Info & Tips Vol. 8

Bersua lagi dengan entri mengenai bunyi-bunyian yang kerap berlaku pada kereta terutamanya kereta proton. kemungkinan disebabkan perkara lain selain yang dipaparkan di bawah boleh menjadi penyebab bunyi tertentu yang tidak menyenangkan berlaku pada sesebuah kereta

gambar atas merupakan sepasang bush sway bar atau juga dikenali sebagai front anti roll bar iaitu lokasinya pada bahagian bawah kereta yang dipasang pada subframe dan hujungnya terdapat bush sate. sekiranya bush ini sudah rosak sudah pasti akan kedengaran bunyi seperti besi berlaga semasa membawah kereta lebih-lebih lagi ketika melalui jalan tidak rata. gambar atas bush sudah koyak dan bracket bush berlaga dengan anti roll bar dan sebab inilah bunyi akan keluar. cara mengujinya, jack kiri kanan kereta, buka tayar kiri dan kanan, buka bush sate kiri kanan dan bolehlah pegang hujung anti roll bar sambil gerakkan ke atas dan bawah serta tolak dan tarik. sekiranya terlalu longgar saya cadangkan tukar bush ini

ini pula ialah rear lower link atau bahasa yang selalu disebut sebagai 'tulang anjing' pendek yang berada di bahagian belakang tepi kereta berhampiran dengan kedudukan tayar. sekiranya bush tengah rosak boleh menyebabkan bunyi akan keluar seperti bunyi di atas tadi. cara mengujinya, jack kereta, buka tayar dan dengan menggunakan spanar hidup cuba naik dan turunkan bahagian tengah lower link ini, kalau ada goyangan kuat sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru atau boleh juga dapatkan di kedai halfcut yang diambil dari evo, lagi mantap
bush sate di atas yang penyek juga boleh menyebabkan bunyi tertentu. ini disebabkan besi tengah bush berlaga dengan lower arm. boleh tengok secara visual keadaan bush yang rosak. dicadangkan menukar dengan bush silikon ataupun boleh membeli brand PU super pro bush, lebih tahan lasak
bearing hub belakang yang rosak juga boleh menyebabkan bunyi iaitu bunyi dengung yang ketara semasa memandu kereta. kenal pasti bunyi bahagian mana yang rosak melalui pendengaran anda semasa memandu. cara lebih jelas lagi untuk mengujinya ialah jack kereta dan pusingkan tayar, sekiranya ada pergerakan yang tidak lancar atau ada bunyi tertentu bermakna bearing dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru. bearing hub belakang seperti di atas dijual seketul di mana-mana kedai spare part
bearing tayar hadapan pun sekiranya rosak akan mengeluarkan bunyi seperti yang saya nyatakan di atas. kalau bearing belakang boleh dibeli dan dipasang secara DIY tetapi tidak bagi bearing hub hadapan. terpaksa keluarkan knuckle dan bawa ke kedai spare part dan kebanyakan kedai spare part menyediakan perkhidmatan press keluar bearing lama dan masuk bearing baru
driveshaft yang rosak akan mengeluarkan bunyi semasa membuat pusingan U dengan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. ini disebabkan outer cv joint dah rosak dan bersedia untuk ditukar. untuk makluman kebiasannya kalau semasa u-turn kiri cv joint kanan yang rosak dan sekiranya u-turn kanan, cv joint kiri yang rosak
 gambar atas pula ialah inner cv joint yang rosak akibat minyak grease keluar disebabkan boot yang bocor. sekirranya boot driveshaft kereta anda bocor, jangan berlengah lagi, cepat-cepat tukar dengan yang baru kerana sekiranya tanpa disedari dalam masa seminggu sahaja inner cv joint boleh rosak teruk. jika ada tompokkan minyak grease pada mana-mana bahagian enjin kereta, silalah periksa boot driveshaft kereta anda
bunyi seperti besi bergesek pada bahagian brake menandakan pad brake dah haus dan bersedia ditukar dengan yang baru. bunyi ini dihasilkan daripada indicator brake pad sebagai menandakan pad dah haus dan habis

bearing magnet compressor juga boleh menyebabkan bunyi tertentu iaitu semasa kita memasang aircond ada kedengaran bunyi besi bergesek dengan sesuatu, periksa bearing magnet clutch compressor anda. sama juga dengan bearing yang lain akan mengeluarkan bunyi gesekan sekiranya sudah rosak

