Throttle Body Problems

bersua lagi kali ini dengan entri berkaitan dengan throttle body khususnya bagi kereta proton atau mitsu lancer. selalunya kebanyakan antara pemilik kereta sekiranya mempunyai masalah berkaitan seperti idling tidak stabil, rpm naik turun maka sudah sampai masanya untuk kita cek throttle body dan segala part yang berkaitan dengan throttle body. entri kali ini lebih kepada mengenal komponen yang terdapat pada throttle body dan satu rawatan khusus akan saya cadangkan lepas servis throttle body. ada sesetengahnya yang siap servis throttle body, pasang pada kereta tetapi idling akan menjadi tidak stabil, naik turun dan sebagainya. saya ada caranya untuk mengubati masalah ini, boleh mencuba dahulu kaedah yang akan saya paparkan di bawah, mudah-mudahan mujarab sekiranya part lain tidak bermasalah

 throttle body DOHC mitsubishi MIVEC 1.6 bersaiz 60mm

throttle body dan komponen-komponen tertentu memainkan peranan penting bagi sesebuah enjin. throttle body pada hakikatnya sangat susah rosak tapi kebanyakan pomen mencadangkan untuk menukar terus throttle body, harga pulak sudah tentu mahal kalau yang baru, seperti proton wira boleh mencecah rm700 ke atas untuk sebuah throttle body. sebenarnya komponen lain pada throttle body yang bermasalah dan sebab itulah masalah rpm tidak stabil boleh berlaku pada sesebuah kenderaan

stepper motor banyak memainkan peranan penting pada throttle body DOHC seperti menaikkan rpm semasa cold start dan mengawal rpm semasa on aircond. idle switch untuk mengawal idling bagi throttle body mivec. TPS (throttle position sensor) memberitahu berapa bukaan butterfly pada throttle body dan menghantar isyarat dalam bentuk voltage ke ecu untuk mengawal enjin, wide open throttle max 5v sahaja

bagi throttle body SOHC perbezaan dengan DOHC ialah pada stepper motor, iaitu untuk SOHC tidak terdapat komponen ini malah ia menggunakan ISC yang mempunyai gear pada bahagian bawah throttle body, namun peranannya tetap sama dengan stepper motor seperti yang dinyatakan di atas

P - untuk purge canister iaitu satu hose kecil bersaiz 4mm yang bermula dari purge canister dan disambungkan ke sini, bertujuan untuk membuang dan melepaskan wap petrol dengan cara yang sempurna

throttle body ini telah direbore pada bahagian luaran 'mulutnya'. sekarang terdapat throttle body aftermarket dengan saiz yang tertentu seperti S90, WORKS dan sebagainya

BISS screw tujuannya ialah untuk melaras tinggi atau rendah rpm semasa idling. pusing arah jam rpm semakin rendah dan pusing lawan jam rpm semakin tinggi semasa idle. secara mudahnya BISS screw ialah sebagai pintu yang membenarkan angin masuk untuk mengawal rpm sesebuah enjin

 cap BISS screw sepatutnya ada untuk menutupnya

ini pula ialah bahagian khusus yang akan saya terangkan seperti awal intro saya tadi iaitu selepas kita service dan cuci throttle body sebersih-bersihnya, apabila pasang pada kereta rpm akan menjadi turun dan naik, tidak stabil. perkara ini disebabkan semasa membersih throttle body segala sealant untuk menutup bahagian butterfly dengan dinding throttle body telah terhakis sama dan menyebabkan udara dapat menerobos masuk ke intake walaupun BISS screw ditutup habis. hal inilah yang menyebabkan rpm tidak stabil dan menjadikannya tinggi rendah seperti kita menggunakan hi-cam. lepas cuci halakan throttle body ke arah cahaya dan anda akan nampak pada bahagian tepi butterfly ada cahaya kelihatan dan di sinilah udara dapat masuk ke intake manifold

untuk mengatasi masalah ini, pertamanya dapatkan permatex ultra grey sealant di kedai spare part atau anda boleh menggunaka mana-mana sealant yang sesuai seperti ini

sealant brand permatex yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga belas-belas ringgit sahaja

 sealant yang telah disapu pada bahagian belakang butterfly

 letak nipis sahaja sekadar menutup ruang antara butterfly dengan dinding throttle body

lepas letak sealant, gerak-gerakkan buterfly buka dan tutup supaya sealant tidak mengeras dan boleh menyebabkan butterfly melekat terus pada dinding apabila dan mengeras nanti. buka dan tutup butterfly sehingga sealant kering

cahaya tidak lagi kelihatan antara celah butterfly dengan dinding throttle body. bolehlah dipasangkan pada kereta anda. selamat mencuba

sekian, terima kasih
jumpa lagi

60 comments:

mohd shazwie wahi anuar said...

nak tanya saya de kereta wira 1.6 auto da convert engine 1.8 sohc manual. masalah saya kalau slalu off on engine time panas.. timing akan jadi tinggi melebihi 2k. sila bg tunjuk ajar

Khairul Din said...

