 ini berkilat. saya tetap menggunakan anak kunci proton kerana saya masing mengekalkan bahagian tengah kunci ini dengan kunci proton (tempat masuk kunci). cara untuk mengeluarkan bahagian tengah tempat kemasukkan anak kunci akan saya tunjukkan dalam entri blog selepas ini

housing kunci lancer/evo tapi masih kekal menggunakan kunci proton

LED light blue dipasang pada key lamp ini, pada waktu malam akan nampak cahaya kebiruan apabila membuka pintu kereta

sekian, terima kasi
jumpa lagi pada entri ubahsuai kunci proton ke lancer

Engine Oil Pressure

Bersua lagi dengan entri bagaimana menaikkan tekanan minyak dalam sesebuah enjin. untuk enjin hi rev seperti mivec perlukan pressure minyak tertentu untuk membolehkannya beroperasi ke tahap  optimum dan sekiranya pressure minyak rendah kemungkinan boleh menyebabkan mivec tidak aktif. jadi di sini saya tunjukkan cara-cara bagaimana proses untuk meningkatkan tekanan minyak di dalam enjin khususnya enjin dalam kelompok 4G9x

Terlebih dahulu anda hendaklah membuka oil sump iaitu takungan minyak hitam sebelum abda dapat melihat nat 22mm pada oil pump berkenaan, kalau enjin mitsu generasi 4G9x oil pump terletak pada bahagian sebelah timing belt. sebenarnya tidak perlu mengeluarkan oil pump dari enjin, saya buka oil pump ini kerana kebetulan hendak servis, jadi anda boleh melakukan proses meningkatkan oil pressure dengan oil pump masih melekat pada kereta

ini merupakan oil pump (kanan) dan disebelahnya ialah oil screening (kiri) untuk menyedut minyak hitam oleh oil pump untuk dihantar ke keseluruhan bahagian enjin hingga ke head pada bahagian atas. cuba bayangkan kalau enjin mivec yang telah dimasukkan blok 1.8, blok akan tinggi sedikit daripada keadaan standard maka perlulah pump yang kuat untuk menyebarkan minyak ke serata tempat

bahagian luaran pump dan kelihatan juga oil seal crankshaft, kalau dah buka oil pump seperti ini maka sebaiknya tukar sekali oil seal dengan yang baru kerana sekiranya berlaku kebocoran maka perlu membuka timing belt untuk mengeluarkan oil seal ini, harga oil seal crankshaft brand viton ialah rm18.00 di kedai spare part

anda akan nampak nat besar yang bersaiz 22mm seperti di atas dan inilah nat yang di bahagian dalamnya mengandungi relief spring untuk menahan minyak dan seterusnya meningkatkan tekanan minyak bagi sesebuah enjin

gunakan spanar yang bersesuaian untuk membuka nat 22mm dan elakkan menggunakan spanar biasa yang bentuk U kerana nat ini agak ketat, gunakan spanar seperti di atas

kelihatan relief spring dan cap pada bahagian atas spring serta nat 22mm yang dikeluarkan daripada housing oil pump

relief spring, cap sebagai valve untuk tekanan minyak dan nat 22mm

bahagian dalaman nat tempat yang akan dilmasukkan washer nanti

 lubang relief spring

 washer yang boleh diperolehi di kedai spare part

untuk projek ini saya hanya menggunakan beberapa keping washer untuk menjadikan ketebalan hampir dengan 4mm, dan ketebalan sebenar yang diperoleh ialah hanya 3.77mm sahaja. ketebalan ini sudah memadai dan hasilnya akan ditunjukkan pada video bahagian penghujung entri ini nanti

masukkan washer ke dalam lubang nat 22mm tadi

washer yang telah dimasukkan ke dalam nat dan pastikan tidak senget dan rata kedudukan washer berkenaan

masukkan cap atau valve pada hujung spring bahagian atas dan bahagian bawah spring masukkan nat tadi dan seterunya pasang seperti asal pada oil pump, ketatkan nat secukupnya

oil pump yang sudah dibersihkan dan bersedia untuk dipasang pada blok enjin

hasilnya kalau sebelum ini apabila saya menekan pedal minyak semasa idling max oil pressure yang dapat sekitar 75 - 80 psi sahaja dan apabila washer diletakkan pada relief spring dengan ketebalan lebih kurang 4mm sahaja, pressure telah meningkat kepada 100 - 110 psi ketika pedal minyak ditekan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

External Water Temp Gauge



Bertemu lagi dengan entri pemasangan external water temperature gauge pada kereta. kali ini saya paparkan bagaimana cara memasang meter dan sensor tanpa perlu menggunakan adapter pada hose air yang selalu kita nampak ketika memasang sensor temp ini. saya tidak menggunakan adapter untuk sensor dan tidak perlulah memotog hose, sayang jugak kalau potong hose ni, tambahan lagi kalau hose betul-betul ori SAMCO



ini merupakan hose radiator yang selalu dipotong untuk memasang adapter sensor temp sender. potong, pasang adapter, pasang klip dan seterusnya pasang sensor. tapi semua ini saya tidak lakukan dan saya tempatkan tempat lain untuk memasang sensor
 
adapter inilah yang selalu dipasang pada hose dengan cara potong hose radiator

lihat gambar di atas ini, saya mod housing tempat hose radiator untuk menempatkan sensor temp jadi perlulah terlebih dahulu keluarkan air radiator dan buka dua bijik nat 12mm untuk keluarkan housing ini

 inilah housing hose air radiator tadi

 pandangan dari tempat yang dipasang ke head enjin, perlu letakkan gam gasket semasa memasang nanti

 tempat yang perlu ditebuk untuk memasang temp sensor

drill dengan menggunakan bit yang sesuai untuk menjadikan thread bersaiz 1/8 npt iaitu saiz yang bersesuaian dengan thread temp sensor

 ini ialah pipe taps yang bersaiz 1/8 npt uantuk membuat thread pada housing tadi

selepas ditebuk lubang yang sesuai gunakan pipe taps ini untuk membuat thread baru dan pastikan kedudukan alat tersebut tegak serta tidak senget semasa membuat thread

temp sensor ini selalunya dapat sekali dengan water temp gauge tetapi kadang kala ada yang jual meter sahaja tapi sensor tak ada, jangan risau sebab sensor ini boleh dibeli di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm20 sebijik

 pasangkan sensor pada lubang yang dibuat tadi dan pasangkan housing pada kereta

 kedudukan sensor pada bahagian bawah housing hose radiator, tengok dari atas tak nampak

 gunakan soket tertentu dan sambungkan ke sensor dan kemudiannya ke meter water temp

 dah siap pasang pada sensor

apabila segalanya dah siap dipasang jangan lupa tambah air radiator dan hidupkan kereta serta check kalau-kalau ada kebocoran air pada bahagian berkenaan. external water temp meter telah berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi