RH Driveshaft Removal

bersua lagi dengan entri mengenai bagaimana mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta. sekiranya berlaku kebocoran oil seal driveshaft, driveshaft dah berbunyi disebabkan cv joint dah rosak, driveshaft bengkok dan sebagainya maka perlulah kita mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta untuk menggantikan komponen yang rosak tersebut. kali ini saya paparkan bagaimana cara mengeluarkan driveshaft dari enjin kereta khususnya pada gearbox dan digantikan dengan driveshaft yang lain, ikutilah langkah seterusnya...

pertamanya buka nat bersaiz 32mm yang mengikat driveshaft pada hub kereta. nat ni agak tinggi torquenya dan perlulah menggunakan batang paip atau pryer bar bagi memudahkan kerja-kerja memusing nat tersebut. apabila dah dapat dipusing barulah jack kereta dan jangan lupa letakkan juga jack stand untuk keselamatan anda

keluarkan tayar dan keluarkan nat driveshaft pada hub seperti mana pada gambar yang ditunjukkan di atas. sebelum tu untuk membuka nat ini cotter pin yang menjadi lock nat ini hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan

buka nat absorber bersaiz 17mm iaitu 2 biji nat untuk absorber. bagi yang menggunakan nat chamber perlulah anda menandakan dahulu bahagian antara absorber dengan knuckle supaya chamber tidak lari nanti. kereta di atas tidak menggunakan nat chamber dan ini menyenangkan kerja saya untuk memisahkan absorber daripada knuckle. tarik knuckle ke arah anda untuk mengeluarkan driveshaft

buka drain nat minyak gearbox kerana minyak akan keluar melalui lubang kemasukan driveshaft pada gearbox seandainya kita tidak mengeluarkan sedikit minyak gearbox. keluarkan minyak sekadar 1 liter sahaja. bagi gearbox auto tidak perlu keluarkan minyak gear kerana minyak gear auto tidak akan keluar walaupun dicabut driveshaft. gearbox auto ada oil pan untuk menakung minyak gear. tidak sama seperti gearbox manual

minyak gearbox manual yang dikeluarkan, nampak sedikit kehitaman tapi sebenarnya masih cantik lagi dan masih boleh dipakai. ini minyak gear REDLINE sebab tu owner sayang nak buang

anda pernah lihat tool ini, untuk apa? sebenarnya tool ini selalu digunakan untuk membuka tayar motor tapi amat berguna untuk memisahkan driveshaft daripada gearbox, lagi panjang lagi baik. kalau tak ada tool ini bolehlah menggunakan screw driver yang besar

letakkan hujung tool tadi pada celah antara cv joint dan gearbox sepert yang ditunjukkan di atas

close-up tapi gambar sedikit blur. apabila dah rasa ketat tolak dengan sekali hentakkan ke arah berlawanan dan kalau dah kena caranya, dengan sekali hentak sahaja cv joint tu dapat dipisahkan daripada gearbox. sebelum tu sengetkan dulu knuckle supaya ada ruang untuk memisahkan cv joint ini. apabila dah keluar hujung ini bolehlah keluarkan driveshaft berkenaan

inilah driveshaft yang rosak iaitu sudah mengeluarkan bunyi apabila corner, bunyi halus sahaja dan sebelum keadaan menjadi parah owner ambil jalan tukar dengan yang lain, kebetulan ada spare

sebelum memasukkan driveshaft yang baru, periksa juga kandungan grease pada bahagian dalam cv joint kerana kadang kala terdapat juga barang 2nd ini yang grease dah hampir kering atau kurang. tambah dengan grease baru supaya tahan lebih lama

cable tie yang digunakan untuk mengikat boot driveshaft, saya tidak lagi menggunakan clip besi tapi gunakan cable tie bersaiz 380mm, lebih mudah dan senang, sarung dan tarik je

masukkan cable tie dan tarik sekuatnya dengan menggunakan playar

cable tie sebagai clip dah siap dipasang. setakat ini tak ada masalah walaupun tidak menggunakan clip besi untuk mengikat boot driveshaft

potong cable tie dan akan kelihatan kemas seperti gambar di atas

pasang semula driveshaft pada kereta dan akhir sekali buka nat 17mm pada bahagian hadapan gearbox untuk memasukkan kembali minyak gear yang dikeluarkan tadi. boleh search entri sebelum ini untuk mengetahui bagaimana cara mengeluarkan dan memasukkan minyak gearbox