bunyi belting luar juga boleh kedengaran sekiranya dalam keadaan kendur ataupun sudah haus. sekiranya berbunyi terlebih dahulu cuba tegangkan belting tersebut dan kalau masih ada lagi bunyi tukar dengan yang lain

top mounting absorber juga boleh mengeluarkan bunyi tertentu apabila telah rosak terutamanya semasa menaiki bump. anda boleh melihat secara visual keadaan bus di tengahnya dan kerosakan biasa dapat dikenal pasti dengan keadaan bush yang crack atau koyak

bagi pengguna myvi sudah tidak asing lagi dengan bunyi yang dihasilkan daripada pin caliper. ada yang tukar pin baru dan sekarang sudah ada pin aftermarket yang dibuat khusus dengan meletakkan o-ring pada pin untuk mencegah bunyian tersebut. cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ada dalam entry terdahulu dalam blog saya

penggunaan spring sport juga mendatangkan masalah dengan mengeluarkan bunyi tertentu. cara mudah hendak mengatasinya ialah ada yang memasang getah paip sepanjang 6 inci pada bahaian atas dan bawah spring tersebut


sekiranya pada bahagian meter kereta anada ada mengeluarkan bunyi tik-tik-tik periksalah cable meter kerana kerosakan cable meter boleh menyebabkan bunyi tersebut. tukar dengan cable meter yang baru ataupun boleh dapatkan cable meter 2nd hand di kedai halfcut

ini pula ialah conrod bearing yang telah rosak dan sudah mengeluarkan bunyi tertentu. ketika kereta dihidupkan rev kereta sekitar 3k rpm dan jika terdengan ketukan pada bahagian enjin bermakna conrod bearing telah rosak

sekian, terima kasih
jumpa lagi

65 comments:

Mcdingles said...

bro tacra ,bearing magnet compressor tu boleh service ke?hari tu pomen aircond tu cakap dah bunyi..then dia tukar baru..tgk jenis mcm lain je..hampeh

jeff_tacra said...

bearing clutch magnet boleh tukar dengan yang baru, kena press untuk keluar dan masukkan yang baru

myhobbies said...

baru je tuka segala bush dan bearing..aman je telinga sekarang,,

jeff_tacra said...

pemanduan pun menjadi lebih mantap

syah_ekz said...

bang, mcm mane nak tukar swar bar bush tu? ader entri dalam blog ke?

Katriza said...

bush sway bar..rege lam Rm3-6..skali upah pemasangan...kat tmpt saya..sabah RM80..ambil masa lam 4jam..baru siap...

raie said...

salam bro tacra..
nak tanya sikit, keta kancil saya ada bunyi kat tayar depan, saya suspect bearing depan kanan.. tapi bunyi tu takde kalau tekan brek.. berdasarkan pengalaman bro, apa punca bunyi tersebut?

ady akhmal said...

Boh lame x update :)

Moderator said...

Cv joint ni related dgn tie rod dan tie rod end ke? Kete saya mekanik suh tukar tie rod dan end belah kanan sb bila drive buat pusingan habis arah kanan bunyi mcm benda loose besi berlaga so tu prom tie rod ke

QueenB said...

prob sy lbh kurang sama dgn bro raie..kancil jga.
Bunyi dengung kat bhgian dpn..apa mslh 2?

Khairul Din said...

Salam abg jeff. Bush sate bush super pro dan silikon tu nak cari kat mana yer ? Kat kdai spare part ada x ? Yg sy punya da penyek trk da. alang2 nak tukar biarla yg molek terus

jeff_tacra said...

bush super pro atau silikon kedai spare part tidak jual, boleh dapatkan di kedai menjual peralatan performance kereta

myrule90 said...

salam bro,nk tnye brape harga klau tuka bearing magnet compressor ek..

Fariq said...

Kalau bunyi tayar depan, bila tekan brek je hilang, mungkin disc brake dah bengkok skit. Maybe masa disc tu panas, terkena air.

yuzairi said...

salam, nk tanye...knpa kereta bergegar bila pusing streng nk masuk parking/kereta slow.. xkira kedepan@reverse, keta bergegar (kalu jalan lurus, keta ok je).. minta jasa baik tuan utk kenalpasti masalah keta hmba(proton persona)

jeff_tacra said...

kemungkinan masalah driveshaft, kena cek

wena intan said...

Salam nak tanya berapa harga bearing magnet compressor utk savvy?

Mohd Azhar said...

