Gate Lock & Unlock Installation

selamat menyambut maulidur rasul... pada kesempatan cuti hari ni seperti biasa kerja-kerja diy tetap diteruskan tapi terhad pada kerja-kerja ringan sahaja. kerja berat tidak dilakukan. entri kali ini saya paparkan bagaimana membuat pendawaian untuk menyambung suis gate lock & unlock khusus bagi pengguna dashboard lancer kerana pada bahagian kanan dashboard terdapat satu ruang yang boleh dimasukkan suis ini dengan begitu kemas tanpa ada apa-apa pengubahsuaian dilakukan. ikuti langkah dan penerangan bergambar yang saya tunjukkan di bawah



pertamanya, perhatikan bawah dashboard sebelah kanan atau sebelah driver terdapat holder relay seperti gambar di atas. anda perlu buka panel dashboard terlebih dahulu untuk memudahkan kerja-kera wiring dilakukan nanti. dapatkan satu relay besar iaitu pada gambar tersebut relay terletak di sebelah kiri atas (gambar - dekat ibu jari) kerana relay inilah yang mengawal buka dan tutup pintu kereta. ada sesetengah kerata wira yang convert enjin ke enjin mitsubishi relay ini berwarna merah tetapi sama sahaja fungsi relay tersebut. buka nat saiz 10mm pada bahagian atas holder ini, ada 2 biji nat kesemuanya
apabila nat telah berjaya dibuka, terbalikkan holder ini dan anda akan dapat melihat 6 wayar yang keluar dari relay besar itu tadi.


seterusnya dapatkan dua wayar iaitu wayar cokelat belang biru dan cokelat belang putih kerana 2 wayar ini akan kita tap dengan 2 wayar dari suis lock unlock yang akan dipasang nanti. untuk makluman cokelat belang biru ialah untuk unlock manakala cokelat belang putih ialah untuk lock pintu. anda boleh menguji wayar ini dengan menyambungkan satu wayar ground ke wayar yang dinyatakan tadi, hasilnya kunci pintu akan turun dan naik mengikut wayar mana yang kita groundkan






ini pula ialah wayar yang terdapat pada suis gate lock & unlock. kalau 4 wayar seperti di atas menunjukkan bahawa suis tersebut tidak mempunyai bulb di dalamnya, kalau ada tambahan dua wayar lagi iaitu hitam belang kuning dan hijau belang putih menunjukkan suis berkenaan ada bulb di dalamnya. sekarang wayar yang kita hendak gunakan iaitu 3 wayar sahaja iaitu hitam untuk negatif (boleh tap kat mana-mana body kereta atau mana-mana wayar hitam pada wayar kereta) tetapi secara mudahnya tap ke body kereta sahaja dengan mendapatkan mana-mana nat dan sambung di situ sahaja. seterusnya wire biru belang merah untuk unlock iaitu kita perlu tap pada wire cokelat belang biru (unlock) dan satu lagi biru belang hitam tap pada wire cokelat belang putih (lock). wayar merah abaikan. saya kira penerangan ini sudah cukup jelas dan tak perlu lagi saya sertakan wiring diagram kat sini




 ruang tempat meletakkan suis gate lock dan unlock pada dashboard lancer



setelah siap kesemuanya maka boleh anda menguji dengan menekan gate lock untuk mengunci pintu dan unlock untuk membuka kunci semula. dengan adanya suis ini memudahkan kerja menekan dan menarik kunci pintu pada pintu. harus diingat, anda masih lagi boleh menekan dan menarik lock pada pintu seperti biasa





 suis yang telah dimasukkan LED supaya nampak lebih jelas pada waktu malam





sampingan - pelbagai suis yang telah dimasukkan LED. sesiapa yang berminat hendak menghidupkan semula suis anda, boleh menghantar pada saya untuk memasangkan LED dengan kadar 1 LED 1 SUIS RM10 termasuk pemasangan. bagi suis side mirror lain sikit harganya. ramai juga dalam kalangan pembaca blog dan rakan FB yang mengepos suis kepada saya untuk dimasukkan LED


sekian, terima kasih
jumpa lagi

14 comments:

sarol said...

Led pada anak kunci mira blh tukar ke cikgu

sarol said...

Led pada anak kunci mira blh tukar ke cikgu

jeff_tacra said...

asal pakai bulb kan, boleh mod untuk masuk LED

juedeen chicharito said...

Cmna nk contact?msg fb x balas pn ckg..

sarizal said...

salam cikgu...untuk suis side mirror, wayer untuk lampu warna apa ye..saya tgk kat suis tu ade lebih 2 wayer...cuba tab kat bateri x der lak nyala...

jeff_tacra said...

wire lampu hitam stripe kuning (-) dan hijau stripe putih (+). kalau tak hidup biasanya bulb rosak

mady abu bakar said...

Kat mana nak dptkan suis lock unlock nie..

hearthunterhelmsley said...

bro jeff.. wayar pada relay kereta saya tidak sama susunan pada gambar dia atas.. adakah ia normal? wira VDO

Whoamie Muhd Nor said...

Saya merupakan pemilik SAGA BLM, bolehkah ianya dilakukan...

Zulkifli Ismail said...

Abg tacra.agak2 kalau pakai suis lain untuk on/off boleh x?logik akal mcm boleh je..cer komen sikit

jeff_tacra said...

boleh je, pakai one touch suis dan bukannya suis on/off biasa

sham safwan said...

assalam bro jeff, cemane nak test suis mcm bro buat kat atas tu (diluar kereta), sy ade satu suis fog lamp/hazard wira uk spec punye tp nak uji dulu samada lampu dia menyale ke tak..blh tlg bantu tak...dan blh ke gune bateri 9v utk test? t.ksh

Nizan said...

Salam cikgu,
kalau pintu, bile unlock,tak sampai 1sec die lock smula. tu pasal apa ye?
minta pencerahan sikit.

terima kasih.

MUHafizrazmi said...

assalamualaikum
untuk myvi boleh buat ke?
kalau saya nak DIY sendiri, boleh bagi diagram?