'Tulang Anjing' & Stabilizer Link Wira

entri kali in pula ialah mengenai pemasangan lower link atau tulang anjing pendek dan yang panjang wira serta pemasangan stabilizer link belakang untuk anti roll bar wira 1.8 SOHC. tulang anjing yang digunakan ialah diambil dari model proton persona iaitu secara keseluruhannya boleh dikatakan sama bentuk seperti tulang anjing EVO. boleh dipasang secara plug n play pada mana-mana wira/satria/putra

satu set yang pendek dan panjang dari model proton persona boleh didapati di kedai spare part dan boleh dimasukkan pada kereta wira/satria/putra sama ada 1.3 hingga 1.8. tulang anjing ini dah nampak sama seperti yang digunakan pada lancer evo jadi lebih mantap jika dibandingkan dengan yang biasa punya

ini pula ialah stabilizer link proton iaitu link yang menyambungkan lower arm belakang ke anti roll bar. boleh menggunakan sama ada yang proton wira atau waja, sama sahaja

bush anti roll bar belakang wira 1.8 single cam. yang lama dah rosak kerana mempunyai free play yang sangat banyak, pegang dan goyang dengan tangan pada anti roll bar belakang dan jika dah rosak bush atau stabilizer link, anda akan dapat rasa pergerakan yang agak kuat, menandakan sudah sampai masa untuk menukar dua barang tersebut

sebelum membuka tulang anjing yang pendek, terlebih dahulu buat tanda pada bahagian belakang nat yang adjust chamber supaya semasa pemasangan yang baru nanti tidak akan lari dan tidak perlulah kita berkejar ke kedai tayar untuk membuat allignment semula

buka nat pada tulang anjing, kebiasaannya yang pendek terdapat 3 nat iaitu yang bersaiz 17mm pada chasis kereta dan 2 biji nat 14mm pada trailing arm

perhatikan warna putih berhampiran dengan tulang anjing tersebut. didapati apabila pemasangan dilakukan tulang anjing hampir tersentuh dan kena dengan lebihan besi berkenaan. jadi perlu trim sedikit supaya tidak tersentuh dengan tulang anjing yang boleh menghasilkan bunyi yang tertentu

sedia untuk trim sedikit besi berkenaan

proses membuang lebihan kepingan besi dengan menggunakan mesin canai

dah ok dan bersedia untuk pemasangan seterusnya

apabila dikeluarkan tulang anjing yang sedia ada pada kereta ini didapati keadaannya sangat teruk, sehinggakan bush boleh terpisah daripada tempatnya. sebab itulah owner kereta ini mengatakan terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian belakang kiri kereta

pemasangan tulang anjing panjang, juga terdapat 3 nat sahaja iaitu 2 nat 14mm pada body kereta dan satu nat 17mm pada bahagian atas trailing arm

ketatkan nat secukupnya dan semua ini saya lakukan dengan manual tanpa menggunakan compressor yang ternyata lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. akan difikirkan untuk membelinya pada suatu hari nanti

 stabilizer link juga dipasang iaitu sebagai penghubung antara lower arm dengan anti roll bar

 stabilizer link asal yang dah rosak, boot koyak dan di dalamnya berkarat

dah siap sepenuhnya. perubahan telah dapat dirasai, pemanduan lebih mantap dan kemas. ini diakui oleh owner kereta ini yang menghubungi saya semasa dia memandu balik sebentar tadi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

24 comments:

JEJ976 said...

berapa ringgit satu set yang ini

Famy Azhar said...

Bila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?

Famy Azhar said...

Bila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?

Famy Azhar said...

Bila dah tanda kt nat tu,nanti masa nak pasang mcm mana nk tau pusingan tu tepat atau tak dgn tanda td?

jeff_tacra said...

nat untuk adjust chamber kat tulang anjing belakang agak berlainan dengan yang depan, perhatikan betul-betul

fatty core said...

Harga?

ijan jela said...
This comment has been removed by the author.
ijan jela said...

pat saye 200 kdai sparepart

ijan jela said...

pat saye 200 kdai sparepart

ijan jela said...
This comment has been removed by the author.
SaFFiX YuSoF said...

Salam, nk tya kat terengganu kat mane bleh beli tulang anjing jenis ni dan brape ringgit.

SaFFiX YuSoF said...

Salam, nk tya kat terengganu kat mane bleh beli tulang anjing jenis ni dan brape ringgit.

syazwan marzuki said...

Sgt2 berguna entry ni..sy baru tukar tulang anjing persona ni kt wira 1.5..yg pendek rm65.00

maihumiayah67 said...

jj

Meldrian Junior said...

Bro, sy ni nak cari entry tentang adjust camber screw, tp x dpt pakai seach box tu. Bro ade tak buat entry tentang adjust camber screw? Thanks.

dIE said...

sepasang (kiri+kanan) atau sebatang jer?

weightloss said...

Share info utk member kalian..Tulang anjing ini boleh didapati di link bawah ni..
Yang Pendek
http://protonperoduaparts.com.my/en/lower-arm-link/398-arm-link-rear-lower-short-for-proton-gen-2-persona.html
Yang Panjang
http://protonperoduaparts.com.my/en/lower-arm-link/397-arm-link-rear-upper-long-for-proton-gen-2-persona.html

Mohd Fariz said...

En tacra,kalu bolt yg lekat pada body untuk tulang anjing yg panjang tu pusing je tapi takmau buka mcm mana ya?

jeff_tacra said...

thread nat dah loose. kena pusing sambil tarik nat tu keluar

krelinda said...

Tq sb sharing. Nk tumpg tnya swift oleh pakai sebrg jenis link stabilizer ke? Dh tny sevice centre rm284 1 set front pnya da rosak.. mcm mahal je...

amymustaqim yusoff said...

Bro bleh tgglkn no fon?? Sy newbie bab kreta ni

Cik Pejqi said...

Salam,bang jeff nk tnya..wira 1.5 ada bapa bush sume?adkah sume bush2 mie bleh dtkar gnti?

Kid Huzir said...

Bang kedai kat mana?

Kid Huzir said...

Kedai kat mana bang?