OBD2 Socket

salam sejahtera, bersua lagi kali ini dengan entri mengubahsuai socket OBD2 pada enjin 4g9x atau dengan kata lain bagaimana cara membuat wiring dan memasang socket untuk multi unit tester (MUT) dengan menggunkan soket OBD2. kebanyakan enjin 4g9x Mitsubishi menggunakan soket OBD1, jadi entri ini sangat penting kepada pengguna kereta bernadikan enjin 4g9x yang mempunyai masalah untuk menggunakan MUT bagi menjalankan diagnosis enjin masing-masing. hal ini berlaku disebabkan ada dalam kalangan pomen yang mengacuk wiring proton dengan wiring dashboard Mitsubishi ketikan menjalankan proses memasang enjin dan seterusnya membuat pendawaian kereta

gambar atas merupakan contoh multi unit tester (MUT) atau scantool untuk mendiagnosis enjin injection dengan menggunakan male socket OBD2 yang dipadankan dengan female socket OBD2 pada sesbuah kereta. kebanyakan kereta baru menggunakan soket OBD2
 soket hitam di sebelah kiri merupakan soket OBD2 manakala di sebelah kanannya pula ialah soket OBD1 bagi kebanyakan enjin Mitsubishi 4G9X. ada sesetengah kereta baru sekarang menyediakan kedua-dua soket berkenaan tetapi kebanyakannya hanya menggunakan satu sahaja iaitu soket OBD2

perhatikan soket OBD1 pada bahagian bawah dashboard bagi enjin 4G9x iaitu soket putih 12 pin di sebelah kiri fuse box
close-up kedudukan soket OBD1 pada wiring dashboard 4G92 Mitsubishi

 kedudukan pin soket OBD2 yang mempunyai 16 pin

 soket OBD2
 soket 12 pin OBD1
 soket OBD1
bagi pengguna enjin 4g9x dan bermasalah untuk menggunakan komputer (MUT) jangan risau kerana anda boleh membuat sendiri wiring dengan menggunakan soket OBD2 dan telah terbukti sebaik sahaja langkah ini diikuti atau berjaya dilakukan MUT boleh digunakan dengan cemerlang. perhatikan gambar soket ECU di atas dan penyambungan wiring hanya pada soket tengah ecu iaitu soket 16 pin sahaja
 kedudukan soket tengah 16 pin pada ecu 4g9x

pengiraan kedudukan pin pada soket ecu bermula pada sebelah kiri dengan mengambil kira pandangan dan kedudukan soket seperti gambar di atas
dalam mod ini yang terlibat hanya pada 2 pin pada soket tengah 16 pin sahaja
sekarang perhatikan diagram di atas. lihat pada soket tengah 16 pin dan saya telah tandakan pada pin 12 dan 13, ini merupakan pin untuk ecu diagnosis. jadi anda perlu tarik atau tambah 2 wire pada ecu seperti kedudukan dia atas dan di sambung pada pin soket OBD2 seperti rajah di bawah
wire pada pin 13 tadi berwarna green/white dan disambungkan ke pin no 1 soket OBD2 manakala wire pada pin 12 yang berwarna yellow pula disambungkan pada pin no 7 soket OBD2. pada soket OBD2 pin no 4 pula sambungkan ke body (ground) kereta dan pin 16 soket OBD2 sambung ke 12v sama ada menggunakan wire acc atau constant 12v pada kereta. setelah siap proses ini bawalah kereta anda ke bengkel yang menyediakan perkhidmatan diagnosis MUT untuk diuji, sekarang anda dah boleh menggunakan peralatan komputer untuk diagnosis enjin kereta
sebenarnya di luar Negara ada menjual soket adapter iaitu dari soket OBD1 ke OBD2. entri ini hanya khusus kepada pengguna kereta yang mempunyai masalah tidak dapat menggunakan MUT system kerana masalah wiring sahaja
sekian, terima kasih
selamat mencuba

28 comments:

hearthunterhelmsley said...

salam bro jeff.. wira 4G15 bole guna OBD2 tester x?

ilsor76 said...

Bro, pin 4 chasis ground, pin 5 signal ground?saya terbaca dalam artikel.

Major Raidenovich said...