Abg jeff. Doh kalu tb vdo boleh buke mcm ni jgak ke. Kalu boleh nak servis jgak ni. Idling x comel la. Kdg2 ok kdg2 rendah

sham safwan said...

salam abg jeff...soalan sy agak sama dgn tuan khairul din ni, ttp walaupun rpm sy stabil x kira on/off aircon, sy kerap dpt signal kuning 'Check Engine'. setiap kali kena, timing jadi rendah/tinggi kejap je n bergegar skit then dah ok, tp x mengganggu semasa driving (lampu check engine masih menyala), n masa idling pn x truk sgt timing lari skit2 je..tiba destinasi kalu off engine n start balik lepas 10 ke 15 minit, hilang lampu kuning tu...sy dah bwk ke pomen berlainan 2 kali, dua2 kali pun diorg cuci tb n reset, pomen ke-2 sajes tukar tb psl sensor dah rosak katanya..nak tukar dlm 300 siap labor utk recon, 500 utk baru brand china..tp sy rasa mcm ada hrpan lps baca blog abg jeff yg mslh ni blh diatasi...blh tnjuk ajar x abg jeff, wira 1.5 auto inj (vdo). t.kasih & maaf soalan pnjg.

jeff_tacra said...

kalau TB vdo susah sikit nak service seperti di atas sebab sistem tak sama dengan mmc. vdo perlukan komputer untuk tuning semula lepas cuci atau service

sham safwan said...

terima kasih abg jeff utk tip....tapi kalu scan dapat error 'misfiring'., fuel injector/oxygen sensor/fuel filter/map sensor ada sangkut paut tak? kena chek jugak ke atau mmg tb yg rosak? takut tukar tb jadi lagi lampu chek engine.

Ajak said...

Adakah setiap kali selepas service TB akan terjadi ruang antara butterfly dan dinding TB tu yang disebabkan hakisan? Bagaimana nak elakkan berlakunya hakisan tersebut supaya kita tak perlu tutup ruang tersebut dengan sealant? Rasa macam takut lak nak service TB ni.

sham safwan said...

salam....follow-up kpd soalan sy yg sendiri pd 9 & 13/10., slps byk meng'google', sy pun cuba satu tips ni., cabut plug/wayar bateri negatif(-), biarkan selama stengah jam dan pasang balik, ketatkan sebaik2nya....alhmdlah berjaya! dah 2 mngu tak kluar lampu chek engn....idling pun boleh kata stabil dlm 85% (blum 100% lg)...susah gak nak pcya pomen, tp kdg diorg pn main teka ja sblum chek btul2..harap2 tb sy ok lg la:)

gaban power said...

aslkm,sy nk tnya,mcmana nk tau bila stepper motor atau auto choke bermasalah?

ANIZAN PANGKOR said...

assalam a.jeff...kalau isc problem,apa jln penyelesaianya..rpm drop ms enjin sejuk..semua gear dlm tu dh pomen dh buang ms pasang ficd.yg tinggal warni hitam je..wira 1.5 mmc..thanks a.jeff..

Azli Zain said...

assalam..bro nak tanya sikit kereta saya selepas 10 minit dihidup kan enjin akan seperti meletup2 tapi rpm ok bila on aircon xda plak seperti meletup2.

lukmanul hakim said...

Salam bro..msalah sy sama mcm bro.. Check enjin nyala, n ms cold start kalu x btol2 panas enjin jd sengguk2 jgak..knapa eh? TB dh tukar, tuning computer dh buat..

Nasrul Hissam Ab Rahman said...

assalamualaikum,

waja saya ade masalah utk idle pagi2.....msti kne main minyak at least 2k rpm...lps tu xleh nk lepas minyak....asal lepas minyak je msti mati....kdg2 kne 3-4 kali crank setiap pagi....minyak pun dh mcm air die telan

throtle body sya dh cuci byk kali, dh install FIDC.... tp still ade masalah jgak...mohon khidmat nasihat bro.....

jeff_tacra said...

biasanya masalah ni berpunca daripada kerosakan stepper motor

Ijam Atos said...