Salam, abang jeff,kalu nak tukar conrod kena buka gearbox ke?

张建伦 said...

jeff. komen anda tentang conrod bearing rosak. you kata rev kat 3,000rpm, adakah masuk anda rev secara free gear? perdana V6 saya rev neutral kat 3,000rpm tak ada bunyi pada enjin, tapi bila masuk gear jalan, ada bunyi kat enjin dari 1,500 ke 2,500rpm, bunyi tu hilang apabila dah lepas 2,500rpm. bunyi dia seperti ada satu screw dalam combustion chamber. sila beri nasihat.

张建伦 said...

hi jeff, nama saya chong, ada 1 bunyi pelik pada bahagian depan bawah V6 saya. naik bump tak ada bunyi, turun ada bunyi, buka semua jalan tak rata ia berbunyi, kalau jalan itu kasar ia akan berbunyi kuat apabila tekan minyak, biar dia smooth rolling tak ada bunyi tu, dan bunyi tu amat ketara apabila naik bukit cerun dan jalan tu kasar berlubang dimana saya perlu tekan minyak. dah ramai pomen check semua lower arm, drive shaft, anti roll bar, absorber.....masalah tidak dapat dikesan. saya rasa ia ada kiatan dgn 4 bush chasis? bila power datang dan depan kerata terangkat is jadi longgar dan berbunyi. sila beri nasihat ya.

Muhammad Faizal said...

Salam.nk Tanya bro jeff.sy pki Krta wira enjin vdo.sblm ni bila naik bukit ada bnyi mcm besi berlaga.skrg ni jgn kata naik bkt jln terus nk tarik pickup bnyi jgk.makin tekan minyak making kluar bnyi nya.Tanya poymnt suruh overhall.blh x sy nk nk tahu jwpn pd mslh sy ni.trma ksh...

Deb said...

Hi..i nk tanya i pakai kete viva elite..mslh sy ada bnyi kt tayar depan bila naik bump n lalu jln x rata..bunyi mcm loceng..agk2 ape yg rosak?? N berapa kos utk repair tu..tq

Amat Afzal said...

salam bro. saya pakai satria 1.3 injection. nk tanya sikit lah. kt area kompressor saya tu ad pulak keluar bunyi burung. saya da tukar bearing tensioner tp still berbunyi. agak2 apa masalahnya.
lagi satu bro, kereta saya bru je lepas tukar drive shaft kanan. tp bile tekan pedal minyak kete akan bergegar. harap bro boleh tolong lah.
terima kasih.

Bart said...

salam bro, sya guna wira 1.5, bile lalu jalan tk rata akan ade bunyi dlam kabin.bunyi macm stering longgar.. adakah absorber dah rosak atau stering rack problem.. atau ade masalah lain.. mohon bantuan... tq

Faizal Avro-Avava said...

sama mcm saya, dh 5 kali tukar driveshaft..duit hbs tapi tak setel..apakah masalah gegar bila dlm klajuan 90-100kmh tu

Muhammad Hafidzi said...

bader jeff.. mintak part number bearing depan wira

Muhammad Hafidzi said...

nombor bearing knuckle depan

Atan jitra said...

Bro bengkel kt mana ade contact no tak? Ni contact no sy khirul 0173615066 dan e-mail atanjitra@gmail.com. Bagus la blog bro ni tp kalu mende heavy susah gak nk wat harap bole bwk pegi tmp bro nk wat.

Kelvin Chian said...

Hello bro~ boleh saya tanya kereta saya sering berbunyi "Tuk" di bahagian kaki depan sebelah penumpang ketika nak accelerate dan juga ketika nak brek kereta. jika kereta dah jalan lancar ia tidak berbunyi. Dan apabila lalu bump dan lubang kecil kadang2 ada juga bunyi 'kuk'. apa masalah tu ah? SAGA FLX 1.3L Manual 2013.

ANGGUN BEAUTY said...