Bijak la brader.

miera dee said...

nk cari mana soket obd2 tu bro? half cut ada jual ka? boleh pakai semua model kreta atau kena cari model mitsu jugak?

aku awie said...

Iyer la..mana nk carik soket obd2 tu? Saya nk...

jeff_tacra said...

biasanya kat halfcut ada jual soket ni, harga pun murah je

miera dee said...

dah dpt soket obd 2 ni..amik dari waja... dah try sambung...saya beli obd2 elm327 vgate scan.. nnt berjaya saya update...tq bro tacra.. u r da best!

ilsor76 said...

sukses!!akhirnya dapat baca ecu.terima kasih daun keladi.

miera dee said...

ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu.. hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..

miera dee said...

ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu.. hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..

Rosafzaini Hafiz said...

Salam brader jeff, 4G63 boleh buat gak ke pakai pin 12 / 13 tu untuk pakai OBD2 ?

Wee Teck Poh said...

sama dgn cara 4G63 evo123 ker bro?

Wee Teck Poh said...

Abg jeff, kreta i perdana 4g63 dulu masa convert ambik wiring n ecu evo. Tgk bawah steering socket odb tu yg v6 punya 16pin. i try cucuk test light kat port nombor 1 tu asyik menyala je macam wayar direct. Syak pomen dulu xtlg saya buat cam cara blog abf jeff ni. Kalau saya nak wiring cam panduan abg jeff ni, saya ambik wayar drpd ecu dan buat cabang dan tarik ker socket obd2 tu bleh tak? Takut wayar ecu tu akan jd kurang currect plak slps saya tap wayar buat cabang cam tu dan tarik ke obd2 tu. bleh x?

MPB_crusader said...

kalau 4g93 tahun 96 boleh pakai OBD tak..ade bace yang ecu lama boleh pakai MUT je..sebab protokol tak same..

Rizal said...

A'kum semua, untuk mengetahui lebih lanjut tentang obd mitsubishi ini boleh layari ke web saya di mitsuduino.blogspot.com

ilsor76 said...

saya berjaya menggunakan cara ni. Tapi bila cuba guna elm327 xleh connect ngan ecu. adakah sbb protokol?

zhairi89 said...

Salam bro ilsor76, dapat x gune dgn elm327 bluetooth tu x? sy br nk beli... 4g15 mmc... kalau dah nod soc obd 2 boleh pakai x? bro tacra, boleh terangkan x beza MUT dgn bluetooth ni? thnx

jiwa kacau said...

elm327 vgate x boleh baca bro,yg boleh baca guna vgate elm327 kete perdana je..klau nak ken modified elm327 tu..rege dkt rm160..sy pon duk trai jugak..tapi apakn daya x blh..

jiwa kacau said...

nak scan kena tgk dri segi protocol iso,can,pwm,vpw,kwp
stiap scan@ software bukan smua blh baca..
iso pin4,5,7,15,16
can pin4,5,6,14,16
pwm pin2,4,5,10,16
vpw pin2,4,5,16
kwp pin4,5,7,15,16
utk mitsubishi 1pink,4negatif ( - ),7yellow,16positif (+)

SeNnDoh said...

nak tanya, kat mana ye kedudukan obd port utk proton gen 2 2008?
tq

Admin Chai said...

Tuan, saya ada masalah nak cari soket OBD2 dlm kereta saya. Wira kacuk Mivec ck 4G92... Boleh tolong tak admin.... PM ok. Betul2 perlukan pertolobgan otai2

nasri wan said...

Sy pun xjmpa soket OBD2.wira enjin 4g91.hrp tuan dpt mmg mbantu sy.tq

Charlie F said...

mod ni boleh buat elm327 bluetooth detect ecu 4g18 dalam torque tak?

sham ahmad said...

Bro.. Mcm mana nak mod pakai kat viva 1.0? Pm sy di 0126493588-sham

stub-area said...

waja lama obd1 atau obd2 ?

stub-area said...

waja lama obd1 atau obd2 ?

Unknown said...

Assalamualaikum abg Jeff, dlm gbr soket yg di jual di luar negara, ada satu soket kecil. Soket kecil tu perlu sambung di mana? TK

Speed Race Auto Parts said...

Scan tool ini boleh detect no enjin ke?