OBD2 Socket

salam sejahtera, bersua lagi kali ini dengan entri mengubahsuai socket OBD2 pada enjin 4g9x atau dengan kata lain bagaimana cara membuat wiring dan memasang socket untuk multi unit tester (MUT) dengan menggunkan soket OBD2. kebanyakan enjin 4g9x Mitsubishi menggunakan soket OBD1, jadi entri ini sangat penting kepada pengguna kereta bernadikan enjin 4g9x yang mempunyai masalah untuk menggunakan MUT bagi menjalankan diagnosis enjin masing-masing. hal ini berlaku disebabkan ada dalam kalangan pomen yang mengacuk wiring proton dengan wiring dashboard Mitsubishi ketikan menjalankan proses memasang enjin dan seterusnya membuat pendawaian kereta

gambar atas merupakan contoh multi unit tester (MUT) atau scantool untuk mendiagnosis enjin injection dengan menggunakan male socket OBD2 yang dipadankan dengan female socket OBD2 pada sesbuah kereta. kebanyakan kereta baru menggunakan soket OBD2
 soket hitam di sebelah kiri merupakan soket OBD2 manakala di sebelah kanannya pula ialah soket OBD1 bagi kebanyakan enjin Mitsubishi 4G9X. ada sesetengah kereta baru sekarang menyediakan kedua-dua soket berkenaan tetapi kebanyakannya hanya menggunakan satu sahaja iaitu soket OBD2

perhatikan soket OBD1 pada bahagian bawah dashboard bagi enjin 4G9x iaitu soket putih 12 pin di sebelah kiri fuse box
close-up kedudukan soket OBD1 pada wiring dashboard 4G92 Mitsubishi

 kedudukan pin soket OBD2 yang mempunyai 16 pin

 soket OBD2
 soket 12 pin OBD1
 soket OBD1
bagi pengguna enjin 4g9x dan bermasalah untuk menggunakan komputer (MUT) jangan risau kerana anda boleh membuat sendiri wiring dengan menggunakan soket OBD2 dan telah terbukti sebaik sahaja langkah ini diikuti atau berjaya dilakukan MUT boleh digunakan dengan cemerlang. perhatikan gambar soket ECU di atas dan penyambungan wiring hanya pada soket tengah ecu iaitu soket 16 pin sahaja
 kedudukan soket tengah 16 pin pada ecu 4g9x

pengiraan kedudukan pin pada soket ecu bermula pada sebelah kiri dengan mengambil kira pandangan dan kedudukan soket seperti gambar di atas
dalam mod ini yang terlibat hanya pada 2 pin pada soket tengah 16 pin sahaja
sekarang perhatikan diagram di atas. lihat pada soket tengah 16 pin dan saya telah tandakan pada pin 12 dan 13, ini merupakan pin untuk ecu diagnosis. jadi anda perlu tarik atau tambah 2 wire pada ecu seperti kedudukan dia atas dan di sambung pada pin soket OBD2 seperti rajah di bawah
wire pada pin 13 tadi berwarna green/white dan disambungkan ke pin no 1 soket OBD2 manakala wire pada pin 12 yang berwarna yellow pula disambungkan pada pin no 7 soket OBD2. pada soket OBD2 pin no 4 pula sambungkan ke body (ground) kereta dan pin 16 soket OBD2 sambung ke 12v sama ada menggunakan wire acc atau constant 12v pada kereta. setelah siap proses ini bawalah kereta anda ke bengkel yang menyediakan perkhidmatan diagnosis MUT untuk diuji, sekarang anda dah boleh menggunakan peralatan komputer untuk diagnosis enjin kereta
sebenarnya di luar Negara ada menjual soket adapter iaitu dari soket OBD1 ke OBD2. entri ini hanya khusus kepada pengguna kereta yang mempunyai masalah tidak dapat menggunakan MUT system kerana masalah wiring sahaja