Salam bro tacra,sy ada model satria 1.3. Masalahnya kbelakangan ni ada bunyi di bahagian belkang tmpt dduk blkang.rsa bunyi tuh datang dari dinding tepi tmpat ltak tgn seat belkang.ape yg perlu sy buat?

sue said...

salam bro, saya ada iswara 1.3. masalahnya kereta saya ada berbunyi seperti drum bila accelerate dan saya da tukar lower arm pun masih lagi berbunyi. bole bagi pendapat coz saya da banyak kali pergi bengkel dan masalah tetap akan berulang. Thanks.

sue said...

salam bro, saya ada iswara 1.3. masalahnya kereta saya ada berbunyi seperti drum bila accelerate dan saya da tukar lower arm pun masih lagi berbunyi. bole bagi pendapat coz saya da banyak kali pergi bengkel dan masalah tetap akan berulang. Thanks.

addy said...

salam...nk tnye, bila setiap kali saya nk keluar prking, saya pusing steering waja saya smpai habis ke kiri...tapi mcm ade trdengar bunyi cret cret pd bhagian tyar belah driver...ape mslhnye ek? mphon tnjuk ajar...tq

ctsarah said...

Bro tacra nak tanya ni lepas sy buat allignment semalam steering keta sy jadi mcm xbleh cntrol ke kiri ke kanan ikut jalan susah sy nk cntrol sb apa ye

Awang Fauzi said...

Salam bro Tacra. Lama nampak tak update. Saya nak tanya, kalau kereta ada masaalah bearing tayar (bunyi berdengung), adakah perlu terus tukar bearing ke atau boleh pakai lagi untuk 3 ~ 4 minggu? Kalau bro Tacra sibuk, tak kesah lah sape2 yg mengetahui tolong bagitau.

Abi Fauzan said...

Bro....ada sedikit pertanyaan. Saya pakai kenari aero. Bila pandu perlahan @ laju ada dengar bunyi berdengung... dah check kedai tayar...katanya bearing takde masalah .... tayar belakang sy pula tak rata ... dgn tukar tayar belakang boleh hilangkan masalah berdengung ke... atau ada mslh lain. Harap dpt nasihat dr Bro. TK

mat@zam said...

Bro jeff.... ejas skil nk tukau bush yg teselit kt subframe tu.... bush tu satu line dgn besi yg ikt satay tu..... mcm tespit je kedudukan dye...xkn kne wat jatuh subframe seketul.... parah kije tu
..hehe..ejas skil skit bro ye

David G said...
This comment has been removed by the author.
David G said...

Bro, saya avanza saya kalau bawa lama sikit ( rasanya ada bahagian yang dah mula panas ) akan terdengar bunyi BERSIUL .. shiiiiiiiiii ( macam angin bocor ) .

TOYOTA SERVICE CENTER pun takdapat tau dari mana bunyi datang.
brake pad tukar baru ( walaupun yang lama dah 95K baru tukar masih 60% tebal ) lainlain masih part original sejak beli 8 tahun dulu.
Tolong lah takde foreman yang tahu ....

Untuk pengetahuan Tuan, lower arm dinasihatkan tukar oleh TOYOTA pada January 2014 masa service kereta, tapi mahal sebelah RM800++ , foreman luar kata takya tukar ... saya pun pening ... tapi bush tu nampak ada retak sikit... maklumlah keta tua 8tahun....

danie said...

Hello...con road bearing kancil brapa serta pasang klau dekat bngkel,brapa diaorng caj selalu??

lailiyana Mj said...

baru je tukar bearing tayar depan kete jenis myvi buat kali kedua dalam masa 3 bulan....hahahhaa ....tapi masih ada bunyi....bila bawa slow bunyi agak kuat dan hilang bila kenderaan dlm keadaan laju dan semasa buat corner.....

pomen suggest tukar hub bearing..sbb masa nak pump senang n padat cam ada gap skit katanya....huhuhu...yeke? soklan adakah itu punca bunyi tersebut atau sbb pin caliper atau ade sangkut kat mana2 bahagian....

zamri6060 said...

Salam,sy nak tanya kereta perdana v6 sy baru tukar conrod baering tapi bunyi ada lagi tapi tak kuat mcm sebelum tukar,kenapa ye,harap dapat bantu.

Enrique Minaiky said...

salam, saya mempunyai myvi tahun 2005, saya tidak tahu samaada ia mempunyai abs atau tidak, saya mahu buat penukaran bearing tayar,

Apic Argontig said...
This comment has been removed by the author.
Apic Argontig said...

salam bro..boleh tanye kreta pesona sy ad bunyi dkt tyar belah kiri bunyi mcm besi gesel .tp x slalu bunyi..ble bunyi sy bhenti kreta dan jlan balik dah xde bunyi..bunyi ble jlan je tu pun jrang2 bunyi. bleh bg tau ape masalah nye.bunyi tu memang kuat..ble bgerak buka tingkat blah kiri bleh dgar lg.

