Ultra Racing Anti Roll Bar

bersua lagi dengan entri pemasangan anti roll bar atau sway bar ultra racing untuk proton GTI tetapi dipasangkan pada kereta wira. dah jadi sama dengan arb evo3. pada absorber perlu ada telinga untuk dipadankan droplink antara arb dengan bsorber. boleh dikatakan aga sukar untuk memasang arb ini kerana banyak kerja perlu dilakukan seperti membuka crossmember dan turunkan separuh subframe kereta

dalam keadaan standard wira 1.3-1.8 menggunakan bush sate bagi sistem suspension. cuma wira se first model dan GTI sahaja yang menggunakan anti roll bar seperti evo3 iaitu menggunakan drop link untuk menyambungkan hujung anti roll bar ke absorber. ternyata perubahan handling dapat dirasai sebaik sahaja memandu dengan menggunakan anti roll bar yang menggunakan drop link seperti evo2 atau 3

bush sate biasanya disambungkan ke lower arm dan apabila kereta telah berusia 5 tahun sesuailah menukar kepada bush yang baru dan pastikan anda membeli bush ori atau boleh menggunakan bush super pro atau bush silikon yang terdapat di pasaran. bush yang rosak akan menyebabkan handling menjadi tidak stabil dan ada kalanya akan mengeluarkan bunyi tertentu akibat bush rosak yang kemudiannya menyebabkan bese berlaga pada tempat berkenaan

kali ini saya paparkan bagaiman proses menukar antiroll bar wira standard kepada antiroll bar proton GTI daripada jenama ultra racing, maka bush sate seperti di atas tidak akan digunakan lagi

anti roll bar ultra racing untuk GTI boleh didapati di mana-mana kedai accesories dengan harga yang boleh dikatakan agak tinggi tetapi ternyata pelaburan yang anda buat ini benar-benar mendatangkan hasil dan berbaloi, akan terasa seronok ketika memandu terutamanya ketika mengambil selekoh

anti roll bar ultra racing bersaiz 19mm sahaja dan didatangkan sekali dengan silicone bush yang berwarna merah seperti di atas. saya kira anti roll bar standard evo3 tak sampai 19mm dan hanya sekitar 17mm sahaja

 untuk melengkapkan pemasangan anti roll bar ini pertamanya absorber kereta perlu ada 'telinga' untuk memasang drop link iaitu penyambung anti roll bar ke absorber. kebiasaannya adjustable absorber memang dah tersedia dengan telinga tersebut dan ada kalanya absorber sport biasa pun dah ada telinga untuk memudahkan pemasangan nanti

kerja-kerja penukaran anti roll bar hadapan ini boleh dikatakan aga mencabar jugak kerana banyak kerja dilakukan di bawah kereta, crossmember mesti kena buka, begitu juga dengan bracker steering rack dan lower arm kiri dan kana, barulah subframe diturunkan separuh untuk membuka bracket bush antiroll bar pada bahagian kiri dan kanan subframe

apabila subframe berjaya diturunkan maka bolehlah membuka nat 12mm pada bracket bush anti roll bar yang berada pada bahagian belakang subframe dan kemudiannya barulah antiroll bar dapat ditarik keluar

 gambar atas merupakan anti roll mivec yang bersaiz 23mm yang dikeluarkan dari kereta rakan saya

 perhatikan hujung anti roll bari ini, ternyata berbeza antara keduanya. bracket asal boleh digunakan untuk memasang bush dan dalam platik gambar atas ialah gris yang dapat sekali dengan anti roll bar ultra racing

 ultra racing anti roll bar 19mm

 masukkan anti roll bar pada tempatnya

 letakkan gris yang dibekalkan pada bush

 pasangkan bush dan bracket pada subframe

kedudukan bush dan anti roll bar yang siap dipasang pada subframe

pasangkan semula subframe pada body kereta dan juga peralatan lain yang dibuka tadi. akhirnya pasang droplink seperti mana kedudukan gambar di atas. anti roll bar merah ini merupakan keluaran R3 yang sekarang saya kira telah stop pengeluarannya. selesai pemasangan, pandu ujilah kereta dan sekarang handling kereta begitu berbeza daripada sebelum ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi

13 comments:

Gergasi comel said...

Salam bro. Kalau bush sate jenis pu teflon tu ok ke?

maxXximus said...

Salam abg jeff ..
Saya baru projek masuk arb evo 3 ni satu set dgn absorber pada satria saya ... Lower arm x perlu tukar kan ?
Lg satu, ada bunyi klak klak selepas pasang, adakah disebabkan drop link yg berbunyi ? Sbb brg mmg saya amek dr halfcut ... Berapa ye sepasang kalau nak tukar yg baru ? Tq ...

jeff_tacra said...

bush sate jenis teflon pun boleh pakai, tak ada masalah. kebanyakan yang masuk arb depan evo 3 pada body wira/satria akan mengalami masalah bunyi kerana arb berkenaan bergesel dengan chasis iaitu pada lengkuk arb bahagian tepi dengan chasis kiri dan kanan

maxXximus said...

Kalau mcm tu, ape jalan penyelesaian utk hilangkan bunyi tu ye abg jeff ? Ada cara x mcm mana nak buat ?
Kereta kawan abg jeff ni berbunyi atau x?
Kereta abg jeff sendiri mcm mana? Kuat betul la bunyi berlaga tu ...

maxXximus said...

perlu ke saya ketuk chasis utk elakkan arb bergesel ? mintak tlg abg jeff, mati kutu dah nak buat ape ni ... haha ...

jeff_tacra said...

bunyi tu disebabkan oleh arb evo bersentuh dengan chasis atau body kereta terutamanya semasa selekoh. kalau arb ultra racing atau R3 memang tidak akan bergesel dan tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. ketuk sedikit pada bahagian yang bergesel ataupun kena tukar arb lain

azraei noor aziz said...

salam boss..gen2 sye baru tukar lower arm dan mounting absorber..stereng jadi ringan sebelah kiri n kete susah nak di kawal..bila laju kete jadi melayang..kenape ek..skrg pakai adjustable n kete lowered..sye bawak gen2 lowered laen xjadi mcm kete sye..so ape sye perlu buat ek..

lokman salikin said...

Bush ni ke puncanya bos...sebab kereta saya dh macam bunyi bende longgar bila langgar jln yg permukaan x rata

Shahrol Ridduan Shafiin said...

Assalamualaikum bang.... nak mintak nasehat dan pandangan sedikit nie.... saya pasang ARB eibach 21mm dekat waja sekali dengan PU bush.... kemudian, selang beberapa hari bunyi gesekan dekat bush seolah-olah grease habis...... saya biar selama sebulan masih lagi berbunyi..... kemudian saya beli bush ori waja dan besarkan 19mm...takut sama besar nanti loose pulak...sebab getah elastik, jadi saya anggap ia akan besar ikut ARB..... tapi sekarang masih lagi berbunyi..... apa perlu saya buat bang? Lagi satu silikon bush dengan PU nie sama atau berbeza.... atau sebutan PU -polyurethane nie mmg silikon nyer....... tang koner layan sedap tapi skit telinga dengar bunyi gesekan.....

Shahrol Ridduan Shafiin said...

Sekarang pakai bush ori.....

ejalCNI said...

Assalam.....tumpang tanya...saya nak tukar anti roll bar depan persona saya.... anti roll bar kereta maner yg sama ngan persona....nak upgrade besar

Unknown said...

Salam bang ,kedai mana yang boleh buat pemansangan ni area shah alam?

Unknown said...

Salam bang ,kedai mana yang boleh buat pemansangan ni area shah alam?