Throttle Body Problems

bersua lagi kali ini dengan entri berkaitan dengan throttle body khususnya bagi kereta proton atau mitsu lancer. selalunya kebanyakan antara pemilik kereta sekiranya mempunyai masalah berkaitan seperti idling tidak stabil, rpm naik turun maka sudah sampai masanya untuk kita cek throttle body dan segala part yang berkaitan dengan throttle body. entri kali ini lebih kepada mengenal komponen yang terdapat pada throttle body dan satu rawatan khusus akan saya cadangkan lepas servis throttle body. ada sesetengahnya yang siap servis throttle body, pasang pada kereta tetapi idling akan menjadi tidak stabil, naik turun dan sebagainya. saya ada caranya untuk mengubati masalah ini, boleh mencuba dahulu kaedah yang akan saya paparkan di bawah, mudah-mudahan mujarab sekiranya part lain tidak bermasalah

 throttle body DOHC mitsubishi MIVEC 1.6 bersaiz 60mm

throttle body dan komponen-komponen tertentu memainkan peranan penting bagi sesebuah enjin. throttle body pada hakikatnya sangat susah rosak tapi kebanyakan pomen mencadangkan untuk menukar terus throttle body, harga pulak sudah tentu mahal kalau yang baru, seperti proton wira boleh mencecah rm700 ke atas untuk sebuah throttle body. sebenarnya komponen lain pada throttle body yang bermasalah dan sebab itulah masalah rpm tidak stabil boleh berlaku pada sesebuah kenderaan

stepper motor banyak memainkan peranan penting pada throttle body DOHC seperti menaikkan rpm semasa cold start dan mengawal rpm semasa on aircond. idle switch untuk mengawal idling bagi throttle body mivec. TPS (throttle position sensor) memberitahu berapa bukaan butterfly pada throttle body dan menghantar isyarat dalam bentuk voltage ke ecu untuk mengawal enjin, wide open throttle max 5v sahaja

bagi throttle body SOHC perbezaan dengan DOHC ialah pada stepper motor, iaitu untuk SOHC tidak terdapat komponen ini malah ia menggunakan ISC yang mempunyai gear pada bahagian bawah throttle body, namun peranannya tetap sama dengan stepper motor seperti yang dinyatakan di atas

P - untuk purge canister iaitu satu hose kecil bersaiz 4mm yang bermula dari purge canister dan disambungkan ke sini, bertujuan untuk membuang dan melepaskan wap petrol dengan cara yang sempurna

throttle body ini telah direbore pada bahagian luaran 'mulutnya'. sekarang terdapat throttle body aftermarket dengan saiz yang tertentu seperti S90, WORKS dan sebagainya

BISS screw tujuannya ialah untuk melaras tinggi atau rendah rpm semasa idling. pusing arah jam rpm semakin rendah dan pusing lawan jam rpm semakin tinggi semasa idle. secara mudahnya BISS screw ialah sebagai pintu yang membenarkan angin masuk untuk mengawal rpm sesebuah enjin

 cap BISS screw sepatutnya ada untuk menutupnya

ini pula ialah bahagian khusus yang akan saya terangkan seperti awal intro saya tadi iaitu selepas kita service dan cuci throttle body sebersih-bersihnya, apabila pasang pada kereta rpm akan menjadi turun dan naik, tidak stabil. perkara ini disebabkan semasa membersih throttle body segala sealant untuk menutup bahagian butterfly dengan dinding throttle body telah terhakis sama dan menyebabkan udara dapat menerobos masuk ke intake walaupun BISS screw ditutup habis. hal inilah yang menyebabkan rpm tidak stabil dan menjadikannya tinggi rendah seperti kita menggunakan hi-cam. lepas cuci halakan throttle body ke arah cahaya dan anda akan nampak pada bahagian tepi butterfly ada cahaya kelihatan dan di sinilah udara dapat masuk ke intake manifold

untuk mengatasi masalah ini, pertamanya dapatkan permatex ultra grey sealant di kedai spare part atau anda boleh menggunaka mana-mana sealant yang sesuai seperti ini

sealant brand permatex yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga belas-belas ringgit sahaja

 sealant yang telah disapu pada bahagian belakang butterfly

 letak nipis sahaja sekadar menutup ruang antara butterfly dengan dinding throttle body

lepas letak sealant, gerak-gerakkan buterfly buka dan tutup supaya sealant tidak mengeras dan boleh menyebabkan butterfly melekat terus pada dinding apabila dan mengeras nanti. buka dan tutup butterfly sehingga sealant kering

cahaya tidak lagi kelihatan antara celah butterfly dengan dinding throttle body. bolehlah dipasangkan pada kereta anda. selamat mencuba

terima kasih
sincerely - jeff tacra