Digital Clock For Perodua Viva

Bersua lagi... kepada pengunjung setia blog ini saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. entri kali ini ialah bagaimana memasang jam digital pada kereta perodua viva kerana kereta ini memang tidak disediakan jam pada ruang dashboard, hanya ada jam pada HU sahaja. jadi saya membuat pengubahsuaian dengan memasang jam digital yang diambil dari panel aircon manual mitsubishi. ikuti langkah pemasangan di bawah

pertamanya kena buat lakaran bentuk pada bahagian hadapan jam digital lancer. buat ukuran atas kertas seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

 seterusnya pindahkan bentuk lakaran tadi pada perspex

potong perspex pengikut bentuk yang dilakar tadi untuk dipadankan dengan bahagian hadapan jam digital

kepingan perspek yang siap dipotong

padankan perspek tadi pada bahagian hadapan jam digital dan lekatkan pada bahagian belakang dengan menggunakan double tape

perspex yang telah ditampal dengan sticker carbon

siap untuk dipasangkan pada panel tengah perodua viva

sini lah tempat yang akan dipasang nanti. untuk wiring kena buka panel tengah seperti yang akan diterangkan di bawah ini

untuk membuka panel tengah perodua viva, pertamanya kena buka dulu panel meter, tarik ke depan sahaja dan pada panel meter ini tida ada sebarang skru tapi hanya menggunakan klip sahaja

cabut 3 bbutton panel aircond serta suis pelaras  angin pada bahagian panel aircond tersebut. kesemua button ini perlu tarik untuk mengeluarkannya

hanya ada satu nat philips sahaja pada panel tengah dashboard viva seperti gambar yang ditunjukkan. sebaik sahaja nat ini dibuka maka anda bolehlah mula tarik panel bermula pada bahagian tepi kiri kanan dan atas serta bawah

benginilah keadaannya apabila panel tengah viva dibuka. semasa proses membuka panel ini, sebaik sahaja panel dapat dipisahkan dari dashboard anda perlu berhati-hati dengan soket cigar pada bahagian bawah panel berkenaan

keluarkan tray tengah dengan membuka 4 skru kiri dan kanan

tampalkan jam digital pada tray dengan menggunaka double tape dan bermulalah proses wiring. hanya ada 4 wire sahaja iaitu blue (acc), black (ground), red stripe black (constant 12v) dan green stripe yellow (dimmer - tap pada wire lampu). kesemua wiring ini perlu disambungkan dengan wayar pada bahagian kunci kereta. test wire kunci dengan menggunakan test lamp untuk mengenal pasti wayar-wayar yang disebutkan

apabila siap kemaskan wiring dan pasang semula panel tengah dan diikuti dengan panel meter. sekarang on kunci pada kedudukan acc, jam dah berjaya dihidupkan dan laraskan jam mengikut masa yang betul

benginilah keadaannya apabila waktu malam. sekarang anda dah mempunyai jam pada dasboard viva kerana perodua viva tidak mempunyai jam pada ruang dashboard. saya juga berkesempatan menambahkan LED pada cigar lighter seperti gambar di atas

sekian, terima kasih
jumpa lagi



10 comments:

fadliwira said...

perspex tu apa? mcm mana org buat jam digital tu nyala kaler biru abg jeff?

Leepaz said...

Bro jeff, kalu nk mod jam analog pun blh ke? Jenis 4 segi. Sy dpt jam nie dr hafkat. Free je dpt. Ade wiring lbh krg mcm jam digital lancer jgk.

Leepaz said...

Boleh adjust masa guna switch button.

jeff_tacra said...

mana jam yang dikhas untuk kereta boleh digunakan pada kereta lain, kena wiring

Leepaz said...

Orait. Tq bro. Mmg terbaik. Sy de jgk mod sket2 utk wira sy. Sy tgh pki main switch control utk power window dr model toyota. De lampu kat switch. Pastu mod rear view mirror yg de double light dr model bmw. Mungkin blh dimuatkan dlm blog bro.

Anonymous said...

wayar +ve dgn -ve nak tap dekat mana?

jeff_tacra said...

wayar positif tap kat wire acc dan constant 12 pada kunci, negatif kat mana-mana body

Mama chubby said...

salam, alhamdulilah, jumpa jugak gambar cara nak bukak radio viva, nak tanya,

1. kalau nak bukak panel radio tu kena bukak meter panel ke?
2. kalau nak tukar radio cam sony etc, kena buat wiring ke @ wiring dia sama dengan asal, maksud saya connector radio OEM sama tak dengan radio aftermarket, kalau sama, ingat nak PnP sendiri je...

jeff_tacra said...

kena bukak panel meter tu dulu baru dapat buka panel tengah. soket dan wiring tak sama dengan radio aftermarket, so kena buat balik wiring, soket asal pun tak boleh pakai lagi

eirsuy said...

salam abg jeff,mcm mana nak tukar lampu ACC viva.tlg update dalam blog.kalu boleh nak diy sendiri jea