Headlamp Relay Kit

bersua kembali... agak perlahan sikit aktiviti diy pada bulan puasa ini namun kali ini saya paparkan bagaimana membuat secara DIY headlamp relay kit iaitu menambahkan relay pada lampu kereta untuk menstabilkan arus letrik dan seterusnya boleh menjadikan lampu bertambah terang daripada biasa. kebanyak relay kit yang dijual hanya mempunya 2 relay sahaja bagi lampu kiri dan kanan sama ada untuk low beam mahupun hi beam, tetapi kali ini saya tunjukkan bagaimana menambahkan 4 relay untuk sepasang lampu iaitu bagi satu lampu kiri 2 relay iaitu masing-masing satu relay untuk lo beam dan satu lagi untuk hi beam. jadi keseluruhannya anda perlukan 4 biji SPDT relay, ikuti penerangan seterusnya

pertamanya dapatkan sepasang soket male 3 pin seperti di atas untuk dimasukkan pada soket asal headlamp nanti. soket ini boleh didapati di kedai spare part. di bahagian belakangnya terdapat 3 wire iaitu untuk ground, low beam dan hi beam

dapatkan SPDT relay 30 amp atau 40 amp sama ada yang 4 kaki atau 5 kaki, tetapi kita hanya gunakan 4 kaki sahaja dalam menghasilkan kit ini. pada bahagian kirinya ialah soket relay, jadi anda perlukan juga 4 soket relay

sepasang fuse holder juga boleh didapati di kedai spare part. 1 fuse untuk headlamp kiri dan satu lagi untuk digunakan pada headlamp kanan

dua fuse berukuran 30amp

ini ialah SPDT relay jenama BOSCH made in portugal

 nombor tertentu pada kaki relay terdapat pada bahagian pin relay

 relay dan soket

 diagram SPDT relay



ini ialah diagram yang saya hasilkan untuk membuat headlamp relay kit, ikuti sahaja penyambungan wiring dengan menggunakan wiring khas untuk automotive, jangan gunakan wiring biasa kerana output yang keluar sekarang dah menjadi hi power output iaitu arus yang diambil dari + bateri. gunakan wire bersaiz 14awg

 soket asal pada headlamp dicabut iaitu soket 3 pin yang kita masukkan pada headlamp

pada soket asal bulb tadi cucuk dengan female soket 3 pin yang dibeli dari spare part dan seterusnya pendawaian boleh dilakukan mengikut diagram di atas

output pada kaki 87 relay (rujuk diagram di atas) disambungkan dengan soket 3 pin yang baru dan dipadankan pada bulb headlamp kereta
apabila dah siap kit yang anda hasilkan maka akan kelihatan 3 soket di atas yang perlu ada pada sebelah headlamp dan ini bermakna pada sebelah lagi satu pun proses penyambungan sama sahaja antara kiri dan kanan headlamp

susun kedudukan relay dengan teratur dan boleh letakkan pada satu tempat atau anda boleh memilih mana-mana lokasi untuk ditempatkan relay sama ada 4 biji relay dan fuse sekaligus atapun 2 relay dan 1 fuse bagi headlamp kiri dan satu set lagi di sebelah kanan. terpulang pada kehendak anda

saya letakkan sekali gus pada satu tempat untuk memudahkan kerja sekiranya terdapat relay atau fuse tertentu yang mempunyai masalah

sekian, terima kasih
selamat berpuasa, selamat hari raya
jumpa lagi

24 comments:

muss_tzm said...

As Salam Tuan,

Nak tanya, bagaimana nak tau saiz wayar tu 14 awg atau tidak?

TQVM

Epolusia said...

buatkan satu set relay boleh x?

TheMofosta said...

Susah betul nak dapat soket male 3 pin tu bang, merata kedai sparepart area kajang saya cari hehe...stuck project

tazz said...

Bila pakai relay ni kena tukar mentol yg hi power tak?

jeff_tacra said...

pakai bulb biasa pun dah memadai

dhinai adnan said...

Salam bro.....saya menggunakan p.wira dan masalah yg saya nak tanya ni berkenaan lampu pada odometer semakin malap,apa masalahnya ye,,,,

jeff_tacra said...

masalah bulb kot, try tukar dengan yang baru

sam fisher said...

manfaat nya apa kalau kita pakai 4 relay d banding 2 relay?
thanks...

llyod banks said...

soket male 3pin tu cuma digunakan pade sblh lampu shj ke..?atau pkai pade ke2 dua headlamp

Muhd Farid said...

salam.. saya ada pakai 2 relay 2..beli dh siap pnya.. n pnp ja kn... tp lampu saya masih malap la... sebab apa plak eh..??

Lim Peh said...

Hi, nak tumpang tanya,kereta saya Viva, dua2 lampu kecik tak nyala, tapi tak dapat dumpa fuse utknya, dah cari dalam fuse box kat engine bay and belakang glove box.
lepas tu I try cabut fuse headlamp kanan, ia masih dapat nyala tapi dgn cahaya yg amat low. boleh tolong?

Amir Norman said...

dulu saya pernah pakai yang ready made(2 relay) beli n plug play...
time tu pakai mentol rally vision130/110watts (philips) tapi malangnya bila sampai berjaya hills soket 3 pin cair skali ngan wire/cable...nasib baik cepat respon lau x xtau ape jadi..
now saya pakai mentol rally vision 110/90watts(pada kenari) adakah memadai 2 relay atau perlu 4 relay supaya lagi terang n x panaskan wire/cable...
skrg cable dekat dgn swith lampu dekat stereng rack tu dpt rasa panas skit pada waktu mlm(bila on lampu)..setelah upgrade ke mentol rally vision...mohon pencerahan Abg Jeff...

Amir Norman said...

TQ Abg Jeff..

Dee Deto said...

Tumpang tya saya dh tersilap beli wiring kit.untuk h4 padahal waja punya h1. Boleh tak gunakan wiring kit h4 untuk terangkan lampu waja saya?

Irfan Safwan said...

relay kt van venette??ade

Irfan Safwan said...

relay kt van venette??ade

lokman salikin said...

Kedai mana yg bole siap pasang terus..area klang/shah alm

lokman salikin said...

Kedai mana yg bole siap pasang terus..area klang/shah alm

wadyhtc said...

sy buat ikut diagram lampu lg malap

wadyhtc said...

sy buat ikut diagram lampu lg malap

wadyhtc said...
This comment has been removed by the author.
Noremy Sollahudin said...

Dlm diagram tu sambungan siri..tuan perlu sambung secara selari..input ke fuse 30amp tu kedua2nya terus smbung pada positif bateri..itu yg sepatutnya.

ARENIP NIP said...

Sy pkai lampu hid ,tpi xtrang pon,kna tmbh relay ka boss utk trang kn lampu

Mohd Yusuf said...

Dah siap tambah relay boleh tukar kepada mentol 100 watt ke bos atau maintain 5o/55 watt? Atau yang mana lagi ok???