Aftermarket Slotted Disc Rotor Evo3

bersua lagi kali ini dengan entri mengenai pemasangan disc rotor slotted untuk yang menggunakan sistem disc brake belakang dari evo2/3 pcd 114.3. owner kereta ini telah membeli disc aftermarket evo3 ini dari UK dan memakan masa selama 2 bulan untuk sampai ke negara kita melalui jalan laut, kalau pos biasa memang memakan kos yang sangat mahal sebab disc rotor sangat berat. slotted disc memang sangat berkesan ketika membrek kerana bahagian slotted berkenaan boleh menjadikan sistem brek bertambah cengkamannya tetapi haru diingat bahawa penggunaan disc jenis ini boleh menyebabkan pad brake haus dengan cepat. kalau guna untuk belakang jadi lebih kurang sama kot kadar kehausannya dengan depan

slotted disc untuk rear disc evo pcd 114.3 dari UK

langkah pertama ialah longgarkan nat 10mm iaiatu nat pada pelaras cable hand brake, longgarkan sahaja secukupnya dan janganlah sampai tercabut nat tersebut. ini untu memudahkan kita mengeluarkan cable hand brake pada bahagian caliper nanti

keluarkan clip cable hand brake seperti gambar di atas

satu lagi klip penahan cable hand brake hendaklah juga dikeluarkan sebelum kita dapat membuka cable handbrake daripada caliper

kemudian, keluarkan cable hand brake daripada tempatnya iaitu pada bahagian tuil cengkaman hand brake yang menolak piston caliper apabila hand brake ditarik

buka nat 12mm pada bahagian bawah caliper untuk mengeluarkan brake pad

jongketkan caliper dan keluarkan brake pad

tibalah masanya proses untuk mengeluarkan keseluruhan caliper daripada pemegangnya iaitu dengan membuka 2 nat bersaiz 14mm pada bahagian atas dan bawah caliper seperti gambar yang ditunjukkan di atas

 keluarkan caliper

 caliper telah dapat dipisahkan daripada tapaknya

keluarkan disc rotor dan sekiranya disc rotor tersebut sukar untuk dikeluarkan akibat karat dan sebagainya, anda boleh menggunakan nat 10mm dan dimasukkan pada bahagian hadapan disc berkenaan. pusingkan nat tersebut mengikut arah jam dan kita akan lihat disc rotor terpisah sedikit demi sedikit daripada hub disc

 disc aftermarket (kiri) dan disc standard evo3 (kanan)

 disc rotor baru siap sedia untuk dipasangkan

masukkan disc seperti kedudukan di atas


pasang semula caliper, brake pad, cable hand brake dan klip yang dikeluarkan tadi. double check agar semua nat telah dipasangkan dan telah diketatkan secukupnya

sebaik sahaja siap urusan pemasangan disc ini maka bolehlah anda mencuba  kereta di jalan raya.  sebelum mencuba kereta anda, jangan lupa untuk melaraskan semula kedudukan cable hand brake pada bahagian konsol hand brake di dalam kereta. perhatikan permukaan disc rotor yang pada asalnya berwarna hitam tetapi apabila brek berfungsi cat hitam berkenaan akan hilang seperti yang tertera pada gambar di atas

terima kasih
sincerely - jeff tacra