bertemu lagi dengan entri mengenai pemasangan socket untuk cip yang telah di re-chip bagi ecu mitsu. cip ini perlulah terlebih dahulu menjalani proses tertentu dan seterusnya barulah di'burn' untuk melengkapkan proses re-chip tersebut. hal ini bermakna kita tidak lagi menggunakan cip asal, tetapi kalau nak mengekalkan cip asal anda boleh re-flash sahaja cip tersebut
Mivec Silvertop (Normal version) ecu - 4828
Mivec Blacktop (RS version) ecu - 7035
Mivec SSilvertop MD ecu - 4829
Mivec Blacktop MD ecu - 7036
Mivec Japan Ralliart ecu - 2910
Mivec Hongkong Ralliart ecu - 2264
bahagian dalam casing ecu
cip standard ecu code 4828 dengan cip EA53B
pelbagai jenis cip MIVEC
proses de-solder saya tak tunjukkan kerana kerja dilakukan seorang diri, memerlukan ketelitian ddalam melakukan kerja-kerja ini kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan keseluruhan ecu rosak
cip berjaya dikeluarkan daripada board
cip ini akan digantikan dengan cip yang telah dire-chip dengan mapping tertentu
socket cip 28 way
bahagian belakang board yang telah dibuka cip asal
perhatikan hujung kiri terdapat 'notch' yang perlu diikuti ketika pemasangan socket, ikut sama seperti yang tertera pada board
masukkan socket cip dan solder semula dengan berhati-hati
siap solder socket pada board
pastikan lebihan timah solder dibersihkan sepenuhnya agar tidak tersentuh antara satu sama lain
dah siap pasang cip baru
sincerely - jeff tacra