terima kasih
sincerely - jeff tacra

LED and Resistor

bersua lagi... entri kali ini sebagai memenuhi permintaan beberapa orang pengunjung blog yang meminta saya memaparkan jenis LED dan saiz resistor yang digunakan untuk dipasangkan pada suis dashboard. LED dan resistor boleh diperoleh di mana-mana kedai elektronik dengan harga yang agak murah. voltage kereta biasanya 12v, jadi sekiranya kita ingin menggunakan LED bersaiz kecil maka voltage LED berkenaan bukan untuk 12v sebab itulah jika kita sambung 12v terus ke LED kesannya LED akan terbakar. jadi penggunaan resistor yang betul yang berfungsi untuk mengecilkan arus 12v tadi hendaklah bersesuaian supaya LED dapat berfungsi dengan baik dan tahan lebih lama. ikutilah gambar dan penerangan di bawah seterusnya

LED bermacam-macam saiz boleh diperoleh di kedai menjual peralatan letronik dengan harga yang murah sahaja

resistor

untuk dipasangkan pada suis kat dashboard anda boleh menggunakan LED putih yang berukuran 3mm dan resistor sekitar 43ohm sahaja

gunakan timah, solder dan soldering paste untuk memudahkan kerja-kerja memadankan resistor pada kaki LED seterusnya untuk di'solder' pada kaki suis nanti

solderkan kaki positif LED pada resistor, jangan terbalik penggunaan resistor kerana LEd tidak akan hidup jika keadaan sedemikian berlaku. untuk mengenal pasti - dan + pada LED perhatikan kaki LED tersebut iaitu panjang untuk + dan pendek untuk -

gunakan heat shrink untuk melindungi resistor disamping dapat mengemaskan lagi kedudukan resistor pada kaki LED

dapatkan suis yang hedak dimasukkan LED, gambar atas merupakan suis fog lamp dashboard lancer evo. umpil dengan screw driver kecil pada bahagian sisi kiri dan kanan suis untuk menuka bulb kepada LED

bulb asal suis dengan bulb condom berwarna biru

gunakan satu resistor untuk satu LED

sambungkan resistor pada kaki + LED

padankan LED yang telah dicantumkan dengan resistor pada kaki - dan + suis, jangan terbalik polarity kerana boleh menyebabkan LED tidak hidup, gunakan test lamp atau multimeter untuk mengetahui - dan + pada suis

saya tunjukkan perbezaan bulb asal iaitu 2 biji di sebelah kiri ialah untuk panel aircond digital manakala 2 biji di sebalah kanan ialah untuk suis

bulb asal, LED dan resistor
keadaan suis yang telah dimasukkan LED. sebelah kiri ialah suis wiper belakang dan sebelah kanan sebenarnya suis heater untuk seat tetapi saya telah mod untuk dijadikan suis heater side mirror

suis foglamp dashboard evo

SEGALA KESILAPAN SEMASA PEMASANGAN MENJADI TANGGUNGJAWAB SENDIRI. POLARITY + DAN - JANGAN BERSENTUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA AKAN MENYEBABKAN FUSE BLOW ATAU SPARK BERLAKU. SEGALA RISIKO TANGGUNGAN SENDIRI. TERIMA KASIH

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Panel Digital Removal & Switch

berjumpa lagi dengan entri yang banyak di'request' iaitu mengenai bagaimana membuka panel aircond digital dari dashboard serta saya selitkan gambar bulb dan LED yang saya pasang untuk suis dashboard. di bawah ini saya fokuskan kepada bagaimana mengeluarkan panel digital dari dashboard dan gambar-gambar lampu kat suis tu hanya selingan sahaja

sebelum panel aircond ini dapat dikeluarkan terlebih dahulu keluarkan panel tengah dashboard dengan berhati-hati. kemudian buka nat phillips pada bahagian panel iaitu hujung atas kiri dan kanan dan bahagian bawah kiri dan kanan

