Un-Lock Gate Lock Switch

bersua kembali setelah sekian lama agak menyepi dengan entri-entri terkini di dalam blog saya ini, maklumlah penghujung tahun 2013 ini agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja tertentu terutamanya kerja berkaitan dengan tugas rasmi saya. entri kali ini akan saya tunjukkan bagaimana memasukkan LED ke dalam suis gate lock yang tidak mempunyai tapak bulb kerana suis gate lock ini mempunya dua versi iaitu yang ada bulb dan tiada bulb. kalau yang ada bulb senanglah kerja-kerja memasukkan LED kerana kita hanya perlu replace sahaja dengan LED. bagi yang tidak mempunya tapak bulb terpaksalah diubah suai sedikit dengan memasukkan LED seperti yang akan saya paparkan di bawah. untuk makluman suis gate lock ini ada yang tidak boleh dimasukkan LED kerana tulisan yang tertera pada suis tidak kelihatan walaupun telah dimasukkan LED kerana tulisan tidak transparent untuk membolehkan cahaya LED menembusi tulisan tersebut. kalau tulisan gate lock tu kabur bermakna yang inilah dapat dimasukkan LED

suis un-lock gate lock yang biasa digunakan pada dashboard lancer dengan tujuan untuk lock dan unlock kunci pintu. perhatikan tulisan yang kelihatan agak kabur kerana jenis inilah yang boleh dimasukkan LED untuk menampakkan tulisan berkenaan apabila malam. harus diingat ada juga suis gate lock ini yang memang tersedia dengan bulb di dalamya. cara mengenalinya ialah perhatikan pada soket di belakang suis mempunyai wayar untuk lampu iaitu hijau/putih (+) dan hitam/kuning (-)

 apabila suis dibuka beginilah keadaan ruang dalaman suis yang perlu dimod untuk memasukkan LED

 bahagian bawah suis yang bersoket, buka dengan berhati-hati agar komponen dalamanya tidak hilang

 kekalkan kedudukan seperti ini sebelum memasang semula bahagian atas suis

untuk memudahka kerja, dapatkan LED 12v dan tidak perlulah memasukkan resistor. boleh terus wiring direct ke 12v lampu nanti

 masukkan dua biji LED seperti yang ditunjukkan

 pasang semula komponen suis yang dibuka tadi dan biarkan keluar kaki LED

 bengkokkan kaki LED

 inilah kedudukan LED pada suis

 pasangkan bali suis dan solder wire seperti yang ditunjukkan

 pastika polarity LED betul sama ada negatif mahupun positif

 dah siap dan bolehlah diuji pada punca 12v

 untuk wiring pada kereta anda perlu tap pada wire lampu bawah dashboard

 dah berfungsi sepenuhnya

selesai... 

sekian, terima kasih
jumpa lagi

6 comments:

ilsor76 said...

Salam..di mana nak dapatkan led 12v? Puas saya cari tapi tak jumpa.

jeff_tacra said...

kat tempat kita ni tak ada lagi led 12v, tapi boleh gunakan led 3v dengan memasukkan satu resistor padanya. kebiasaannya led 12v ni saya order dari UK

Leepaz said...

Blh bg website utk order led 12v dari UK bang jeff? Tq.

Anonymous said...

Cikgu..mcm mana nk tau kaki led tu positif dan negatif...nk bt jgk la nti pasang led utk switch lampu ..nti 2 wire tu smbung kt mana cikgumohon kongsi ilmu sikit cikgu..

Mohd Fazlan said...

Berapa saiz kapasitor yg diperlukan utk led 3v ni...?

MEOR SYAEDI said...

Boleh guna perintang 1k. bkn kapasitor.