Thursday, 28 March 2013

OBD2 Socket

salam sejahtera, bersua lagi kali ini dengan entri mengubahsuai socket OBD2 pada enjin 4g9x atau dengan kata lain bagaimana cara membuat wiring dan memasang socket untuk multi unit tester (MUT) dengan menggunkan soket OBD2. kebanyakan enjin 4g9x Mitsubishi menggunakan soket OBD1, jadi entri ini sangat penting kepada pengguna kereta bernadikan enjin 4g9x yang mempunyai masalah untuk menggunakan MUT bagi menjalankan diagnosis enjin masing-masing. hal ini berlaku disebabkan ada dalam kalangan pomen yang mengacuk wiring proton dengan wiring dashboard Mitsubishi ketikan menjalankan proses memasang enjin dan seterusnya membuat pendawaian kereta

gambar atas merupakan contoh multi unit tester (MUT) atau scantool untuk mendiagnosis enjin injection dengan menggunakan male socket OBD2 yang dipadankan dengan female socket OBD2 pada sesbuah kereta. kebanyakan kereta baru menggunakan soket OBD2

Grounding & Volt Stabilizer

Bersua lagi dengan entri mengenai grounding dan volt stabilizer bagi sesebuah kereta. grounding memainkan peranan penting bagi sesebuah kenderaan kerana keseluruhan badan kereta merupakan grounding atau bersifat negatif ( - ). jika kereta baru sistem eletrikal memang cantik dan voltage pun masih lagi stabil jika dibandingkan dengan kereta lama yang sudah dimamah usia. jadi perlulah kita menambahkan sedikit cable grounding untuk mengembalikan semula kestabilan arus letrik kereta kita.

Friday, 1 March 2013

Info & Tips Vol. 8

Bersua lagi dengan entri mengenai bunyi-bunyian yang kerap berlaku pada kereta terutamanya kereta proton. kemungkinan disebabkan perkara lain selain yang dipaparkan di bawah boleh menjadi penyebab bunyi tertentu yang tidak menyenangkan berlaku pada sesebuah kereta

gambar atas merupakan sepasang bush sway bar atau juga dikenali sebagai front anti roll bar iaitu lokasinya pada bahagian bawah kereta yang dipasang pada subframe dan hujungnya terdapat bush sate. sekiranya bush ini sudah rosak sudah pasti akan kedengaran bunyi seperti besi berlaga semasa membawah kereta lebih-lebih lagi ketika melalui jalan tidak rata. gambar atas bush sudah koyak dan bracket bush berlaga dengan anti roll bar dan sebab inilah bunyi akan keluar. cara mengujinya, jack kiri kanan kereta, buka tayar kiri dan kanan, buka bush sate kiri kanan dan bolehlah pegang hujung anti roll bar sambil gerakkan ke atas dan bawah serta tolak dan tarik. sekiranya terlalu longgar saya cadangkan tukar bush ini