High Speed Starter (Evo 3)

salam sejahtera... bertemu lagi ruangan DIY kali ini ialah mengenai pemasangan starter motor untuk enjin mitsu atau proton. entri kali ini menunjukkan pemasangan starter pada jenter 4G93 yang mempunyai cc 1.8 liter, owner kereta ini memilih untuk menggunakan starter high speed yang diambil dari model lancer evolution 3. ternyata starter jenis ini sangat kuat untuk crank enjin yang memudahkan kereta untuk dihidupkan tanpa sebarang masalah. harga semasa starter evo 3 ini sekitar rm150 - rm180 berdasarkan kondisi starter berkenaan

high speed starter dari evo 3, kebiasaanya body starter high speed agak kecil jika dibandingkan dengan starter standard yang nampak sedikit gemuk dan besar. boleh didapati di kedai halfcut tetapi ada juga yang menjual starter jenis ini yang telah di'recondition' semula, kiranya starter recond lah...

terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja membuka starter, kita hendaklah membuka dulu terminal negative bateri kerana pada starter terdapat arus 12v yang disambungkan terus dengan terminal positive bateri

buka jugak hose air filter untuk memudahkan kerja-kerja membuka dan memasang kembali starter motor pada tempatnya

adapter air filter K&N 6 inci untuk enjin MIVEC. heat shield untuk air filter ini merupakan hasil rekaan sendiri dengan menggunakan perspex, boleh cari entri lain dalam blog ini mengenai cara membuat heat shield bagi yang menggunakan open pod air filter. tujuannya untuk mengurangkan kemasukan angin panas dari enjin ke intake enjin

throttle body S90 70mm nampak kelihatan bersih sebab owner menggunakan filter kecil yang berfungsi sebagai oil catch tank. jadi, wap minyak terperangkap di dalam filter tersebut dan seterusnya tidak mengotorkan throttle body kereta. boleh lihat gambar filter ini pada wall FB saya yang diorder khas dari UK

kelihatan starter yang agak tersorok di bahagian belakang blok enjin mitsu 4G atau enjin proton, sama sahaja kedudukan antara enjin mitsu dan proton

anda perlu membuka nat 12mm pada bahagian selenoid starter sebelum starter tersebut dapat dikeluarkan. nat ini ialah penyambung wire positive starter terus ke terminal positive bateri

nat 12mm pada bahagian belakang selenoid starter

 untuk mengeluarkan starter kita perlu membuka 2 biji  nat 14mm yang memegang starter pada enjin. nat ini berada pada bahagian gearbox yang bersambung dengan blok enjin

 satu lagi nat 14mm agak tersorok pada bahagian wire negative bateri pada bahagian gearbox 

 setelah 2 biji nat dibuka maka bolehlah anda mula keluarkan starter melalui bahagian filter. dengan mudah boleh keluarkan dari situ tanpa sebarang masalah. cable meter tak perlu buka pun boleh keluarkan starter melalui bahagian tersebut

 starter yang telah dikeluarkan (kanan) dan starter evo 3

 sebenarnya ada perbezaan antara kedua jenis starter ini iaitu perhatikan kedudukan selenoid atas starter, kiri jarak jauh sikit dengan lubang nat dan kanan (evo) agak rapat dengan lubang nat. yang kiri boleh masuk pada enjin 1.6 dan 1.5 serta 1.3 manakala yang evo punya (kanan) tidak boleh masuk pada enjin 1.6, hanya boleh masuk pada enjin 1.8, 1.5 dan 1.3 sahaja kerana selenoid sangkut dengan pipe air bahagian belakang blok

perbezaan antara high speed starter (kiri) dan starter standard (kanan)
gambar pemasangan tidak ditunjukkan, ulangi langkah seperti semasa membuka starter pada awal tadi. setalah dipasang, sambung balik cable pada bahagian belakang starter iaitu satu wire terminal positive bateri dan satu lagi wire ignition pada selenoid. apabila sudah selesai, pasang balik apa yang dibuka tadi dan akhirnya pasang semula terminal negatif bateri. dah boleh start kereta dan anda boleh rasakan perubahan pada bunyi starter, berdesing macam perdana V6.

boleh tengok video bunyi starter ini di FB saya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

10 comments:

Muhammad Amin Zainol said...

so klu wira 1.6 x blh masuk la high speed starter evo ni....klu wira 1.6 nk pki starter hig speed jgk mcm mane abg jeff?blh recommande skit x?

Sharol 4G92 said...

1.6 pakai vr4 punya starter bro..

tom suarez said...

kiranya starter evo ni blh masuk pada wira 1.5 la bro jeff?

tom suarez said...
This comment has been removed by the author.
jeff_tacra said...

confirm starter evo boleh masuk pada enjin wira 1.3/1.5

Tam said...

boleh masuk ke waja 1.6 x bro?...Thanks

khairul said...

Wira 1.6 kne msk vr4 pnye ke? Nk double conform.sbb starter nk kong dh

Hisyam Kamary said...

nak tanya skit, aku pakai wira 1.5 injection ..masalahnya kdg2 x leh start, hanya ada bunyi elektornik jer, pastu pusing kunci kosong jer..bila pg bleh start.. kang malam plak x bleh..tlg bro..

Faezah Fieza said...

Sy dh slh beli...xtgk pn blog ni..xbce pn..agk2 je beli ikut kta cina bgkel tu...ble dh siap psg bunyi dh mcm enjin nk pch...bising btul...sy rse dh slh beli...dh siap pasng...xjd effect ke kt kete sy ni...tkut dh...starter nk plg blik kt kdai...

Faezah Fieza said...

Sy dh slh beli...xtgk pn blog ni..xbce pn..agk2 je beli ikut kta cina bgkel tu...ble dh siap psg bunyi dh mcm enjin nk pch...bising btul...sy rse dh slh beli...dh siap pasng...xjd effect ke kt kete sy ni...tkut dh...starter nk plg blik kt kdai...