Bro jeff. Brp harga stepper motor? G491 boleh masuk stepper ape yg match?

jeff_tacra said...

harga stepper motor sekitara rm150 tetapi kebiasaannya agak susah nak dapat stepper motor sahaja. selalunya jual bersama throttle body. stepper motor dari model 4g9x dan 4g63 evo boleh masuk kat 4g91

wira mivec said...

slm bro..kalo ekzos bau pedih kenapa?adakah punca dari tb jgk?enjin ok xda leaking,asap pun xda,cuma wap ekzos yg keluar pedih mata..enjin 4g91.

jeff_tacra said...

tak ada masalah tetapi kalau asap putih yang keluar memang ada masalah tertentu

ady said...

Stepper motor biasa berfungsi time kita on aircond dn masuk gear. Rpm akan naik skit pastu drop ke asal. Bila off aircond pun sama.

ady said...

Try cuci EGR valve.

ady said...

Patut ok bila pasang ofcd. Cuba try cuci EGR valve.

Dizay Damha said...

bro jeff.macam mana nak buat letak gasket maker tu..sy tgk bro letak kat tepi2 je gum tu.mcm mna nak bg ttup yg tgh2 gak?

mohd khairol russdy said...

Salam bos. Nk tanya cos untuk tukar trottle body 1.5 mmc brape? Saya punya trottle body getah bawah da lembik, rpm tak cantik, da pkai ficd pon masih problem..

Mosag Eid said...

Salam tuan jeff..wira saya..1.5gli S.E problem enjin tiba2 mati dan rpm drop tiba2 masa berjalan..dah buat servis TB dan tuning kat 2 pomen..namun masih berlaku perkara yang sama..harap dapat membantu..terima kasih.

Arif Abdul Hai said...

salam..nak tanya..kereta sy wira 1.5gli (auto)..dah tukar throttle body ori 2 kali masalah still sama..bila enjin sejuk selalu kena..start n masok gear D atau R rpm jatuh bwh 1 n enjin gegar2..lampu check enjin nyala..bila tekan mnyak rpm tak lepas 2..sangkut bwh 2..kadang2 rpm jatuh tros enjin mati..pomen tmpt sy pun pening tak tau nak settle cmne..harp tuan jeff boleh tolong atau bg cadangan..tq

iZad aZam said...

kalau nak adjust bliss screw kena lock timing dulu ke?...kena ground socket coklat tu?

safwan Zulkipli said...

Salam bro...sy nk tye...sy guna waja cps auto bila saya memandu dlm kelajuan 130km lampu check enjin tu menyala...bila behenti lam 1min stat kereta kembali ok...jd apakah masalah kereta ni...tq

wildcard said...

Slm,
Biss screw tu ada jual spare tak?

Amyrul Rashdiq said...

Bro sye pkai tb vdo stria.. Lampu cek enjin mnyala kete jd meletup2..dah tuka tb pun jd mslh sme..

Pegasus 77 said...

bos engine sy 4g92 mivec blacktop. start pg rpm trun naik. kc on ac engine mcm mau mati.. n than klu tekan mnyak race smpi rpm 5 je cun.. lbh dri tu sangkut2... mcm prob api..
boss apa mau ceking??

DARUWAN AFT said...

abg jef, stepper motor 4g63 berapa ya?

asyraf omar said...

Salam..kereta sy menggunakan throttle body 1.3 jenis sohc..sewaktu sy menekan pedal minyak dh membiarkn rpm pd 1500..timing enjin sy akan jd tinggi dan rendah..sy sudah 2x service throttle body sy..dan sudah pergi byk tempat untuk tuning..tp masalah yg same masih berulang..adakah ini disebabkan masalah TPS..? ianya hanya akan berlaku bila aircond tidak digunakan..tp bila aircond on..semuanya ok..mohon pencerahan..

azmi said...

Pernah kena masalah camni...tukar gearbox baru ok...tu satu tanda2 gearbox auto dah nak rosak

azmi said...

Pernah kena masalah camni...tukar gearbox baru ok...tu satu tanda2 gearbox auto dah nak rosak

Burnz said...

Nak tanya, baru2 ni auto choke waja saya tak berfungsi"rosak" . Bolehkah dibaiki? Pomen ditempat saya mencadangkan saya menukar throttle body baru. Betul ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum...Boleh tak pnp throttle body mmc 1.6 masuk 1.5.tq

Jeff Tacra said...

wssalam, throttle body 1.5 sohc boleh masuk pada 1.5 sohc tetapi hendaklah daripada jenis yang sama iaitu mmc sama dengan mmc, kalau mmc dengan vdo tak boleh sebab sistem yang berbeza

Anonymous said...

Terimakasih tuan....maksud saya boleh tidak enjin mmc 1.5 mengunakan throttle body mmc 1.6 sohc.

Arif Rahimi said...