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Grounding & Volt Stabilizer

Bersua lagi dengan entri mengenai grounding dan volt stabilizer bagi sesebuah kereta. grounding memainkan peranan penting bagi sesebuah kenderaan kerana keseluruhan badan kereta merupakan grounding atau bersifat negatif ( - ). sesebuah kereta baharu sistem eletrikal memang cantik dan voltage pun masih lagi stabil jika dibandingkan dengan kereta lama yang sudah dimamah usia. jadi perlulah kita menambahkan sedikit cable grounding untuk mengembalikan semula kestabilan arus eletrik pada kereta kita.

sebagaimana yang kita ketahui kebanyakan kereta terutamanya proton atau mitsu mempunyai hanya satu cable grounding utama sahaja iaitu daripada terminal negatif bateri disalurkan ke body kereta dan hujungnya dipalam pada gearbox iaitu pada nat starter. dengan satu cable inilah cas negatif dialirkan dan dikembalikan semula pada bateri
 
sekarang terdapat pelbagai jenis dan jenama grounding aftermarket yang dihasilkan oleh pengeluar untuk keperluan pada kereta dan ditambah pula dengan pelbagai warna sebagai menyerikan lagi ruang enjin kereta. pilihlah grounding dari jenama terkenal yang terdapat di pasaran tetapi harus diingat juga jenama yang diciplak daripada jenama terkenal begitu banyak di negara kita. saya sendiri pun tidak pasti bagaimana untuk mengenali antara jenama original atau jenama tiruan kerana rupa dan packaging 99% sama seperti original. sudah pasti baranagan tiruan ini kualitinya dan fungsinya tidak sama seperti keluaran asli barangan tersebut
ilustrasi di atas pula ialah mengenai point grounding bagi wiring harness kereta mitsubishi/proton. itulah kedudukan grounding asal untuk membolehkan sesebuah peralatan eletrik berfungsi dengan sempurna seperti radio, lampu, ecu dan lain-lain peralatan lagi. keadaan body kereta yang berkarat dan reput juga mempengaruhi pengaliran letrik ini dan menjadikan arus elektrik pada sesbuah kereta tidak stabil. kalau anda memasang volt meter sudah pasti kita dapat lihat pergerakan turun naik voltage kereta

ini pula ialah diagram untuk memasang grounding cable pada enjin yang dikeluarkan oleh PIVOT, japan. dengan penambahan sekurang-kurangnya 5 point grounding pada point dan tempat yang dicadangkan sudah cukup untuk menstabilkan arus eletrik dan membolehkan enjin berfungsi dengan lebih efisien

pilihlah jenama yang sudah ada nama di arena pemotoran ini seperti pivot, hks, hot inazma grounding dan lain-lain lagi. ada juga sesetengahnya yang menggunakan cable welding 300A atau 400A untuk dijadikan cable grounding dan hasilnya pun boleh dibanggakan
beberapa point grounding yang dicadangkan seperti gambar di atas bagi enjin mitsubishi atau proton. terpulang kepada individu untuk menambahkan pada tempat-tempat lain yang bersesuaian

ini ialah grounding keluaran PIVOT iaitu ignition earth yang saya beli terus dari JAPAN dengan kos hampir sama dengan yang dijual di negara kita, ternyata pembelian secara terus ini sudah pasti barangan original


pasangkan hujung pada terminal negatif bateri mengikut manual pengguna yang disertakan
satu lagi hujung pada rocker arm enjin seperti gambar di atas. boleh juga dipasangkan pada tempat lain mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar, boleh rujuk manual

gambar atas ialah grounding cable yang dipasangkan pada sesebuah enjin. ada pengguna yang menyembunyikan cable dan tidak kurang juga yang memasangkan pada bahagian atas enjin untuk menyerikan lagi ruang enjin. terpulang kepada individu

seterusnya bahagian kedua yang dibincangkan di sini ialah volt stabilizer yang berperanan untuk menstabilkan arus eletrik bagi sesebuah kenderaan. sekiranya kita mempunyai volt meter kita akan nampak perubahan turun naik voltage bagi enjin dan ini menunjukkan voltage kereta kita tidak stabil akibat penggunaan peralatan eletrik tertentu seperti aircond, lampu, radio dan sebagainya. jadi dengan penambahan volt stabilizer sedikit sebanyak dapat menstabilkan arus eletrik kereta

