H3 HID Kit - Foglamp

bertemu lagi, entri ini ialah mengenai pengubahsuaian yang dilakukan terhadap foglamp original proton GTI dengan memasukkan HID kit H3 dengan kecerahan cahaya 4300k. memang perlukan sedikit modifikasi perlu dilakukan terutamanya pada bahagian penutup belakang foglamp. untuk keterangan lebih lanjut saya paparkan cara melakukannya

foglamp original proton GTI boleh didapati dikedai tertentu terutamanya yang menjual alat ganti proton part dengan harga sekita rmke atas. untuk makluman, foglamp ini boleh jugak diguna pada bumber standard proton wira dengan menambahkan beberapa kepingan besi sebagai bracket untuk menempatkan lampu pada ruang tepi bumper berkenaan

HID kit ini juga boleh diperoleh di kedai aksesori yang saya kira datangnya sama ada dari cina atau taiwan namun, boleh diguna pada kereta masing-masing. saya sendiri telah memakain jenis yang sama seperti di atas sekitar 3 tahun masih tetap berfungsi dengan cemerlang. harganya sekitar rm150 sahaja

bulb HID dengan temp cahaya 4300k sudah memadai untuk digunakan kerana cahayanya didaklah terlalu putih, hanya lebih sedikit daripada lampu standard pada kereta. kalau digunakan pada foglamp sudah pasti tidak menyilaukan mata pemandu lain, asalkan dilaras tidak terlalu tinggi ke atas

pertamanya buka bahagian belakang foglamp dan keluarkan bulb H3 halogen asal dengan membuak satu nat kecil seperti yang ditunjukkan di atas

masukkan bulb HID dan pasangkan skru kecil tadi

sekarang bahagian penutup bulb asal gti kena ubah suai sedikit iaitu wire asal tidak boleh digunakan lagi dan terpaksa dipotong keseluruhan wire berkenaa.


apabila dah siap potong wire asal, tebuk penutup tadi kira-kira sekadar muat untuk masukkan wire bulb HID tadi

lubang yang telah siap ditebuk

potong wire bulb HID

masukkan wire yang dipotong tadi dan tutup bahagian belakang dengan penutup berkenaan

setelah ditutup sepenuhnya, sambung semula wire  yang dipotong tadi

solder wire tersebut agar penyambungan kemas dan tidak mudah putus

gunakan heat shrink untuk menutup sambungan yang dibuat tadi

dah siap sedia untuk dipasang pada kereta

foglamp ori GTI dengan bulb HID kit 4300k
contoh menggunakan HID kit tersebut

sekian, terima kasih
jumpa lagi

8 comments:

eis Mohd said...

kalau untuk perdana punye fog lamp...lebih dari 5k bleh pakai x

mohd taufid hashim said...

klau hid tu boleh modified masuk ke dlm fog lamp wira.fog lamp wira lama(kecil).

jeff_tacra said...

boleh masuk mana-mana foglamp tapi tak boleh plug n play, kena mod sikit. lebih daripada 5k cahaya pun boleh pakai, tak jadi masalah

Chakura said...

aslkm bang jep..
mesin ballast tu tak guna ke?

mujahid said...

Utk persona kos bpe bang utk 6000k?

mujahid said...

Utk persona kos bpe bang utk 6000k?

Anonymous said...

Boleh tak tunjuk gambar macam mana nak psg mentol hid kat fog lamp, cuma nak tau macam mana penyambungan wire dari hid ke wire fog lamp asal

Jeff Tacra said...

pemasangan bulb hid pada foglamp adalah sama seperti memasang bulb hid, masukkan bulb pada foglamp dan lock bulb tersebut seperti biasa. wire negatif dan positif hid disambung ke wire asal sama ada dengan memotong soket asal atau menggunakan soket lain