Info & Tips Vol. 8

bersua lagi dengan info dan tips mengenai kereta yang saya kongsikan bersama anda pengunjung blog ini. kadang-kadang bila berlaku masalah pada kereta kita selalunya kita rujuk pada pomen dan ada kalanya pomen mengambil kesempatan atas kelemahan kita, seperti mengenakan bayaran yang tidak setimpal dengan kerosakan, barangan ditukar dengan yang tidak sepatutnya dan bermacam-macam lagi. jadi sedikit sebanyak info yang saya beri boleh dijadikan panduan walaupun hanya sekelumit cuma

steering rack sekiranya bermasalah dapat dikenal pasti dengan beberapa kaedah antaranya free play pada stereng sangat banyak ataupun ada bunyi tertentu semasa pusing stereng. kadang-kadang apabila melalui jalan tidak rata stereng rasa macam tertarik mengikut alunan jalan. gambar atas merupakan steering rack evo3 dari brand KOYO dan ternyata steering rack ini baik digunakan tapi pastikan dulu kondisi terbaik, boleh lihat secara visual iaitu tidak ada kebocoran minya pada bahagian tertentu. kelebihan steering rack evo ini ialah semasa kita memandu dengan kelajuan tinggi stereng tidak rasa ringan seperti biasa. kekurangannya pusingan roda menjadi lebih pendek atau singkat sedikit. sebenarnya steering rack jika rosak boleh servis dan ada repair kit dijual di kedai spare part tetapi masalahnya tidak dapat bertahan lama, akan rosak balik. saya guna sekarang seteering rack dari MITSUBISHI LIBERO yang ternyata lebih berat sedikit dari evo, sangat sesuai bagi yang nak bawak melebihi 100 ke atas sebab tak rasa ringan dan stereng tidak meliar

minyak hitam petro canada terdapat dalam dua jenis iaitu minyak hitam biasa dan satu lagi heavy duty engine oil (HDEO). saya gunakan sekarang pada kereta saya ialah minyak HDEO petro canada jenis DURON E fully sintetik 10/40 dan ternyata minya hitam ini sesuai untuk enjin kereta saya. feel lain macam dari minyak biasa dan jangka hayat penukarannya minima ialah 10,000 mileage. anda boleh mencuba minyak hitam ini dan kebetulan saya ada stock minyak ini bagi pengguna yang beminat untuk mendapatkannya di kuala terengganu, boleh contact saya. pengeposan tidak akan dibuat hanya COD sahaja. rasailah kelainannya...

bagi enjin perodua pula iaitu pada viva saya gunakan minya peto canada supreme 5/30, penukarannya ialah setiap 10,000 mileage. berminat boleh contact saya (cod kuala terengganu sahaja)

untuk mendapatkan pengendalian yang mantap bagi kereta wira bolehlah anda menggunakan anti roll bar evo3 ataupun menggunakan anti roll bar GTI keluaran ULTRA RACING. lagi mantap sekiranya dimasukkan stiff ring ataupun keluaran race tech. memang terasa kelainannya sebaik sahaja selesai pemasangan. handling kereta semakin mantap. agak mahal sedikit ultra racing anti roll bar untuk GTI tapi memang berbaloi menggunakannya, tak rugi membeli bak kata pepatah alah membeli menang memakai, harga sekitar RM450

sekiranya kereta anda tidak dapat dihidupkan dan langsung tidak ada bunyi pada starter sudah sampai masanya anda memeriksa starter motor kereta anda. kebiasaannya masalah ini berpunca daripada carbon brush yang sudah haus. ganti dengan yang baru, boleh didapati di kedai spare part atau kedai menjual bateri kereta

trailing arm bush standard wira atau mitsu kadang-kadang koyak dan sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru. bush standard ada dijual di mana-mana kedai spare part dan untuk mengeluarkan atau memasukkan bush ini perlukan mesin press, agak susah untuk DIY di rumah. kena bawa trailing arm ini ke kedai spare part untuk ditukardengan yang baru. gambar atas ialah bush super pro untuk trailing arm, memang berbaloi kalau dapat menggunakan bush ini kerana jangka hayatnya yang panjang, lagipun bertambah mantap pengendalian kereta

 trailing arm bush super pro yang siap dipasang

gambar atas ialah kedudukan pemasangan sensor EGT (exhaust gas temp) iaitu khusus bagi yang menggunakan meter lancer ada simbol pada meter (boleh rujuk entri blog lain mengenai EGT)

kebanyakan suis lancer yang terletak pada dashboard ada bulb kecil di dalamnya untuk memudahkan kita menggunakannya terutamanya pada waktu malam. apa yang berlaku kebanyakan suis ini tidak berfungsi ataupun bulbnya telah rosak. anda boleh gantikan dengan LED seperti gambar di atas

 suis hazard dan heater pada dashboard lancer yang telah dimasukkan LED

 autoflip side mirror switch denga LED biru

 cockpit sebuah wira yang kebanyakannya menggunaka LED

bagi menambahkan kecerahan headlamp kereta anda, boleh menambahkan relay kit seperti gambar di atas. kebanyakan kedai aksesori ada menjual relay kit untuk headlamp ini tetapi hanya menggunakan 2 biji relay sahaja bagi headlamp kiri dan kanan iaitu sebiji relay berkongsi dengan 2 lampu. gambar atas saya gunakan 4 biji relay untuk setiap lampu, hasilnya kecerahan headlamp meningkat daripada asal. kit yang terdapat 4 biji relay tidak dijual di mana-mana kedai tetapi saya hasilkan sendiri


gambar atas ini pula ialah soket OBD1 yang saya gunakan untuk mengesan error code tertentu sekiranya check engine light hidup (khusus untuk OBD1 sahaja). apabila CEL hidup sambungkan soket biru pada soket diagnos OBD1 dan lampu LED akan berkelip dengan menunjukkan isyarat nombor tertentu bagi menunjukkan error code tertentu bagi sesebuah enjin


sekiranya kereta anda mengeluarkan bunyi tertentu pada bahagian belakang sudah sampai masanya memeriksa upper arm atau lower arm atau istilah yang biasa kita sebut iaitu tulang anjing. bush tulang anjing yang pecah memang akan mengeluarkan bunyi-bunyian tertentu pada bahagian belakang kereta. ada dalam kalangan kita memilih untuk mendapatkan tulang anjing dari model mitsubishi evo3 kerana bentuknya yang solid dan padat memantapkan lagi kereta. alternatif lain bagi yang inginkan sama seperti tulang anjing evo ialah tulang anjin persona seperti gambar di atas yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part. hanya plug n play sahaja pada wira/satria/putra

terima kasih
sincerely - jeff tacra