apabila dah keluarkan nat sengetkan panel seperti gambar di atas

unplug dua soket pada bahagian belakang panel

sepatutnya ada satu hose seperti yang ditunjukkan dan hose ini sebenarnya aliran angin aircond yang melalui hose ini untuk menyejukkan dalaman dan lita panel digital. sebab itulah selalu kita dengan berlaku masalah line merah pada screen kerana komponen pada litar menjadi panas dan boleh merosakkan peralatab tertentu. dengan adanya hose ini angin sejuk aircond dapat menyejukkan bahagian dalaman panel dan seterusnya menjadikan panel digital anda tahan lebih lama. kebanyak pomen tak pasang pun hose ni, padahal standard halfcut memang ada hose ini yang puncanya dari blower tengah dan cucuk ke belakang kanan panel digital, dah ada tempat untuk dipadankan dengan hose berkenaan

apabila dah sengetkan panel maka dapatlah ditarik keluar panel dengan mudah

seterusnya saya buka bahagian hadapan panel untuk menggantikan bulb asal dengan LED

kelihatan yang berwarna biru ialah bulb asal untuk panel digital, sebenarnya hanya menggunakan bulb kecik dan dipakaikan bulb condom untuk menjadikan cahayanya berwarna putih

 cuba lihat bahagian kanan yang berwarna hitam kecik tu, inilah tempat kemasukan bulb kecik dan dengan menggunakan screw driver flat pusing lawan jam untuk mengeluarkan bulb

atas yang berwarna biru ialah bulb asal kat panel digital dan bahagian bawah pula merupakan LED yang telah diubahsuai denagan tapak bulb asal. ekor yang berwarna hitam ialah resistor untuk LED untuk digunakan pada 12v, jadi LED tidak mudah terbakar dengan menggunakannya

test LED dah hidup dan harus diingatkan jangan bertukar polarity atau kaki LED antara negatif dan positif kerana jika tertukar LED tidak akan hidup

panel digital dah siap pasang pada tempatnya

cahaya yang keluar dengan menggunakan LED putih

antara suis lain pada dashbaord yang menggunakan LED dan bulb kecil

suis autoflip side mirror dan suis lock pintu

peralatan yang digunakan untuk proses memasang bulb pada suis

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Water Pump Pipe Replacement

bertemu lagi dengan entri penukaran water pump pipe kereta kancil. sudah 2 minggu kereta ini tersadai kat rumah tuannya, hampir nak overheat masa balik kerja kerana air telah hampir kering, nasib baik sampai kat rumah baru tahu apa punca sebenarnya iaitu hujung pipe ini telah berkarat dan mereput sebab itulah air keluar sedikit demi sedikit. hose air pun kena tukar sekali sebab dah keras sangat, luaran nampak cantik tapi sebenarnya pada bahagian dalam memang dah diselaputi dengan karat. picit hose kalau dah keras tu bermakna eloklah tukar sekali dan kalau lembut masih ok lagi

bumper kena buka dulu, ada beberapa nat 10mm pada bahagian atas bumper, pada bahagian fender dan pada bahagian belakang foglamp kiri dan kanan, kena umpil dulu foglamp baru dapat buka nat tersebut pada bahagian bumper

keluarkan bateri untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya

radiator pun kena keluarkan, buka klip hose radiator terlebih dahulu

dua hose yang telah agak keras kalau dipicit menandakan bahagian dalaman dah berkarat teruk, fizikal luaran nampak masih cantik. bahaya pakai hose keras macam ni kerana bila-bila masa boleh bocor

inilah water pump pipe yang telah berkarat dan bocor

colse-up bahagian yang bocor

pasang water pump pipe, ada nat 12mm pada bahagian belakang extractor, kena buka cover extractor terlebih dahulu untuk membuka nat pipe tersebut

pasang hose baru

masukkan radiator

pasang balik clip hose radiator

saya menggunakan coolant toyota seperti di atas. sebelum tu flush dulu radiator dan juga dalam engine supaya segala karat hilang 

masukkan coolant dan selebihnya tambah air

start kereta dan biarkan sampai normal temp, pastikan radiator fan berfungsi seperti biasa

semasa memanaskan kereta perhatikan tempat pemasangan dan penyambungan supaya tiada kebocoran berlaku

pelbagai saiz o-ring untukdigunakan pada kereta, termasuk o-ring untuk water pump pipe

terima kasih
sincerely - jeff tacra