Ultra Racing Anti Roll Bar

bersua lagi dengan entri pemasangan anti roll bar atau sway bar ultra racing untuk proton GTI tetapi dipasangkan pada kereta wira. dah jadi sama dengan arb evo3. pada absorber perlu ada telinga untuk dipadankan droplink antara arb dengan absorber. boleh dikatakan agak sukar untuk memasang arb ini kerana banyak kerja perlu dilakukan seperti membuka crossmember dan turunkan separuh subframe kereta

dalam keadaan standard wira 1.3-1.8 menggunakan bush sate bagi sistem suspension. cuma wira se first model dan GTI sahaja yang menggunakan anti roll bar seperti evo3 iaitu menggunakan drop link untuk menyambungkan hujung anti roll bar ke absorber. ternyata perubahan handling dapat dirasai sebaik sahaja memandu dengan menggunakan anti roll bar yang menggunakan drop link seperti evo2 atau 3

bush sate biasanya disambungkan ke lower arm dan apabila kereta telah berusia 5 tahun sesuailah menukar kepada bush yang baru dan pastikan anda membeli bush ori atau boleh menggunakan bush super pro atau bush silikon yang terdapat di pasaran. bush yang rosak akan menyebabkan handling menjadi tidak stabil dan ada kalanya akan mengeluarkan bunyi tertentu akibat bush rosak yang kemudiannya menyebabkan bese berlaga pada tempat berkenaan

kali ini saya paparkan bagaiman proses menukar antiroll bar wira standard kepada antiroll bar proton GTI daripada jenama ultra racing, maka bush sate seperti di atas tidak akan digunakan lagi

anti roll bar ultra racing untuk GTI boleh didapati di mana-mana kedai accesories dengan harga yang boleh dikatakan agak tinggi tetapi ternyata pelaburan yang anda buat ini benar-benar mendatangkan hasil dan berbaloi, akan terasa seronok ketika memandu terutamanya ketika mengambil selekoh

anti roll bar ultra racing bersaiz 19mm sahaja dan didatangkan sekali dengan silicone bush yang berwarna merah seperti di atas. saya kira anti roll bar standard evo3 tak sampai 19mm dan hanya sekitar 17mm sahaja

 untuk melengkapkan pemasangan anti roll bar ini pertamanya absorber kereta perlu ada 'telinga' untuk memasang drop link iaitu penyambung anti roll bar ke absorber. kebiasaannya adjustable absorber memang dah tersedia dengan telinga tersebut dan ada kalanya absorber sport biasa pun dah ada telinga untuk memudahkan pemasangan nanti

kerja-kerja penukaran anti roll bar hadapan ini boleh dikatakan aga mencabar jugak kerana banyak kerja dilakukan di bawah kereta, crossmember mesti kena buka, begitu juga dengan bracker steering rack dan lower arm kiri dan kana, barulah subframe diturunkan separuh untuk membuka bracket bush antiroll bar pada bahagian kiri dan kanan subframe

apabila subframe berjaya diturunkan maka bolehlah membuka nat 12mm pada bracket bush anti roll bar yang berada pada bahagian belakang subframe dan kemudiannya barulah antiroll bar dapat ditarik keluar

 gambar atas merupakan anti roll mivec yang bersaiz 23mm yang dikeluarkan dari kereta rakan saya

 perhatikan hujung anti roll bari ini, ternyata berbeza antara keduanya. bracket asal boleh digunakan untuk memasang bush dan dalam platik gambar atas ialah gris yang dapat sekali dengan anti roll bar ultra racing

 ultra racing anti roll bar 19mm

 masukkan anti roll bar pada tempatnya

 letakkan gris yang dibekalkan pada bush

 pasangkan bush dan bracket pada subframe

kedudukan bush dan anti roll bar yang siap dipasang pada subframe

pasangkan semula subframe pada body kereta dan juga peralatan lain yang dibuka tadi. akhirnya pasang droplink seperti mana kedudukan gambar di atas. anti roll bar merah ini merupakan keluaran R3 yang sekarang saya kira telah stop pengeluarannya. selesai pemasangan, pandu ujilah kereta dan sekarang handling kereta begitu berbeza daripada sebelum ini

terima kasih
sincerely - jeff tacra