sama seperti grounding cable, volt stabilizer juga terdapat pelbagai jenama di pasaran dan ada dalam kalangan kaki eletronik yang menghasilkan sendiri volt stabilizer dengan menggunakan komponen-komponen elektronik tertentu. jenama pivot banyak menghasilkan volt stabilizer di pasaran dengan pelbagai fungsi seperti yang diperkatakan oleh pengeluar. pemilihan jenama yang betul memang dapat menstabilkan arus letrik dan kalau drop pun tidak ketara sangat seperti sebelum pemasangan peralatan ini

volt stabilizer hanya mempunyai dua cable sahaja yang kebiasaannya dipasangkan pada terminal negatif dan positif bateri, tetapi ada juga yang menggabungkan kedua-duanya sekali seperti keluaran sun auto dengan jenama popular hot inazma hyper

gambar atas ialah peralatan keluaran pivot iaitu spark earth yang juga berfungsi sebagai grounding untuk kereta

saya telah memilih volt stabilizer jenama hot inazma hyper dengan tiga cable grounding, ditambah pula dengan pivot ignition earth serta pivot spark earth dan hasilnya sangat positif. lampu menjadi terang, idling kereta smooth, voltage tak drop keterlaluan dan lain-lain lagi. kalau sebelum ini kereta saya apabila berjalan pada waktu malam, pertukaran gear akan nampak kelipan cahaya lampu sedikit tetapi dengan pemasang peralatan ini semua ini tidak ada lagi. begitu juga dengan bacaan voltage kereta, cold start 14.2v, idling normal temp 14.0v dan semasa kereta bergerak stabil antara 13.8-13.9v. tetapi harus diingat hot inazma hyper 2nd pun dah mencecah rm600 dan ke atas

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Info & Tips Vol. 8

Bersua lagi dengan entri mengenai bunyi-bunyian yang kerap berlaku pada kereta terutamanya kereta proton. kemungkinan disebabkan perkara lain selain yang dipaparkan di bawah boleh menjadi penyebab bunyi tertentu yang tidak menyenangkan berlaku pada sesebuah kereta

gambar atas merupakan sepasang bush sway bar atau juga dikenali sebagai front anti roll bar iaitu lokasinya pada bahagian bawah kereta yang dipasang pada subframe dan hujungnya terdapat bush sate. sekiranya bush ini sudah rosak sudah pasti akan kedengaran bunyi seperti besi berlaga semasa membawah kereta lebih-lebih lagi ketika melalui jalan tidak rata. gambar atas bush sudah koyak dan bracket bush berlaga dengan anti roll bar dan sebab inilah bunyi akan keluar. cara mengujinya, jack kiri kanan kereta, buka tayar kiri dan kanan, buka bush sate kiri kanan dan bolehlah pegang hujung anti roll bar sambil gerakkan ke atas dan bawah serta tolak dan tarik. sekiranya terlalu longgar saya cadangkan tukar bush ini

