ECU Extension Harness

entri kali ini saya paparkan bagaimana menghasilkan ecu extension harnes iaitu sebagai adapter atau connector antara soket ecu ke extension dan barulah seterusnya ke soket ecu sebenar. ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan gadget sepert apexi pen timer, apexi rsm, apesi safc ataupun e-manage. jadi anda tidak lagi perlu memotong wire asal ecu untuk membuat penyambungan wiring dan nampak lebih kemas lagi apabila menggunak extension seperti ini. lihat cara melakukannya di bawah ini

perkara penting yang perlu ada ialah soket ecu dan female socket ecu. saya menggunakan ecu terpakai yang telah rosak untuk menjayak projek diy kali ini

 soket ecu mivec CA

 ecu 4G9x yang rosak


 female socket inilah yang diperlukan, kena de-solder untuk keluarkan socket dari board

 socket telah dapat dikeluarkan dari board

 female socket ecu

 peralatan yang perlu ialah solder, solder paste dan timah solder serta sedikit wire dan heat shrink

 betulkan dahulu pin socket dan solder wire seperti yang ditunjukkan

dah siap untuk socket tengah, dua wire yang dibuat ialah pinout rpm dan selenoid mivec untuk disambungkan dengan gadjet tertentu

proses seterusnya ialah untuk socket kiri dan kanan

 antara peralatan penting yang perlu ada

 hampir siap

 wire tertentu yang disambung untuk disambungkan dengan gadjet tertentu

pastikan proses solder dibuat dengan betul supaya tidak berlaku kesilapan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada ecu sekiranya terdapat penyambungan yang tidak betul. double check

dah siap sepenuhnya dan bolehlah pasang pada kereta

terima kasih
sincerely - jeff tacra