Myvi Rear Wheel Bearing

salam sejahtera... bertemu lagi dengan entri penukaran rear wheel bearing kereta myvi. petang tadi ada jiran bagitau bunyi sesuatu kat kereta dan bila saya test keretanya ternyata bunyi rear wheel bearing dan kemungkinan itulah masalahnya. bila jack kereta dan pusing tayar ternyata telahan saya betul. dalam pukul 6.30 bergegas ke spare part dan nasib baik kedai masih lagi buka dan dapat beli bearing berkenaan dengan harga rm175.00. bermulalah projek penukaran bearing belakang lepas maghrib, malam pun kerja jugak, tapi tak apa, selagi mampu tolong saya akan tolong buatkan



rear wheel bearing myvi terdapat dua jenis iaitu sama ada yang membunya abs atau tidak. kalau menggunakan abs pastikan anda membeli bearing yang ada soket sensor abs. harga lebih kurang sama sahaja antara yang abs atau tiada abs, beza cuma lebih kurang rm5 sahaja

kereta myvi yang hendak ditukar bearing malam ini ialah yang tidak mempunyai abs dengan harga rm175.00 untuk satu unit. boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan rear wheel bearing proton wira

pertamanya keluarkan tayar, dan akan nampak drum brake seperti di atas. perlu keluarkan bahagian hadapan drum brake tersebut

boleh dikatakan agak ketat untuk keluarkan bahagian hadapan drum brake ini disebabkan karat kecil sekitar hub tengah. perlukan nat 10mm untuk keluarkan drum dengan mudah

masukkan nat 10mm pada tempat yang disediakan seperti yang terdapat pada gambar di atas. ketatkan nat tersebut dan sedikit demi sedikit bahagian hadapan drum akan dapat dipisahkan dengan begitu mudah

drum brake yang telah dikeluarkan

untuk mengeluarkan nat bearing terpaksa menggunakan special tools seperti di atas sebab bukan menggunakan nat seperti biasa, kebetulan saya ada tool tersebut, jadi mudahlah kerja-kerja menanggalkan bearing lama

close-up 4 biji nat dengan special tool

 wheel bearing telah berjaya dikeluarkan

perhatikan 4 lubang yang menempatkan nat wheel bearing

 rear wheel bearing baru dan lama

 jelas kelihatan yang lama berkarat sedikit, ketika cuba keluarkan dari tempatnya agak sukar kerana terlalu ketat disebabkan karat, kena ketuk dengan tukul pada bahagian belakang drum brake barulah dapat dikeluarkan

perbezaan dengan rear wheel proton wira yang ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan myvi

 bearing hub dipasang pada tempatnya

masukkan balik 4 biji nat tadi dan ketatkan secukupnya, pasangkan balik drum brake dan masukkan tayar. dah pun siap

sekian, terima kasih
jumpa lagi

15 comments:

Mohd Faizal Bin Ab Kaply said...

Salam abg jeff,kalau brake drum myvi atau alza xberapa nk sedap,,,boleh ke kita adjust macam brake drum wira..?

Unknown said...

salam àbg jeff,ada kemuskilan tntang enjin 4g93t,masa idle timing mcm x betul & klu buka tmpat isi mnyak enjin timing rendah & ada leaking kat valve cover,skang ni saya x pasang hose breather kat cover tu,selalunya apa yg bole mnyebabkan jd cmtu ek?

Major Raidenovich said...

Bang,brapa ya saiz special tool tu?

Cu_Ol said...

Salam bro...sy skang kat kuching, sarawak..harga kat sini RM250..which is expensive..mane nak dpt harga 175 tu ek..tq

arif ridhuan said...

saya kena 400 utk satu -__-

Unknown said...

Salam bro nak tanya kalau viva 850 same ke mcm ni nak tukar die

Jeff Tacra said...

lebih kurang sama rear hub bearing viva dengan myvi, kaedah penukaran sama sahaja

Syidee Yakuza said...

Abg jeff klau nk tkr stuck tu mcmne ye..satu skru stuck tu dh pth...klau nk bka kna ad special tool tu ker...

Jeff Tacra said...

nak keluarkan stud tu just ketuk dengan tukul dan pasang balik pun macam tu jugak

Syidee Yakuza said...

Sudah loose abg jeff skru nat bearing tu....hahaha...ketat sgguh nat bearing tu....satu je..klau gntikn dgn nat biasa blh ke...

Jeff Tacra said...

boleh je pakai nat lain, tak ada masalah

nhhas said...

Errr kalo kedai tu kata tuko bearing blakang myvi sebelah je sampai rm429.30 .... mahal ke normal? Huhuhu

mizzzecha said...

saya baru tukar bearing myvi tadi.. sebelah sahaja rm380.. :(

Yuswar Mohd Uyus said...

assalamualaikum abg jeff tacra...
sy nak tnya sikit...allen key "bintang" utk buka skru bearing tu saiz bape ye..tools sy semua cukup utk diy tukar bearing myvi sy tp yang allen key tu sy xtau saiz bape....boleh x abg jeff bgtau saiz allen key tu sbb nmpak mcm T-55...trima kasih sbb berkongsi ilmu dgn kami semua..

Yuswar Mohd Uyus said...

mahal giler bro...
sy tukar sblum raya hari tu bru RM190 utk sebelah tayar blkg myvi..
nak buat sendiri boleh sbb abg jeff tacra dah ajar tapi kurang 1 special tools tu...huhuhuhuhu