Refurbished Perdana Headlamp

bertemu lagi setelah agak lama saya tidak update blog ini. belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, sibuk sikit bulan puasa jadi lepas raya ni boleh saya menambahkan entri-entri terbaru kerja-kerja diy yang saya lakukan. entri kali ini ialah bagaimana proses untuk dibaik pulih headlamp perdana yang dimasuki air. sahabat saya menghantar headlamp ini kepada saya untuk membaiki balik semoga segala masalah yang dihadapinya boleh diselesaikan


sahabat saya telah menghantar lampu yang telah siap dibuka daripada keretanya kerana hendak menggunakan kereta. dia tinggal je headlamp ini kepada saya

perhatikan gambar di atas, sebenarnya telah ada usaha yang dilakukan oleh pomen terdahulu untuk menghalang air memasuki ke dalam lampu, gam putih digunakan

kesan gam lama tetapi air tetap masuk juga, mungkin pada bahagian lain kot air masuk. jadi keputusannya saya akan pisahkan cermin daripada housing headlamp berkenaan. dengan menggunakan hair dryer panaskan sekeliling headlamp sambil umpil perlahan-lahan dengan menggunakan srew driver flat sehingga tertanggal kesemunya. perlukan kesabaran untuk melakukannya, lakukan sedikit demi sedikit

 housing dan cermin lampu telah dapat dipisahkan

 kesan gam lama yang dah keras

 buang gam lama

 kesan gam lama yang dikeluarkan

 gunakan windscreen sealant sebagai gam baru

kesan gam seperti ini mestilah dibuang, tak perlu buang sehingga licin atau habis, memadai hanya sedikit sahaja

letakkan gam baru pada bahagian lurah headlamp

 panaskan gam dengan hair dryer

panaskan sekeliling headlamp supaya gam cair sedikit. apabila dah nampak kesan cair bolehlah anda melekatkan kembali cermin headlamp dan tekan perlahan-lahan sehingga rapat seperti asal tadi. semasa merapatkan housing dengan cermin panaskan dengan hair dryer supaya gam menjadi lembut dan memudahkan kerja-kerja melekatkan kembali headlamp tersebut

 sudah siap sepenuhnya

 tiada lagi kesan gam lama

dah nampak lebih kemas, mudah-mudahan air tak masuk lagi

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Headlamp Relay Kit

bersua kembali... agak perlahan sikit aktiviti diy pada bulan puasa ini namun kali ini saya paparkan bagaimana membuat secara DIY headlamp relay kit iaitu menambahkan relay pada lampu kereta untuk menstabilkan arus letrik dan seterusnya boleh menjadikan lampu bertambah terang daripada biasa. kebanyak relay kit yang dijual hanya mempunya 2 relay sahaja bagi lampu kiri dan kanan sama ada untuk low beam mahupun hi beam, tetapi kali ini saya tunjukkan bagaimana menambahkan 4 relay untuk sepasang lampu iaitu bagi satu lampu kiri 2 relay iaitu masing-masing satu relay untuk lo beam dan satu lagi untuk hi beam. jadi keseluruhannya anda perlukan 4 biji SPDT relay, ikuti penerangan seterusnya

pertamanya dapatkan sepasang soket male 3 pin seperti di atas untuk dimasukkan pada soket asal headlamp nanti. soket ini boleh didapati di kedai spare part. di bahagian belakangnya terdapat 3 wire iaitu untuk ground, low beam dan hi beam

dapatkan SPDT relay 30 amp atau 40 amp sama ada yang 4 kaki atau 5 kaki, tetapi kita hanya gunakan 4 kaki sahaja dalam menghasilkan kit ini. pada bahagian kirinya ialah soket relay, jadi anda perlukan juga 4 soket relay

sepasang fuse holder juga boleh didapati di kedai spare part. 1 fuse untuk headlamp kiri dan satu lagi untuk digunakan pada headlamp kanan

dua fuse berukuran 30amp

ini ialah SPDT relay jenama BOSCH made in portugal

 nombor tertentu pada kaki relay terdapat pada bahagian pin relay

 relay dan soket

 diagram SPDT relay



ini ialah diagram yang saya hasilkan untuk membuat headlamp relay kit, ikuti sahaja penyambungan wiring dengan menggunakan wiring khas untuk automotive, jangan gunakan wiring biasa kerana output yang keluar sekarang dah menjadi hi power output iaitu arus yang diambil dari + bateri. gunakan wire bersaiz 14awg

 soket asal pada headlamp dicabut iaitu soket 3 pin yang kita masukkan pada headlamp

pada soket asal bulb tadi cucuk dengan female soket 3 pin yang dibeli dari spare part dan seterusnya pendawaian boleh dilakukan mengikut diagram di atas

output pada kaki 87 relay (rujuk diagram di atas) disambungkan dengan soket 3 pin yang baru dan dipadankan pada bulb headlamp kereta
apabila dah siap kit yang anda hasilkan maka akan kelihatan 3 soket di atas yang perlu ada pada sebelah headlamp dan ini bermakna pada sebelah lagi satu pun proses penyambungan sama sahaja antara kiri dan kanan headlamp

susun kedudukan relay dengan teratur dan boleh letakkan pada satu tempat atau anda boleh memilih mana-mana lokasi untuk ditempatkan relay sama ada 4 biji relay dan fuse sekaligus atapun 2 relay dan 1 fuse bagi headlamp kiri dan satu set lagi di sebelah kanan. terpulang pada kehendak anda

saya letakkan sekali gus pada satu tempat untuk memudahkan kerja sekiranya terdapat relay atau fuse tertentu yang mempunyai masalah

terima kasih
selamat berpuasa, selamat hari raya
sincerely - jeff tacra