ini pula ialah rear lower link atau bahasa yang selalu disebut sebagai 'tulang anjing' pendek yang berada di bahagian belakang tepi kereta berhampiran dengan kedudukan tayar. sekiranya bush tengah rosak boleh menyebabkan bunyi akan keluar seperti bunyi di atas tadi. cara mengujinya, jack kereta, buka tayar dan dengan menggunakan spanar hidup cuba naik dan turunkan bahagian tengah lower link ini, kalau ada goyangan kuat sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru atau boleh juga dapatkan di kedai halfcut yang diambil dari evo, lagi mantap
bush sate di atas yang penyek juga boleh menyebabkan bunyi tertentu. ini disebabkan besi tengah bush berlaga dengan lower arm. boleh tengok secara visual keadaan bush yang rosak. dicadangkan menukar dengan bush silikon ataupun boleh membeli brand PU super pro bush, lebih tahan lasak
bearing hub belakang yang rosak juga boleh menyebabkan bunyi iaitu bunyi dengung yang ketara semasa memandu kereta. kenal pasti bunyi bahagian mana yang rosak melalui pendengaran anda semasa memandu. cara lebih jelas lagi untuk mengujinya ialah jack kereta dan pusingkan tayar, sekiranya ada pergerakan yang tidak lancar atau ada bunyi tertentu bermakna bearing dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru. bearing hub belakang seperti di atas dijual seketul di mana-mana kedai spare part
bearing tayar hadapan pun sekiranya rosak akan mengeluarkan bunyi seperti yang saya nyatakan di atas. kalau bearing belakang boleh dibeli dan dipasang secara DIY tetapi tidak bagi bearing hub hadapan. terpaksa keluarkan knuckle dan bawa ke kedai spare part dan kebanyakan kedai spare part menyediakan perkhidmatan press keluar bearing lama dan masuk bearing baru
driveshaft yang rosak akan mengeluarkan bunyi semasa membuat pusingan U dengan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. ini disebabkan outer cv joint dah rosak dan bersedia untuk ditukar. untuk makluman kebiasannya kalau semasa u-turn kiri cv joint kanan yang rosak dan sekiranya u-turn kanan, cv joint kiri yang rosak
 gambar atas pula ialah inner cv joint yang rosak akibat minyak grease keluar disebabkan boot yang bocor. sekirranya boot driveshaft kereta anda bocor, jangan berlengah lagi, cepat-cepat tukar dengan yang baru kerana sekiranya tanpa disedari dalam masa seminggu sahaja inner cv joint boleh rosak teruk. jika ada tompokkan minyak grease pada mana-mana bahagian enjin kereta, silalah periksa boot driveshaft kereta anda
bunyi seperti besi bergesek pada bahagian brake menandakan pad brake dah haus dan bersedia ditukar dengan yang baru. bunyi ini dihasilkan daripada indicator brake pad sebagai menandakan pad dah haus dan habis

bearing magnet compressor juga boleh menyebabkan bunyi tertentu iaitu semasa kita memasang aircond ada kedengaran bunyi besi bergesek dengan sesuatu, periksa bearing magnet clutch compressor anda. sama juga dengan bearing yang lain akan mengeluarkan bunyi gesekan sekiranya sudah rosak

bunyi belting luar juga boleh kedengaran sekiranya dalam keadaan kendur ataupun sudah haus. sekiranya berbunyi terlebih dahulu cuba tegangkan belting tersebut dan kalau masih ada lagi bunyi tukar dengan yang lain

top mounting absorber juga boleh mengeluarkan bunyi tertentu apabila telah rosak terutamanya semasa menaiki bump. anda boleh melihat secara visual keadaan bus di tengahnya dan kerosakan biasa dapat dikenal pasti dengan keadaan bush yang crack atau koyak

bagi pengguna myvi sudah tidak asing lagi dengan bunyi yang dihasilkan daripada pin caliper. ada yang tukar pin baru dan sekarang sudah ada pin aftermarket yang dibuat khusus dengan meletakkan o-ring pada pin untuk mencegah bunyian tersebut. cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ada dalam entry terdahulu dalam blog saya

penggunaan spring sport juga mendatangkan masalah dengan mengeluarkan bunyi tertentu. cara mudah hendak mengatasinya ialah ada yang memasang getah paip sepanjang 6 inci pada bahaian atas dan bawah spring tersebut


sekiranya pada bahagian meter kereta anada ada mengeluarkan bunyi tik-tik-tik periksalah cable meter kerana kerosakan cable meter boleh menyebabkan bunyi tersebut. tukar dengan cable meter yang baru ataupun boleh dapatkan cable meter 2nd hand di kedai halfcut

ini pula ialah conrod bearing yang telah rosak dan sudah mengeluarkan bunyi tertentu. ketika kereta dihidupkan rev kereta sekitar 3k rpm dan jika terdengan ketukan pada bahagian enjin bermakna conrod bearing telah rosak

terima kasih
sincerely - jeff tacra