Assalamualaikum.. Nak mintak pencerahan sikit ni..sy pakai wira 1.3 injection mmc...sy nak tukar intake mmc 1.6 boleh ke?

Anonymous said...

Salam abg jeff..kalau dh buka servis TB..bila n nk pasang balik,perlu adjust or set ape2 balik x bg yg melibatkn ratio udara/myk/api?

penghibur yang lara said...

salam abg jeff masalah kereta saya sama mcm saudara diatas ni..adekah cara lain untuk membetolknnye?

penghibur yang lara said...

salam abg jeff masalah kereta saya sama mcm saudara diatas ni..adekah cara lain untuk membetolknnye?

Nik Mohamad Hafizi Zainudin said...

Salam a.jeff mslh sy wira 1.5 mmc idle stabil 1000 tp stiap kali tukar gear kereta sngkut2 n sedut xnk jln..dlm gear 3 pon lps minyak t3kan minyak blik sngkut2 n sedut jugak..dh try tukar tb, distrbutor n map sensor..still mslh sme sangkut n sedut..xde pon check enjin mnyala...minta pndangan a.jeff

Nur Al Shafi said...

salam abang jeff...kereta saya kenari ade problem throttle body..baru2 ni kete saya mati tengah2 jalan,nasib x jadi ape..p bengkel pomen kate throttle body kene tukar..abang ade jual x throttle body tuk kenari?? skrg pn sy msih x jumpe lagi .. klu ade pls wasap sy bang 01123220904..thanks banyak2 ye bang

Anonymous said...

assalam bang.. saya mak tanya.. kereta satria saya sebelum tukar cat (luar sahaja) tiada masalah. tetapi selepas tukar cat. kereta selalu termati dengan sendiri.. saya ada dah tukar plug.. saya ada bca blog2 diorang ckap try servis throtle body. betul ke?

Alif Sky said...

Salam bro jef.... throttel body 1.6 4g91 blh pakai x d wira 1.6.....

Alif Sky said...

Salam bro jef.... throttel body 1.6 4g91 blh pakai x d wira 1.6.....

Mohd Shahrom said...

Aslm bro jeff.. saya guna wira se 1.5 Vdo manual... masalah wira saya sekarang.. baru2 ne ada kluar lambang check engine. Jadi saya bawak lah pegi tempat cek komputer. Masalah yg di nyatakan ialah.. Vdo problem..then saya beli lah tb vdo 2nd.. tetapi bila engine sejuk, lambang check engine masih hidup rpm drop engine pun bergegar2... dan juga bila engine panas, lambang check engine x nyala. Timing rpm pun oke jerr. Mohon tolong saya selasaikan masalah kereta saya... bro2 semua boleh wassap terus pada no +60148704042

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Fauzan Nasri said...

egr valve part yg mcmn??d mn kedudukan egr valve pd injin 4g15 mmc??

Fauzan Nasri said...

egr valve 2 part yg mcmn??d mn kedudukkan egr valve pd enjin wira 1.5 injection thn2001??

apis said...

salam bang, mana nak tuning enjin vdo? biasa dengar bila tuning ni diorang just plug in and check mana problem tu

~syahiran_yan~ said...

salam abg jef. sy dh 2 3 kali tukar TB disebabkan rpm timing tidak stabil. tp hanya tukar halfcut jer. semasa enjin sejuk timing agak rendah. apabila enjin pasang timing menjadi tinggi. apa punca lg selain TB atau cuba untuk tukar TB baru. ? harap dapat membantu.

Rizal Fyda said...

salam abg jeff,ada sedikit pertanyaan..sy guna wira 4g92 manual.start bila2 waktu pun xde masalah,skali start je.rpm 1000..yg problemnya bila on aircond..idling x bape cntek..kdg turun jauh sgt smpai 500rpm..sedangkan normal 1000rpm..apakah yg perlu diperbaiki?..terima kasih

Anonymous said...

Tu tanda keta kau nak mati sial

Anonymous said...

Bodoh ko ni mcm lembu. Kan brade jeff dah ckp kt atas tadi...lain kali baca dulu sblum soal. Bodoh

Anonymous said...

Ko kena tukau balik cat asal baru settled. Bodoh

Anonymous said...

Apela bodo bin bangang ko ni lembu...kan jeff dah ckp tadi. Sial betol la ko ni

Anonymous said...

Why so idiot!!...cat keta dgn throtle body???

Unknown said...

Salam bang saya dah Cuba buat macam abg buat pada posting ini tapi masih lagi timing Naik turun...agak Nye throttle body ni dah Kong ke?

Mohammad Badri said...

Salam. TB Myvi boleh buat mcm tu?