Anonymous said...

bro nak tanya kereta kancil kalau berjalan di jalan tak rata tayar raasa goyang sebb apa...baru tukar lower arm lps tu pergi aligment tayar dengn tukar tayar 2ndhand...bila bawa masuk jln tak rata kereta macam goyang..apa masalah tu..tapi stering okay

akmal haqem said...

bro...nak tanya..saya ada kete kelisa..bila tarik pickup sampai rpm antara 2 ke 3..ada bunyi nyaring kt head

akmal haqem said...

bro...nak tanya..saya ada kete kelisa..bila tarik pickup sampai rpm antara 2 ke 3..ada bunyi nyaring kt head

akmal haqem said...

bro...nak tanya..saya ada kete kelisa..bila tarik pickup sampai rpm antara 2 ke 3..ada bunyi nyaring kt head

ding89 dong88 said...

Assalamualaikum..3 bgkel sy tnya jwpn lain2..sy musykil mslh ape sbnr nya..bila start enjin bhgian enjin ada bunyi 'tik tik' sy cek dkt bhgian bwh..cek pnya cek rupa nye diantara crank sensor dgn crank pulley tdapat 1 spark api..apa yg sy patot buat?sama ada tukar crank sensor tuka crank pulley..belting dan crank pulley rapat dgn body(bergesel kena crank sensor)..3 jwpn blainan toke2 bgkel sy tnya tu..tuka sensor,tuka pulley dan tuka belting..ini 1st case dorg ckp xpnh jmpa lg..utk pgthuan encik sy pakai myvi 1.3 manual thn 2007..sy tnya encik harap boleh selesaikan.."ak dh pening"

Fredean Deaneyp said...

Bro, nak tanya .saya kesan masalah bunyi ni bila saya pukul tayar, ada bunyi mcm lonceng. Apa mslah tu?

Jeff Tacra said...

kemungkinan bunyi caliper atau brek pad

Anonymous said...

Settle tak masalah u ni.. i pun ada masalah yg sama

zarul360 said...

Salam tuan, nk minta pandangan. .sy pakai kelisa klu pakai lower arm racing punya ada masalah tak dalam pemanduan berbanding lower arm standard?

zarul360 said...

Salam tuan, nk minta pandangan. .sy pakai kelisa klu pakai lower arm racing punya ada masalah tak dalam pemanduan berbanding lower arm standard?

Anonymous said...

assalamulaikum bro.. saya menggunakan proton satria 1.3.gli..btw, kedengaran bunyi ti tik tik di bahagian hadapan kereta saya agak di bahagian tayar...bunyi tidak kedengaran bila tutup tingkat..bila buku boleh dengar dengan jelas..adakah bush sate?

aqmar haziq said...

Salam bro, nak tanya, apa punca bunyi steering iswara macam bunyi bergesel, lepas kalau time dia bunyi, steering jadi berat.

eDRIENa said...

Bro
...perodua viva saya berbunyi seperti enjin berlanggar dgn body kereta..drive shaft dah tukar baru..semua bushing masih elok..tpi antara gear 1 dan 2 bila kita tekan kuat bunyi kruuukkk kruuukkk kasar..pusing kekanan xda bunyi ..pusing kiri bunyi kuat sama jugak bila memcut gear 1 dan 2..yg lain smooth ..p sebab nya...mounting enjin tahun lepas tukar..mounting absober depan pun dah tukar jgk..

eDRIENa said...

Mohon bantu

eDRIENa said...

Mohon bantu

eDRIENa said...

Bro
...perodua viva saya berbunyi seperti enjin berlanggar dgn body kereta..drive shaft dah tukar baru..semua bushing masih elok..tpi antara gear 1 dan 2 bila kita tekan kuat bunyi kruuukkk kruuukkk kasar..pusing kekanan xda bunyi ..pusing kiri bunyi kuat sama jugak bila memcut gear 1 dan 2..yg lain smooth ..p sebab nya...mounting enjin tahun lepas tukar..mounting absober depan pun dah tukar jgk..

Anonymous said...

Balancing tayar atau mounting absorber. Saya pn sama kena mcm tu. Buat balancing tayar dgn alignment 4 tayar tu ok sampai skrg...blh main hiway dah.

mdhisham sd said...

Bape kos tu?

Suffian Zulkifli said...

bro

aqil vvip said...

Saya ada kereta myvi tapi masalahnya bila saya tekan pedal minyak jer akan ade bunyi...
tolong bagi pendapat tuan.