Alloy Wheel Respray

bertemu lagi kali ini dengan entri how to respray alloy wheel, sebenarnya diy ni dah lama iaitu sekitar tahun 2005 dahulu, memandangkan gambar masih ada lagi dalam simpanan, apa salahnya saya paparkan gambar-gambar ketika spray rim. proses spray tidak ditunjukkan dengan teliti, hanya gambar sahaja yang saya tunjukkan dan saya kira dengan hanya melihat gambar ini anda dapat gambaran bagaimana mewarnakan rim mengikut pilihan warna masing-masing secara diy sahaja. cara ini boleh diaplikasikan pada rim yang telah ada warna seperti rim warna putih, hitam atau sebagainya. cat atau spray yang digunakan ialah spray tin high temp sahaja

rim brand k-speed bersaiz 16x7jj yang berwarna putih asal yang bakal dispray

 buka tayar dan gantikan dengan tayar spare atau mana-mana rim dan tayar terpakai

kesemua rim telah dibuka

 basuh rim dengan sabun sehingga segala kotoran seperti minyak dan sebagainya hilang serta bersih

apabila telah bersih, keringkan rim sama ada jemur di tempat panas, gunakan blower ataupun lap dengan kain sahaja. apa-apa kaedah boleh digunakan asal kering 100% dari air

ini gambar yang telah siap dispray. untuk menutup bibir rim yang berwarna chrome tersebut saya gunakan masking tape dan bahagian tayar boleh tutup menggunakan suratkhabar ataupun ada yang menggunakan kkertas tebal dan diselitkan pada tepi rim dengan tayar. saya pernah melihat rakan saya menyusun daun terup yang diselitkan tepi rim sehingga penuh bahagian berkenaan supaya cat tidak terkena pada tayar nanti

 setelah masking tape dibuka dan begitulah seterusnya proses pada rim yang lain sehingga siap semuanya

 baru siap 2 rim

 test pasang kat kereta

 nampak lain daripada sebelumnya yang berwarna putih

 nampak menyerlah caliper berwarna merah

 rim terakhir yang dispray dan telah siap sepenuhnya 4 biji rim

kesemuanya dah siap dan dipasangkan pada kereta, nampak lebih garang dengan rim berwarna gelap

 rim enkei degan kaedah yang sama saya gunakan seperti di atas

kesemua rim di atas telah dijual dan sekarang pakai rim ni je...

terima kasih
sincerely - jeff tacra